Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menarik balik penggantungan sementara nama domain internet madlabs.com.my pada Selasa.
SKMM dalam kenyataan malam tadi berkata pihaknya telah dimaklumkan bahawa laman berkenaan sedang diperbaiki bagi mengatasi masalah penghalaan pengguna ke laman-laman yang tidak sepatutnya.
"Tindakan penggantungan tersebut telah diambil bagi melindungi para pengguna yang melayari laman berkenaan, ekoran ia didapati membawa para pengguna ke laman-laman yang melanggar peruntukan undang-undang negara.
"Isu ini adalah berasingan kepada sebarang isu komersial antara pihak Nestle dan pihak Mad Labs, yang tidak termasuk dalam skop tindakan dan kawalan SKMM," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 19 2018

SKMM mengambil tindakan penggantungan bagi melindungi pengguna yang melayari laman berkenaan, ekoran ia didapati membawa pengguna ke laman-laman yang melanggar peruntukan undang-undang negara. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

SKMM tarik balik penggantungan sementara domain madlabs.com.my
Laman berkenaan sedang diperbaiki bagi mengatasi masalah penghalaan pengguna ke laman-laman yang tidak sepatutnya.