SHAH ALAM:Skuad Pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang secara rasminya ditubuhkan dan beroperasi bermula Selasa akan melaksanakan pemantauan 24 jam setiap hari di kawasan-kawasan sensitif dalam menangani masalah pencemaran sumber air mentah.
LUAS dalam satu kenyataan di sini pada Rabu memaklumkan skuad berkenaan akan memantau sumber air di lembangan Sungai Selangor, Sungai Langat dan Sungai Klang bagi mencegah berlakunya pencemaran sumber air dan meminimumkan risiko henti tugas Loji Rawatan Air (LRA).
Tambah kenyataan itu lagi, penubuhan Skuad Pantas LUAS berkenaan adalah selari dengan peruntukan Belanjawan Negeri Selangor 2021.
"Pemantauan 24 jam tanpa henti ini bagi memastikan kelangsungan sumber air negeri Selangor sentiasa terjamin dan terpelihara, skuad ini juga merupakan urus setia kepada Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor yang bertanggungjawab menyelaras dan melaksanakan tindakan segera kawalan kecemasan sumber air selaras dengan Manual Pelan Tindakan Kecemasan Sumber Air Negeri Selangor.
"Fasa pertama penubuhan skuad ini diterajui seramai 15 kakitangan dan akan ditingkatkan sehingga 28 orang yang akan bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan negeri Selangor dan Persekutuan seperti Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (AIR Selangor), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), pihak berkuasa tempatan (PBT), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) serta agensi-agensi lain yang berkaitan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memberitahu skuad berkenaan akan menggunakan dua pendekatan dalam usahanya mencegah pencemaran iaitu, rondaan 24 jam ke kawasan-kawasan sensitif dan yang dikenal pasti di lembangan sungai-sungai utama yang membekalkan sumber air kepada muka sauk LRA dan pemantauan statik (pensampelan in-situ) yang akan dilaksanakan di kawasan strategik berisiko yang dikenal pasti.
"Pensampelan berkala seperti kajian kebersihan di lembangan sungai juga akan dilaksanakan bagi pemantauan status kualiti air seterusnya perancangan meningkatkan lagi tahap kualiti sumber air sungai-sungai utama negeri.
"Kerajaan Selangor melalui LUAS sentiasa komited dalam memastikan insiden pencemaran dapat dikekang dan ditangani dengan segera agar LRA beroperasi sebaiknya dan gangguan bekalan air kepada pengguna dapat dielakkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 02 2020

Penubuhan Skuad Pantas LUAS berkenaan adalah selari dengan peruntukan Belanjawan Negeri Selangor 2021. -Gambar hiasan

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

LUAS tangani insiden air Sungai Kabul bertukar merah jambu
Pencemaran dipercayai berpunca daripada sebuah kilang di kawasan perindustrian Beranang, yang diarahkan untuk menghentikan pelepasan dan melaksanakan pembersihan segera.

Kerja pembersihan tumpahan minyak sawit di Lebuhraya Karak selesai - LUAS
Kerja pembersihan tumpahan minyak susulan insiden kemalangan lori di Lebuhraya Karak arah Kuala Lumpur selesai dilaksanakan malam tadi.

LUAS laksanakan mitigasi, siasatan pencemaran minyak di Sungai Gong
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah melaksanakan langkah pencegahan awal dengan meletakkan 'boom minyak' di Sungai Gong bagi memerangkap kesan minyak.

Selangor mulakan pengurangan air di empangan sebagai persediaan hadapi MTL - Exco
Kerajaan negeri Selangor menerusi LUAS memulakan strategi pengurangan kapasiti simpanan air empangan melalui pelepasan air secara optimum.

Tumpahan minyak cemar pintu air Jalan Tangki, Pelabuhan Klang
Tumpahan berkenaan dipercayai akibat kebocoran paip di sebuah premis kilang penyimpanan minyak sawit.

Air bertukar merah kesan tumpahan minyak dari kilang minyak sawit
Berdasarkan semakan LUAS di tapak, tiada aliran minyak memasuki Sungai Aur susulan penutupan pintu air di lokasi.

Kapasiti empangan, sungai di Selangor masih pada tahap tinggi
Takungan air di semua tujuh empangan di Selangor dilapor berada pada kapasiti baik melebihi 73 peratus setakat semalam.

Penganjur rumah terbuka diminta cermat urus sisa buangan - LUAS
Antaranya, penganjur boleh memastikan sisa makanan dan sampah pepejal dikumpul dan dibuang ke tempat pelupusan sampah untuk dilupuskan.

Tindakan pantas LUAS cegah gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Tindakan pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam mengesan pencemaran bau dipercayai diesel semalam berjaya mengelakkan berlakunya gangguan bekalan air pada sambutan Aidilfitri hari ini.

Longgokan ikan mati di Sungai Kundang akibat pencemaran minyak
Sebanyak 33 guni ikan mati telah dibersihkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) di perangkap sampah Sungai Kundang di sini pada Sabtu.