KUALA LUMPUR: Berpengalaman bermain dalam Liga Malaysia (Liga-M) tidak memadai sebaliknya skuad Bawah 23 Tahun (B-23) perlu mendapatkan minit permainan secukupnya untuk memastikan persembahan terbaik di kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Chonburi, Thailand, minggu depan.
Ketua jurulatih B-23, E. Elavarasan, berkata minit permainan amat penting dalam memastikan skuad Harimau Muda mampu memberi tentangan sengit dalam saingan peringkat kumpulan selepas diundi dalam Kumpulan H bersama pasukan tuan rumah,Thailand, Bangladesh dan Filipina.
"Paling penting minit bermain, sebab kalau pemain beraksi dalam liga hanya 15 minit, datang sini mereka perlu bermain selama 90 minit, banyak perbezaan. Kalau pemain ada masa yang banyak ketika main dalam kelab bermakna banyak pengalaman.
"Yang membezakan bukan kualiti, tetapi adalah minit permainan dan tahap fizikal, sebab tengok pasukan Vietnam agresif dan solid kerana persiapannya agak lama," katanya kepada pemberita pada hari pertama sesi latihan menjelang kelayakan Piala Asia B-23 2024, di sini, hari ini.
Elavarasan berkata beliau perlu segera membentuk keserasian skuadnya memandangkan terdapat penambahan pemain dilakukan dalam kem latihan.
Beliau, bagaimanapun, menyifatkan barisan skuadnya kali ini adalah yang terbaik dengan kehadiran dua pemain berpangkalan di luar negara, Luqman Hakim Shamsudin dan Nooa Laine, selain sembilan pemain skuad Sukan SEA 2023 yang tidak beraksi pada Kejohanan B-23 AFF, antaranya Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi.
"Kita ada satu skuad yang consider yang mantap untuk kelayakan ini ... Dengan kehadiran Luqman dan Nooa dan pemain yang ada pengalaman di Liga Super mungkin akan menambah prestasi pasukan kita.
"Dalam aksi kumpulan, kita ada peluang yang sama untuk pergi ke sekurang-kurangnya pusingan kedua," katanya.
Pada kempen kelayakan itu, Malaysia akan memulakan saingan menentang Bangladesh pada 6 Sept, diikuti Filipina (9 Sept) sebelum berdepan Thailand pada 12 Sept dengan kesemua perlawanan berlangsung di Stadium Chonburi.
Kesemua juara kumpulan bersama empat naib juara kumpulan terbaik akan layak ke Piala Asia B-23 2024 di Doha, Qatar yang turut menawarkan slot ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Minggu lepas, Harimau Muda menamatkan Kejohanan B-23 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2023 di tempat keempat, sekali gus gagal mencapai sasaran final yang ditetapkan barisan pengurusan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 30 2023

Elavarasan berkata, minit permainan amat penting dalam memastikan skuad Harimau Muda mampu memberi tentangan sengit dalam saingan peringkat kumpulan. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Skuad B-23: Pengajaran kekalahan 1-2 kepada China
Skuad B-23 negara tumpas 1-2 dalam perlawanan antarabangsa bertemu pasukan pelapis China.

Skuad B-23: Pengalaman luar negara Richard Chin jadi sandaran
Kelibat Richard Chin yang memasuki hari ketiga bersama skuad B-23 negara disambut baik walaupun mungkin ia masih di peringkat awal.

FAM nafi Honda kendali skuad B-23
FAM menafikan desas-desus mengatakan bekas bintang sensasi bola sepak Jepun, Keisuke Honda akan mengemudi skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23).

Piala Asia: Terlalu buka peluang kepada lawan punca skuad B-23 kalah - Maloney
Kekalahan skuad B-23 kepada Korea Selatan pada aksi pembukaan Kumpulan C, Piala Asia berpunca daripada sikap pemain yang terlalu membuka peluang.

Maloney umumkan skuad akhir B-23 Piala Asia esok
Senarai akhir 23 pemain skuad Bawah-23 (B-23) Kejohanan Piala Asia di Tashke, Uzbekistan hanya akan diumumkan selepas latihan terakhir mereka, esok.

Nik Akif, Umar Hakeem enggan 'mimpi ngeri' edisi 2019 berulang
Kegagalan edisi lepas perlu dijadikan pengajaran dalam usaha mencipta kejayaan membanggakan pada temasya Sukan SEA ke-31.

Maloney taruh keyakinan tinggi prestasi skuad B-23 negara
Maloney berkata kesemua pemain telah menunjukkan kualiti permainan yang baik.

Skuad B-23 kebangsaan berlepas ke Kemboja sehari awal
Skuad kendalian Ketua Jurulatih Brad Maloney itu sebelum ini dijadual berlepas ke Kemboja esok.

Lima lagi pemain dipanggil ke kem latihan skuad B-23 negara
Skuad B-23 kebangsaan dijadual berlepas ke Phnom Penh pada 12 Februari dan akan menentang Myanmar dalam aksi pembukaan Kumpulan B.

Juventus pertaruh Pirlo sebagai pengurus baru
Walaupun bekas pemain tengah Itali itu baru memegang jawatan sebagai pengurus skuad B-23 kelab itu sembilan hari yang lalu, kini diberi kepercayaan untuk menggantikan Maurizio Sarri.