Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah menghantar surat kepada syarikat teknologi, YouTube untuk menyekat akaun blogger kontroversi, Alvin Tan yang didakwa melakukan provokasi melalui media sosial.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata selain itu, SKMM juga akan bekerjasama dengan Peguam Negara bagi membolehkan Tan, yang kini berada di Amerika Syarikat, dibawa pulang ke Malaysia.
"Pihak SKMM, saya difahamkan telah mengambil tindakan dengan menghantar surat sahaja sebab benda ini berlaku di luar negara.
"Mereka (SKMM) minta supaya YouTube menurunkan gambar-gambar dan video daripada Alvin, dan pihak tersebut sedang lakukannya," katanya di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Tan dilapor melarikan diri ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan perlindungan politik bagi mengelak ditahan pihak berkuasa di Malaysia atas beberapa kesalahan.
Kesalahan itu termasuk mengikut Akta Hasutan kerana mempersendakan agama Islam serta mempersendakan institusi Raja melalui laman Facebooknya.
Terbaharu, Tan memuat naik video yang bertajuk 'Muslim Call to Prayer-Azan (R&B Cover)' di laman Facebooknya yang menimbulkan kemarahan umat Islam.
Berhubung pengedaran gambar diubah suai yang menunjukkan sami Tao mengadakan upacara sembahyang mayat seorang pemimpin negara beragama Islam yang tersebar di laman sosial, Jailani berkata SKMM sedang menunggu kertas siasatan daripada polis.
Bernama
Thu Apr 23 2015

SKMM telah menghantar surat kepada YouTube untuk menyekat akaun blogger Alvin Tan.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Persenda Islam: Teman wanita Alvin Tan, Vivian Lee tak perlu ke penjara
Pada 27 Mei 2016, mahkamah sesyen menjatuhkan hukuman penjara lima bulan dan 22 hari terhadap Vivian selepas wanita tersebut didapati bersalah atas pertuduhan itu.

Vivian Lee letak semua kesalahan terhadap bekas teman lelakinya - Pendakwaan
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa bekas teman wanita kepada Alvin Tan, meletakkan semua kesalahan terhadap lelaki itu berhubung pertuduhan menyiarkan gambar mereka berserta kapsyen kontroversi.

Empat keping gambar ditemui dalam komputer riba Alvin Tan - Saksi
SKMM temui tiga keping gambar dengan kapsyen "Selamat Berbuka Puasa (with Bak Kut Teh...fragrant, delicious and appetising) dalam komputer riba milik Alvin Tan.

Tindakan Alvin Tan, Vivian Lee hina agama Islam - Saksi
Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa tindakan blogger kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee, yang didakwa mempersenda umat Islam pada Ramadan dua tahun lepas adalah perbuatan menghina.

Ahmad Zahid arah PDRM tangkap Alvin Tan
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk mengambil tindakan terhadap Alvin Tan.

Akaun Facebook ditutup, Alvin Tan umum masih hidup dalam akaun baru
Blogger kontroversi, Alvin Tan yang kini menetap di Amerika Syarikat dikatakan telah mati akibat ditembak.

Segera ekstradisi Alvin Tan ke Malaysia - KKMM
Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Jailani Johari berkata Alvin Tan yang kini dipercayai berada di Amerika Syarikat, perlu diesktradisi segera agar tindakan undang-undang boleh diambil.

Isu Alvin: Berdepan provokasi dengan bijak dan waras - Jamil Khir
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata tidak semestinya sesuatu kejahatan harus dibalas dengan kejahatan.

SKMM minta YouTube sekat akaun Alvin Tan - Jailani
SKMM telah menghantar surat kepada YouTube untuk menyekat akaun blogger Alvin Tan.

Heret Alvin Tan ke muka pengadilan - Presiden PPM
Laporan polis telah dibuat pada Rabu terhadap blogger kontroversi Alvin Tan berhubung tindakannya yang menghina laungan azan.