KUALA LUMPUR: Setelah berdekad mencuba dan menunggu, akhirnya Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengesahkan skuasy disenaraikan dalam program Sukan Olimpik edisi Los Angeles 2028 (LA28).
Skuasy, besbol/sofbol, kriket dan dua sukan tradisi Amerika Syarikat (AS) iaitu flag football dan lacrosse adalah lima sukan baharu yang diluluskan oleh Lembaga Eksekutif menjelang sesi IOC di Mumbai, India, selepas meneliti cadangan daripada Jawatankuasa Pengelola LA28.
Presiden IOC Thomas Bach berkata, kemasukan lima sukan itu akan membolehkan Pergerakan Olimpik melibatkan diri dengan atlet baharu serta komuniti peminat di AS dan peringkat global.
"Pemilihan lima sukan ini selaras dengan budaya sukan Amerika dan mempamerkan sukan ikonik Amerika kepada dunia, sambil membawa sukan antarabangsa ke AS. Sukan ini akan menjadikan Olimpik LA 2028 lebih unik," katanya dalam kenyataan.
Menurut IOC, program acara dan kuota atlet bertanding akan dimuktamadkan selepas Olimpik Paris 2024 yang dijadual berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos tahun depan.
Skuasy dan flag football akan dipertandingkan buat julung kalinya manakala besbol/sofbol, kriket dan lacrosse pula dipertandingkan semula dalam temasya terbesar dunia itu.
"Skuasy sudah disenaraikan dalam lapan temasya sukan lain, dengan wakil dari empat benua berada dalam 10 ranking teratas dunia.
"Skuasy menunjukkan perkembangan menakjubkan sejak kebelakangan ini, terutama dalam kalangan anak muda, dengan peningkatan 87 peratus dalam penyertaan skuasy antara 2015 dan 2019 di AS," menurut IOC.
Kriket dengan lebih 2.5 bilion peminat seluruh dunia, hanya dipertandingkan di Olimpik Paris 1900, dan IOC yakin penyertaan dalam temasya LA28 membawa peluang besar untuk melibatkan diri dengan negara dan komuniti baharu.
Lembaga Eksekutif IOC turut menyokong pentatlon moden dan angkat berat untuk dipertandingkan di LA28, dengan syarat disiplin berkuda digantikan dengan perlumbaan berhalangan dalam pentatlon moden manakala Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) meneruskan usaha anti-doping dengan berkesan.
Bagaimanapun, keputusan mengenai tinju masih ditangguhkan kerana IOC belum mengiktiraf persekutuan antarabangsa alternatif selepas menarik balik pengiktirafan terhadap Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA).
Pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di China baru-baru ini, pasukan skuasy Malaysia membawa pulang tiga pingat emas serta masing-masing satu perak dan gangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 14 2023

Skuasy menunjukkan perkembangan menakjubkan sejak kebelakangan ini, terutama dalam kalangan anak muda, dengan peningkatan 87 peratus dalam penyertaan skuasy antara 2015 dan 2019 di Amerika Syarikat. - Gambar hiasan
Agenda AWANI: Penubuhan Majlis Media Malaysia
Adakah penubuhan Majlis Media Malaysia dapat memastikan kebebasan media dalam konteks landskap politik yang semakin dinamik di Malaysia, antara mengimbangi keperluan untuk kawal selia dan risiko penapisan yang berlebihan dalam industri media? Diskusi 9 malam

Putera Mahkota Arab Saudi, Presiden Lubnan adakan perbincangan di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman mengadakan perbincangan rasmi dengan Presiden Lubnan Joseph Aoun di Riyadh pada Isnin malam.

Thailand terima 7 juta pelancong dua bulan pertama 2025
China kekal sebagai pasaran terbesar Thailand dengan 1.05 juta pelawat, diikuti Malaysia (879,864), dan Rusia (504,449).

Lebih 3,000 pemeriksaan menerusi Ops Pantau di seluruh negara - Fuziah
Lokasi tumpuan termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya dan kedai runcit.

Kadar zakat fitrah di Kedah RM7 dan RM14
Pengerusi LZNK Datuk Seri Norizan Khazali berkata kadar zakat fitrah yang ditetapkan adalah sebanyak RM7 dan RM14.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.

MWC 2025: EDOTCO komited percepat pelaksanaan 5G, luaskan ketersambungan luar bandar
Kumpulan EDOTCO terus memperkukuh komitmennya terhadap transformasi digital Malaysia dengan mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G.

Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik sedikit kepada 4.4635/4680 berbanding 4.4640/4680 ketika ditutup pada Isnin.
Sidang tergempar negara Arab bincang beberapa isu penting
Ia termasuk fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel, pembinaan semula Gaza, serta penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat.
KWSP Kekal Kukuh dengan Strategi Pelaburan Seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh melalui strategi pelaburan seimbang, memastikan pulangan kompetitif kepada pencarum meskipun dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.

Transformasi mahasiswa daripada pencari kepada pencipta kerja antara fokus KPT
Usaha mentransformasikan mahasiswa daripada seorang pencari pekerjaan kepada pencipta pekerjaan selepas menamatkan pengajian menjadi fokus KPT dalam PPPM 2025-2035 yang sedang dirangka.

Olimpik Paris 2024: IOC pertahan keputusan benar peninju wanita bertanding
Kedua-dua atlet ini adalah mangsa keputusan mendadak dan sewenang-wenang oleh Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA).

Paris 2024: Pasangan renang Brazil cetus kontroversi, dibuang daripada senarai bertanding
Keputusan IOC muktamad susulan daripada perbuatan dua atlet itu yang 'mencuri-curi keluar' ke bandar Paris ketika waktu malam.

China, IOC sedia tingkatkan kolaborasi, majukan gerakan Olimpik
China menyokong teguh pembangunan gerakan Olimpik antarabangsa di samping mengekalkan hubungan baik dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dalam jangka masa panjang.

Sukan Olimpik 2024: Tiga atlet wanita tidak diiktiraf kerajaan Taliban
Kerajaan Taliban Afghanistan tidak mengiktiraf tiga atlet wanita mereka yang bakal mewakili negara berkenaan di Sukan Olimpik Paris 2024.

Presiden IOC, CMG anugerahkan plak kepada tim media Sukan Olimpik 2024
CMG sebagai agensi penyiar utama bagi Sukan Olimpik Paris 2024, berikrar melaksanakan tugasan dan tanggungjawab yang sejajar dengan mandat.

Ukraine mungkin tidak sertai Sukan Olimpik Paris
Ukraine mungkin tidak akan menyertai Sukan Olimpik Paris 2024 melainkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengubah pendiriannya.

Olimpik Paris: Altet Rusia, Belarus dibenar bertanding
Keputusan IOC itu mengesahkan langkah yang dimulakan setahun lalu untuk mengintergrasikan semula Rusia dan sekutu tenteranya Belarus.

Michelle Yeoh antara 8 ahli baharu IOC
Pemenang Oscar Tan Sri Michelle Yeoh dipilih sebagai ahli baharu Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada hari terakhir Sesi ke-141 IOC di sini, pada Selasa.