KUALA LUMPUR: SKS Airways Sdn Bhd, syarikat penerbangan komersial terbaharu di Malaysia, telah diberikan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) secara penuh oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) berkuat kuasa 1 Januari 2022.
Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarahnya Datuk Rohman Ahmad berkata dengan memiliki ASL, SKS Airways kini secara rasmi boleh memulakan perniagaan dan bersedia untuk melancarkan operasi penerbangan dalam masa terdekat.
"Dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, ia adalah masa yang sukar untuk industri penerbangan dan pelancongan akibat pandemik COVID-19. Walau bagaimanapun, kami menjangkakan bahawa peluang akan mula terbuka secara perlahan-lahan.
"Kami di SKS Airways telah bekerja keras dalam tempoh ini untuk memperkenalkan syarikat penerbangan komersial baharu yang memfokuskan kepada destinasi laluan yang tidak mendapat liputan dan kurang mendapat perkhidmatan," katanya.
Rohman berkata SKS Airways tidak sabar untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan sambil mengekalkan standard kebersihan dan keselamatan yang tertinggi.
Pelanggan boleh menempah penerbangan di www.sksairways.com kerana syarikat penerbangan itu akan mula menerima tempahan penerbangan.
SKS Airways, anak syarikat SKS Group, ialah syarikat penerbangan komersial berjadual terbaharu di Malaysia yang diberikan ASL penuh, yang mana ia diperlukan untuk membawa penumpang, mel atau kargo mengikut jadual tetap melalui udara di antara dua tempat, selagi ia dalam sempadan Malaysia.
ASL hanya akan dikeluarkan kepada pemohon yang memegang Sijil Operator Udara (AOC) yang sah oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), yang diterima oleh SKS Airways pada 1 Oktober 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 06 2022
![SKS Airways terima lesen perkhidmatan udara penuh berkuat kuasa 1 Jan 2022 SKS Airways terima lesen perkhidmatan udara penuh berkuat kuasa 1 Jan 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81641462516_SKSAirways.jpg)
Dengan memiliki ASL, SKS Airways kini secara rasmi boleh memulakan perniagaan dan bersedia untuk melancarkan operasi penerbangan dalam masa terdekat.- Gambar fail/SKS Airways
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Penerbangan terus dijangka lonjak industri pelancongan Pulau Redang Penerbangan terus dijangka lonjak industri pelancongan Pulau Redang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41643607733_SKSAirways.jpg)
Penerbangan terus dijangka lonjak industri pelancongan Pulau Redang
Industri pelancongan Pulau Redang dijangka bertambah rancak dengan adanya perkhidmatan penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah ke Lapangan Terbang Pulau Redang menerusi kerjasam
![SKS Airways mula penerbangan sulung ke Pulau Pangkor hari ini SKS Airways mula penerbangan sulung ke Pulau Pangkor hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51643184643_TBSKSAIRWAYS.jpg)
SKS Airways mula penerbangan sulung ke Pulau Pangkor hari ini
Syarikat penerbangan komersial terbaharu Malaysia, SKS Air Airways melancarkan penerbangan sulungnya ke Pulau Pangkor, pada Rabu.
![Penerbangan Subang-Pangkor lonjak kehadiran pelancong - MB Perak Penerbangan Subang-Pangkor lonjak kehadiran pelancong - MB Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71643105776_TBKAPALPANGKOR.jpg)
Penerbangan Subang-Pangkor lonjak kehadiran pelancong - MB Perak
SKS Airways menawarkan penerbangan setiap hari dari Subang ke Pulau Pangkor bermula esok (26 Januari).
![SKS Airways terima lesen perkhidmatan udara penuh berkuat kuasa 1 Jan 2022 SKS Airways terima lesen perkhidmatan udara penuh berkuat kuasa 1 Jan 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81641462516_SKSAirways.jpg)
SKS Airways terima lesen perkhidmatan udara penuh berkuat kuasa 1 Jan 2022
SKS Airways Sdn Bhd, syarikat penerbangan komersial terbaharu di Malaysia, telah diberikan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) secara penuh oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).