Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti berhubung tindakan terhadap Datuk Osman Sapian susulan satu video tular bekas Menteri Besar Johor itu dipercayai berkempen untuk calon Bebas semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, baru-baru ini.
Pengerusi Bersatu Johor Mazlan Bujang berkata pihaknya di peringkat perhubungan negeri tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli yang melanggar peraturan parti.
"Biarlah Tan Sri (Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin) melalui jawatankuasa (Lembaga Tatatertib) membuat apa jua keputusan.
"Hal-Hal disiplin di bawah Lembaga Tatatertib parti, jadi kita di negeri tidak ada komen berhubung perkara ini, segalanya terpulang kepada pihak pengurusan untuk ambil tindakan.
"Kalau betul video itu sahih, mereka (Lembaga Tatatertib) akan buat siasatan.
"Terserah kepada Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin, beliau boleh arahkan untuk buat semakan atau siasatan," katanya.
Mazlan, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis penutup Konvoi Merdeka Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 2020 di sini hari ini.
Semalam tular video yang menunjukkan Osman, Ketua Bersatu Bahagian Ayer Hitam, dipercayai sedang berucap berkempen menyokong calon Bebas iaitu Amir Khusyairi Mohamad Tanusi ketika PRK DUN Slim.
Dalam video itu, Osman mengakui masih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas atas tiket Bersatu dan ahli Bersatu namun mendakwa parti tersebut telah menyeleweng daripada perjuangan asalnya.
Sebelum ini, Osman mendakwa kehadirannya di Slim, Perak sekadar untuk bertemu rakan lama sambil makan angin dan menegaskan tindakan beliau itu tiada kaitan dengan politik.
Mengulas lanjut, Mazlan berkata semua pihak diminta agar tidak cepat melatah khususnya apabila membabitkan urusan dalaman parti.
"Kita ikut sumber yang tepat. Kalau betul ada pelanggaran salah laku maka perlu diberikan peluang untuk memberikan penjelasan, kita kena matang dalam soal ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 30 2020

Mazlan berkata pihaknya di peringkat perhubungan negeri tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli yang melanggar peraturan parti. - Gambar fail

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Jenazah Osman Sapian disemadi di Johor Bahru
Jenazah bekas Menteri Besar Johor dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ar Raudhah di Taman Mount Austin pada pukul 4 petang Rabu.

PM Muhyiddin ada nasihati saya - Osman Sapian
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menasihati bekas Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian berhubung tindak tanduknya sehingga menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

Slim Memilih: Bersatu Johor tiada kuasa ambil tindakan ke atas Osman Sapian
Tular video yang menunjukkan Osman sedang berucap berkempen menyokong calon Bebas iaitu Amir Khusyairi Mohamad Tanusi ketika PRK DUN Slim.