KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan tewas kepada pasukan tuan rumah 3-4 dalam penentuan penalti selepas terikat tanpa jaringan pada perlawanan tempat ketiga dan keempat Kejohanan B-23 persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2023, di Thailand, hari ini.
Keputusan di Stadium Rayong Provincial itu menyaksikan skuad Harimau Muda bimbingan E. Elavarasan menyamai rekod terbaik Malaysia menduduki tempat keempat pada edisi sulung 2005.
Pada pertembungan itu, kedua-dua pasukan buntu memecah kebuntuan gol meskipun masing-masing memiliki beberapa peluang terhidang sepanjang 90 minit permainan sebenar sekali gus memaksa pemenang ditentukan menerusi penentuan penalti.
Fergus Tierney dan Thanison Paibulkijcharoen masing-masing tenang menyempurnakan penalti pertama pasukan sebelum Muhammad Aliff Izwan Yuslan dan Pattara Soimalai turut tidak berdepan masalah melaksanakan tugas untuk menjadikan kedudukan 2-2.
Situasi cemas seketika apabila sepakan Syahir Bashah berjaya diselamatkan Thirawooth Sraunson dan Songchai Thongcham mudah menewaskan Muhammad Azim Al Amin Kamaruddin di gawang untuk meletakkan Thailand di hadapan.
Malaysia menarik nafas lega apabila kedudukan terikat 3-3 selepas V. Ruventhiran berjaya meledak gol ketiga negara sementara percubaan Thakdanai Jaihan tersasar.
Bagaimanapun, anak buah Elavarasan akhirnya terpaksa akur gagal menaiki podium selepas Sraunson menyelamatkan rembatan lemah Muhammad Abu Khalil diikuti percubaan Chukid Wanpraphao yang menewaskan Muhammad Azim untuk mengesahkan kemenangan Thailand.
Selepas ini, skuad B-23 kebangsaan akan menghadapi saingan pusingan kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Chonburi, Thailand, dari 6 sehingga 12 Sept depan.
Malaysia diundi dalam Kumpulan H bersama pasukan tuan rumah, Bangladesh dan Filipina dengan juara setiap kumpulan serta empat naib juara terbaik layak ke pusingan akhir di Qatar yang menawarkan slot ke Sukan Olimpik Paris 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 26 2023

Skuad Harimau Muda bimbingan E. Elavarasan menyamai rekod terbaik Malaysia menduduki tempat keempat pada edisi sulung 2005. - FB Football Association of Malaysia
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Skuad boling remaja wanita negara sambar emas di kejohanan dunia IBF
Skuad boling remaja wanita negara meraih pingat emas dalam acara berpasukan wanita pada Kejohanan Remaja Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) di Stadium Fiesta Asiad Bowling Icheon.

Piala Asia B-23: Malaysia mahu cipta kemenangan meskipun dilabel bukan pilihan - Juan Torres
Anak buah Juan Torres Garrido sedia berdepan Uzbekistan yang merupakan pasukan pilihan untuk kempen kali ini.

Piala Thomas: Penyertaan Tze Yong dibincang semula
Ng Tze Yong dikhabarkan mungkin tidak dapat bersama skuad negara ke Piala Thomas 2024 di Chengdu, China pada 27 April hingga 5 Mei ini.

SELBATC: Percaturan pemain beri kelebihan buat China - Rexy Mainaky
Ketiadaan Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong jelas menjadi titik tolak untuk China merampas gelaran tersebut.

Persembahan Harimau Malaya belum cukup memadai untuk cabar Korea Selatan - Pemerhati bola sepak
Masih banyak 'kerja rumah' perlu dilakukan bagi mengelakkan Malaysia diaibkan pula pasukan ranking ke-23 dunia itu.

Speedy Tigers banyak sia-siakan peluang jaringkan gol - Arul Selvaraj
Ketumpulan penyudah skuad Speedy Tigers yang melepaskan deretan peluang menjaringkan gol ketika seri 3-3 dengan Pakistan dalam aksi terakhir Kumpulan A kempen kelayakan Sukan Olimpik 2024 di Muscat.

Harimau Malaya mampu 'menyengat' pada aksi Piala Asia 2023
Pemain pertahanan negara Daniel Ting melaungkan keyakinan skuad Harimau Malaya mampu menandingi kehebatan pasukan lain.

Speedy Tigers dijangka bertemu Britain, Jerman untuk kelayakan ke Paris
Pasukan-pasukan lain dalam saingan kali ini terdiri daripada Pakistan, Kanada, Chile dan China yang mungkin berhadapan skuad Speedy Tigers.

Minggu Harimau Malaya 'buru', peminat 'lekat' di depan televisyen
Pelbagai emosi bakal dirasai peminat tempatan, yang bakal menikmati sajian lima perlawanan dalam tempoh seminggu bermula esok.

Skuad Harimau Muda akhiri saingan AFF 2023 di tempat keempat
Skuad Harimau Muda bimbingan E. Elavarasan menyamai rekod terbaik Malaysia menduduki tempat keempat pada edisi sulung 2005.