KUANTAN: Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang hari ini melancarkan dokumen Strategi Ketenteraan Negara (SKN) 2.0 yang menjadi dokumen strategi terkini yang relevan, berkesinambungan dan praktikal dalam memastikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa berada di landasan ditetapkan.
Sehubungan itu, beliau mahu seluruh warga ATM untuk sama-sama membuat lonjakan paradigma daripada SKN terdahulu kepada SKN 2.0 melalui proses learn, unlearn dan relearn, yang akan menjamin kejayaan angkatan dalam menghadapi sebarang ancaman dengan lebih efektif dan efisien.
"Penerbitan SKN 2.0 adalah bagi mendukung aspirasi pertahanan negara dengan menjadikan Kertas Putih Pertahanan dan Dasar Pertahanan Negara sebagai sumber rujukan utama. Dokumen ini menjelaskan perancangan strategik ketenteraan yang digubal secara holistik serta inklusif bagi mencapai objektif ketenteraan sekali gus membolehkan angkatan ini mendapat kelebihan strategik dalam apa jua keadaan.
"Kelebihan ini bukan sahaja akan membolehkan ATM mengaplikasikan opsyen ketenteraan berjulat luas malah juga menjadi asas kepada pembangunan pertahanan nasional ke arah menjadi sebuah angkatan masa hadapan bagi mendepani ancaman yang semakin kompleks dan dinamik," katanya.
Affendi berkata demikian semasa berucap pada Perbarisan Hari ATM Ke-89 di Pangkalan Udara Kuantan, yang turut dihadiri Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany dan Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.
Selain itu, beliau juga menekankan warga ATM untuk sentiasa bersedia bagi berhadapan ketidaktentuan landskap keselamatan geostrategik dan geopolitik serantau serta global yang semakin kompleks dan dinamik, yang membolehkan pelbagai ancaman baharu datang dan berupaya memusnahkan kedaulatan sesebuah negara.
Sebagai contoh, Affendi merujuk kepada konflik di Ukraine, iaitu daripada sebuah negara berdaulat berubah secara dinamik sehingga mewujudkan ketegangan luar jangka, mengorbankan banyak nyawa selain turut menjejaskan kestabilan sistem antarabangsa seperti ekonomi dan gangguan rantaian bekalan makanan yang turut memberi kesan kepada dunia.
"Saya ingin menekankan perkara sebegini boleh berlaku ke atas negara kita pada bila-bila masa. Jika kita tidak bersedia, sudah tentu kita tidak dapat memberikan respons yang berpadanan dan akibatnya, kedaulatan dan kepentingan negara akan tergadai.
"Ingatlah, kita tiada pilihan lain kecuali terus berdiri di atas kaki sendiri untuk berhadapan dengan ketidaktentuan ini. Pengalaman yang lalu juga telah memberikan petunjuk bahawa kita perlu memperkasakan keupayaan berdikari dan mengukuhkan daya tahan angkatan sebaik-baiknya, dan jalan terbaik ialah memperkukuhkan konsep kebersamaan yang telah terbukti keberkesanannya," katanya.
Affendi seterusnya menyeru seluruh pucuk pimpinan ATM untuk terus cekal dan tabah menghadapi kekangan yang ada, seperti aset yang berusia dan usang, dengan memberi jaminan bahawa beliau bersama tiga panglima perkhidmatan sedang berusaha keras untuk menambah baik kualiti perkhidmatan.
Menyentuh mengenai kebajikan anggota, Affendi berkata pucuk pimpinan angkatan akan terus memastikan aspek itu diberikan perhatian khusus supaya moral warga ATM dan keluarga terus berada pada tahap terbaik, termasuk memastikan mereka yang masih berkhidmat diberikan peluang mengasah dan mempertingkatkan kemahiran sebagai persediaan menjalani kehidupan sebagai orang awam.
"Dalam aspek pemerkasaan kualiti kehidupan veteran, ATM dan Kementerian Pertahanan akan terus berkolaborasi mencari pendekatan terbaik untuk mengangkat martabat mereka. Ini penting untuk membolehkan mereka terus menyumbang jasa dan dalam masa sama memperoleh pendapatan yang dapat membantu meningkatkan sosioekonomi kehidupan mereka sekeluarga," katanya.
Pada majlis itu, seramai 48 warga ATM menerima Pingat Kedaulatan Negara (PKN), sembilan orang menerima Sijil Kepujian Panglima Angkatan Tentera selain turut disampaikan ialah Anugerah Kesiagaan Panglima Angkatan Tentera kepada tiga penerima daripada setiap perkhidmatan serta Anugerah Inovasi ATM 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 26 2022

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang berucap pada Perbarisan Tempur dan Demonstrasi Aset ATM sempena Hari ATM di Pengkalan Udara Kuantan, hari ini. - Foto BERNAMA

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.

SKN 2.0 dilancar, jadi dokumen strategi terkini ketenteraan
Panglima Angkatan Tentera melancarkan dokumen Strategi Ketenteraan Negara (SKN) 2.0 yang menjadi dokumen strategi terkini yang relevan, berkesinambungan dan praktikal.