KUALA LUMPUR: Kegagalan skuad terjun kebangsaan menambah jumlah atlet ke Sukan Olimpik Paris 2024 menerusi Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar menunjukkan ketiadaan pelapis yang 'ampuh' bagi sukan itu.
Penganalisis sukan Mohd Sadek Mustafa berkata hal ini berkait rapat dengan kesilapan percaturan Persekutuan Renang Malaysia (MS) yang gagal menjelmakan kesinambungan kejayaan skuad terjun negara pada 2012 yang meraih pingat perak di Sukan Olimpik London menerusi Datuk Pandelela Rinong.
"Kita lihat kegagalan persatuan renang merencana program selepas Olimpik London 2012 bila Pandelela menang pingat, kalau kita bina pelapis ketika itu yang muda akan menjadi atlet yang bertanding sekarang hasil daripada perancangan 12 tahun, mereka sudah matang dan bertanding di kejohanan dunia.
"Yang bertanding sepatutnya generasi baharu dan generasi Datuk Pandelela sudah tiada. Itu yang dibuat pasukan negara Eropah, China dan Amerika Selatan, mereka yang bertanding semua generasi baharu, itu yang menyebabkan kita tidak berjaya," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.
Beliau berkata Pandelela sepatutnya sudah bersara dan menjadi jurulatih untuk menjelmakan 'Pandelela Kedua' dengan mencari bakat baharu.
Mohd Sadek berkata Jawatankuasa Road to Gold (RTG) juga perlu mempertimbang Bertrand Rhodict Lises selain memberi tumpuan kepada penerjun muda itu untuk lebih menyinar di pentas antarabangsa memandangkan beliau telah layak ke temasya sukan berprestij di dunia tersebut yang akan bermula Julai ini.
"Bila Pandelela dan Nur Dhabitah Sabri tidak layak, sudah tiada justifikasi mereka di dalam program RTG, mereka sendiri perlu sedar dan undur diri dari RTG, beri peluang untuk Bertrand," katanya.
Bertrand, 18, merupakan satu-satunya individu membawa cabaran skuad terjun negara ke Sukan Olimpik 2024 menerusi acara 10 meter (m) platform lelaki manakala nama besar seperti Pandelela dan Nur Dhabitah gagal melayakkan diri.
Pandelela gagal melepasi had kelayakan acara 10m platform individu dan seirama wanita (bergandingan dengan Nur Dhabitah) manakala Nur Dhabitah tidak menyerlah dalam 10m platform seirama (bergandingan dengan Pandelela), 3m papan anjal seirama (bergandingan dengan Wendy Ng) dan 3m papan anjal individu pada Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar yang sedang berlangsung.
Mohd Sadek turut menyarankan agar MS membuat program untuk mencari bakat baharu di seluruh negara seperti Program Mencari Ramli bagi sukan bola sepak.
"Kita tiada satu 'pool' pelapis di bawah usia 18 tahun, jadi itu yang kita perlu cari, pusing satu negara untuk mencari bakat. Kita perlu serius dan dibuat oleh persatuan, paling cepat 10 tahun baru kita mendapat hasil," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 10 2024
Mohd Sadek berkata hal ini berkait rapat dengan kesilapan percaturan MS yang gagal menjelmakan kesinambungan kejayaan skuad terjun negara pada 2012 yang meraih pingat perak di Sukan Olimpik London menerusi Pandelela. - Foto Sinar Harian
Premier Abang Johari cadang institusi pengajian tenaga boleh diperbaharui di i-CATS
Kerajaan Sarawak akan menubuhkan sebuah institusi khas untuk pengajian tenaga boleh diperbaharui, yang dijangka beroperasi di Kolej Universiti i-CATS milik penuh, negeri itu.
KPDN fokus cari solusi isu harga ayam lebih mahal di Sabah, Sarawak
KPDN fokus mencari penyelesaian mengenai isu harga ayam segar yang dijual lebih mahal di Sabah dan Sarawak berbanding di Semenanjung.
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Sze Fei-Nur Izzuddin dipertimbang sertai RTG - Hannah
Ia dibuat selepas beregu lelaki berkenaan berjaya menampilkan aksi cemerlang pada beberapa kejohanan sebelum ini.
Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik
Hannah Yeoh berkata Jawatankuasa RTG telah menerima tawaran daripada pemaju hartanah, Top Residency, yang berminat untuk menghadiahkan pemenang pingat emas pertama.
KBS penuhi permintaan pemain skuasy program Fast Track LA28
Permintaan itu termasuk bantuan kejurulatihan khusus, peralatan latihan dan pemulihan selain perkhidmatan sokongan perubatan dan sains sukan.
Lima kejohanan penentu nasib Andre Anura ke Paris 2024
Atlet lompat kijang negara, Andre Anura Anuar perlu memburu lompatan terbaik dalam lima kejohanan disertai bagi menghidupkan ke Sukan Olimpik 2024 Paris.
Skuad terjun negara tiada pelapis yang ampuh - Penganalisis sukan
Kegagalan skuad terjun kebangsaan menambah jumlah atlet ke Sukan Olimpik Paris 2024 menerusi Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar menunjukkan ketiadaan pelapis yang 'ampuh' bagi sukan itu.
Aniq Kasdan diterima masuk program Road To Gold
Aniq masuk, hoki serta Kian Men-Pei Jing, Soon Huat-Shevon Lai dikeluarkan daripada program Road To Gold.
Hamidin mahu 'tegur' Zii Jia
Datuk Hamidin Mohd Amin mahu mengadakan pertemuan empat mata dengan Lee Zii Jia bagi membincangkan keputusan perseorangan lelaki negara itu untuk tidak menyertai program Road To Gold (RTG).
Chong Wei sudah jangka Zii Jia tolak RTG
Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sudah dapat menjangka pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia tidak berminat menyertai program Road To Gold (RTG).
RTG: Hoki, badminton beregu campuran, digugurkan
Program Road to Gold (RTG) hari ini mengumumkan pengguguran atlet daripada program itu, termasuk pasukan hoki lelaki kebangsaan.
Nasib atlet RTG Selasa ini - Hannah
Persoalan mengenai nasib atlet yang tersenarai dalam program Road To Gold (RTG) bakal terjawab dalam mesyuarat jawatankuasa penilaian program tersebut Selasa ini.