KUALA LUMPUR: Skuad Inspektor 1/1964 hari ini meraikan ulang tahun ke-60 dengan melawat lokasi permulaan kerjaya mereka sebelum bergelar pegawai polis iaitu Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.
Pengelola Program Reunion Skuad Inspektor 1/1964 ACP (B) S.Divakaran berkata sambutan di Pulapol itu seakan mengimbau kenangan mereka sewaktu menerima latihan kepolisan pada 1964.
"Hari ini genap 60 tahun ulang tahun skuad kami dan kesempatan ini digunakan untuk berkumpul, bertemu rakan lama yang melalui susah dan senang ketika menjalani latihan selama sembilan bulan...kita mahu menghargai kawan-kawan lama.
"Ini adalah pusat latihan utama dan kita dapat melihat banyak perubahan (di Pulapol) dalam tempoh 60 tahun ini...kini sudah ada sistem latihan yang sentiasa dipertingkatkan," katanya kepada pemberita pada Majlis Ulang Tahun Skuad 1964 ke-60 di sini hari ini.
Terdahulu, tujuh bekas pegawai Skuad Inspektor 1/1964 itu dibawa melawat ke Pusat Simulasi Taktikal (PST) dan Lapang Sasar Pulapol Kuala Lumpur oleh Komandan Pulapol Kuala Lumpur SAC Muhammad Idzam Jaafar.
Selain Divakaran, enam lagi adalah bekas Komandan Pulapol SAC (B) Datuk Syed Md Mokhtar Syed Zubir Barakbah, bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman SAC (B) Kamarulzaman Mohd Nor, bekas Ketua Cawangan khas Kontinjen Johor SAC (B) Datuk Micheal Khor Siang Pin, bekas Ketua Polis Daerah Sentul ACP (B) C Kerisnan, Datuk Abbas Osman dan Munshir Abdullah.
Divakaran yang merupakan bekas Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Johor itu berkata walaupun skuad itu mempunyai 90 anggota, kehadiran tujuh bekas pegawai terbabit cukup untuk 'mengubat' kerinduan kepada persahabatan mereka yang terjalin sejak 60 tahun lepas.
"Ada antara anggota skuad ini sudah berusia lebih 70 dan 80 tahun serta mempunyai masalah kesihatan namun sanggup datang untuk berjumpa rakan-rakan lama...kita mahu tahu perkembangan serta menghargai mereka," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan anggota dan pegawai PDRM masa kini supaya sentiasa berpegang kepada undang-undang dalam melaksanakan tugas dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
"Sebagai seorang anggota polis anda sendiri perlu ikut undang-undang barulah orang lain (masyarakat) akan patuhi undang-undang dan bantu orang ramai dari segi kebajikan agar selari dengan slogan polis sedia berkhidmat untuk rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 01 2024

Komandan Pulapol Kuala Lumpur YDH SAC Muhammad Idzam Datuk Jaafar (empat, kanan) bersama delegasi reunion skuad Insp 1/64 membuat lawatan ke PULAPOL hari ini. - Foto Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Skuad Inspektor 1964 rai ulang tahun ke-60 di Pulapol
Skuad Inspektor 1/1964 hari ini meraikan ulang tahun ke-60 dengan melawat lokasi permulaan kerjaya mereka sebelum bergelar pegawai polis.