TAWAU: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) merancang mewujudkan 177 Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) baharu iaitu di kawasan Dewan Undangan Negeri yang masih belum mempunyai pusat berkenaan.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Datuk Seri Mohammad Mentek berkata setakat ini terdapat 911 PEDi di seluruh Malaysia, yang menjadi pusat yang dapat membantu memberi lonjakan baharu kepada ekonomi rakyat.
"Menjadi hasrat kementerian terutama Menteri (Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa) mewujudkan PEDi ini, untuk membolehkan semua masyarakat mendapat faedah dari kemudahan yang disediakan di pusat berkenaan.
"PEDi ini untuk melatih usahawan kecil dan sederhana, rakyat hanya perlu membayar RM5 sekali seumur hidup, kita juga meletakkan tenaga pengajar dari pelbagai agensi di bawah K-KOMM sebagai bantuan khidmat nasihat," katanya kepada pemberita di sini selepas melawat PEDi di Taman Sri Titingan di sini hari ini.
Mohammad hari ini memulakan lawatan kerja rasmi ke Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Kunak sehingga 3 Okt ini.
Dalam pada itu, Mohammad menggesa supaya masyarakat memanfaatkan PEDi yang ada di kawasan masing-masing, untuk belajar dan meningkatkan sumber pendapatan keluarga.
"Di PEDi mereka boleh pelajari tentang teknologi maklumat dan komunikasi, cara guna komputer, guna media sosial seperti Twitter, Instagram, termasuk (belajar) strategi pemasaran produk secara dalam talian.
"Terbukti ada usahawan yang memanfaatkan PEDi ini dan memulakan perniagaan di platform e-dagang, berjaya menghasilkan pendapatan berganda dan tinggi," katanya lagi.
Sementara itu, beliau berharap Unit Perancang Ekonomi (EPU) mempertimbangkan permohonan K-KOMM bagi cadangan menaik taraf bangunan, termasuk meningkatkan keselamatan bangunan serta pembinaan bangunan baharu, melibatkan agensi di bawah kementerian.
"Kita telah kemuka kepada EPU, ini untuk bukan sahaja pejabat termasuk kuarters, contoh kuarters di RTM Tawau yang agak daif, kita harap permohonan dapat dipertimbangkan, sebaiknya untuk tahun hadapan selain cadangan membina bangunan RTM di Pulau Pinang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 28 2022
![SKMM rancang wujud 177 PEDi baharu - Mohammad SKMM rancang wujud 177 PEDi baharu - Mohammad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51664378413_TBKKOM.jpg)
Datuk Seri Mohammad Mentek berkata setakat ini terdapat 911 PEDi di seluruh Malaysia, yang menjadi pusat yang dapat membantu memberi lonjakan baharu kepada ekonomi rakyat. - Foto Facebook K-KOMM
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Skim harga maksimum sempena Tahun Baharu Cina diumum dalam masa terdekat Skim harga maksimum sempena Tahun Baharu Cina diumum dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736860305_tbArmizanMohdAli.jpg)
Skim harga maksimum sempena Tahun Baharu Cina diumum dalam masa terdekat
Kerajaan dijangka mengumumkan skim harga maksimum bagi perayaan Tahun Baharu Cina dalam masa terdekat.
![Kerajaan kaji keperluan lesen media sosial untuk LinkedIn Kerajaan kaji keperluan lesen media sosial untuk LinkedIn](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736386111_lesenmediasosial.jpg)
Kerajaan kaji keperluan lesen media sosial untuk LinkedIn
Fahmi minta SKMM menilai sama ada LinkedIn mempunyai lebih 8 juta pengguna di Malaysia dan dikategori sebagai platform media sosial.
![Kewajipan lesen kawal selia internet dan media sosial bukan untuk orang awam Kewajipan lesen kawal selia internet dan media sosial bukan untuk orang awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735552416_Socmed.jpg)
Kewajipan lesen kawal selia internet dan media sosial bukan untuk orang awam
Ia terpakai kepada penyedia perkhidmatan dengan lebih 8 juta pengguna di Malaysia, seperti Facebook, Instagram, TikTok, dan WhatsApp.
![[KOLUMNIS] Akses kepada maklumat: Keperluan kritikal melengkapkan ekosistem kebajikan warga ATM [KOLUMNIS] Akses kepada maklumat: Keperluan kritikal melengkapkan ekosistem kebajikan warga ATM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732850991_KhaledNordinFahmi.jpg)
[KOLUMNIS] Akses kepada maklumat: Keperluan kritikal melengkapkan ekosistem kebajikan warga ATM
Akses Internet yang lebih baik akan membuka lebih banyak ruang untuk perkembangan diri dan peningkatan motivasi anggota tentera.
![CelcomDigi timbang beberapa pilihan selepas tidak terpilih untuk Rangkaian 5G Kedua CelcomDigi timbang beberapa pilihan selepas tidak terpilih untuk Rangkaian 5G Kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723844364_tbCelcomDigi.jpg)
CelcomDigi timbang beberapa pilihan selepas tidak terpilih untuk Rangkaian 5G Kedua
Mereka percaya telah mempersembahkan cadangan teknikal dan komersial yang terbaik untuk pembangunan rangkaian 5G kedua.
![Larangan terhadap kandungan pautan, maklumat peribadi, nombor telefon melalui SMS dikuatkuasakan - SKMM Larangan terhadap kandungan pautan, maklumat peribadi, nombor telefon melalui SMS dikuatkuasakan - SKMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712146249_TBMCMCLogo.jpg)
Larangan terhadap kandungan pautan, maklumat peribadi, nombor telefon melalui SMS dikuatkuasakan - SKMM
Kandungan yang terlarang meliputi pautan, permintaan maklumat peribadi dan juga nombor telefon untuk dihubungi.
![Jakim lapor MCMC hantaran TikTok papar bacaan Qunut Nazilah doakan musibah ke atas PM Jakim lapor MCMC hantaran TikTok papar bacaan Qunut Nazilah doakan musibah ke atas PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81717139547_MohdNaimMokhtar.jpg)
Jakim lapor MCMC hantaran TikTok papar bacaan Qunut Nazilah doakan musibah ke atas PM
Jakim akan membuat laporan kepada MCMC berhubung hantaran di TikTok yang menyertakan bacaan Qunut Nazilah sambil mengajak orang ramai mendoakan musibah ke atas Perdana Menteri.
![Undang-undang terperinci diperlukan bendung buli siber - KPN Undang-undang terperinci diperlukan bendung buli siber - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717303469_TanSriRazaruddin.jpg)
Undang-undang terperinci diperlukan bendung buli siber - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan undang-undang yang lebih terperinci untuk membendung masalah buli siber secara berkesan.
![Kerugian akibat scam berjumlah RM203.33 juta setakat Mei 2024 - PM Anwar Kerugian akibat scam berjumlah RM203.33 juta setakat Mei 2024 - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707299365_scam.jpg)
Kerugian akibat scam berjumlah RM203.33 juta setakat Mei 2024 - PM Anwar
Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) telah menerima sebanyak 37,002 panggilan mangsa scam (penipuan) dengan jumlah kerugian yang dilaporkan sebanyak RM203.33 juta setakat Mei 2024.
![CMCF sahut saranan tangani penyalahgunaan AI dengan pengawalseliaan CMCF sahut saranan tangani penyalahgunaan AI dengan pengawalseliaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717655306_CMCF.jpg)
CMCF sahut saranan tangani penyalahgunaan AI dengan pengawalseliaan
Ia selari dengan misi CMCF untuk menyokong pengawalseliaan kendiri kandungan dalam ruang digital Malaysia seperti yang digariskan dalam Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia 2022.