Sejak tahun 2009, SME Bank sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan telah membayar zakat berjumlah lebih RM25 juta dan pada hari ini sebanyak RM1.16 juta telah diagihkan kepada lapan rakan strategik yang terdiri daripada tiga buah hospital dan lima institusi pengajian tinggi awam dalam satu majlis penyerahan yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Pemilihan rakan strategik penerima zakat daripada SME Bank ini adalah yang pertama kali diadakan. Hospital Kuala Lumpur, Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan Institut Kanser Kebangsaan masing-masing menerima zakat sebanyak RM220,000 manakala Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaya (UM) masing-masing menerima RM100,000.
Aria Putera Ismail, Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank berkata, "Selama ini SME Bank mengagihkan zakat kepada individu secara terus selain dari membayar kepada pusat zakat setiap negeri. Kolaborasi bersama rakan strategik untuk agihan wang zakat bagi membantu golongan asnaf yang disasarkan ini adalah yang pertama untuk SME Bank. Pemilihan organisasi berkaitan sektor perubatan dan pendidikan ini adalah berdasarkan pengalaman kami dalam membantu golongan asnaf yang terdahulu. Kos untuk menampung perbelanjaan di dalam kedua-dua sektor ini telah melambung tinggi disebabkan inflasi dan persekitaran ekonomi yang tidak menentu.”
Aria menambah, “Untuk agihan kepada organisasi perubatan, pihak hospital sendiri yang akan menentukan penerimanya dan jumlah yang akan diterima oleh pesakit dan untuk kategori pendidikan pula, pihak universiti akan memberi keutamaan kepada pelajar asnaf yang mengikuti kursus berkaitan perniagaan atau keusahawanan dengan jumlah minimum CGPA 3.0 setiap semester. Semua penerima zakat ini adalah dari golongan B40.”
Bagi Wilayah Persekutuan secara khususnya, bermula pada tahun 2015, SME Bank telah mengagihkan zakat berjumlah RM3.54 juta kepada 168 orang asnaf dari pelbagai kategori. Golongan yang menerima zakat tersebut adalah ibu tunggal, warga emas, orang kelainan upaya dan anak yatim yang menepati kriteria asnaf. Antara bentuk zakat yang disumbangkan ialah untuk menampung kos sara hidup, perubatan, pembelian mesin untuk perniagaan, membaik pulih rumah dan surau serta pembayaran yuran pendidikan dan pembelian buku-buku. Selain itu, SME Bank juga menggunakan dana zakat ini semasa bulan Ramadan untuk membantu golongan asnaf di dalam dan luar negara termasuk di Syria.
Turut hadir pada majlis ini adalah wakil daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan wakil rakan strategik.
Kenyataan Media
Thu Sep 12 2019

Aria Putera Ismail (lima dari kiri) bersama Professor Dr. Abdul Basir Mohamad, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Shariah SME Bank (berdiri sebelah Aria) bersama lapan rakan strategik penerima zakat korporat SME Bank. - Foto SME Bank

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

'Kemanisan Memberi', kempen eksperimen media sosial SME Bank sempena Ramadan
Episod pertama telah ditayangkan pada 16 April 2021 di platform media sosial SME Bank dan episod akhir dijangka ditayangkan pada 25 Mei 2021

SME Bank tawar lanjutan moratorium bersasar bernilai RM4.8 bilion
Program SRP ini melibatkan 3,090 pelanggan dengan jumlah pembiayaan melebihi RM4.8bilion.

SME Bank luluskan 940 permohonan bernilai RM503 juta di bawah SRF
Selain SRF, setakat 28 Julai 2020, SME Bank turut memproses sebanyak 15 permohonan AgroMakanan (AF) bernilai RM7.83 juta.

IMTN terbitan SME Bank dibida lebih 4.5 kali ganda
Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata IMTN tersebut telah diletakkan dengan harga akhir yang kompetitif di antara 3.02 peratus hingga 3.30 peratus.

SME Bank Y-Biz Challenge 2020 pupuk usahawan muda pintar digital
SME Bank meneruskan inisiatif memupuk dan membimbing usahawan muda dengan memperkenalkan aspek perniagaan digital dalam pertandingan SME Bank Y-Biz Challenge bagi edisi ke-7 tahun 2020.

BEP 2.0 bakal terima suntikan dana RM5 juta - Mohd Redzuan
Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, ia sebagai tanda sokongan kementeriannya terhadap inisiatif bagi membantu sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam memacu ekonomi negara.

SME Bank agih lebih RM25 juta zakat kepada golongan asnaf sejak 2009
Sejak tahun 2009, SME Bank telah membayar zakat berjumlah lebih RM25 juta dan pada hari ini sebanyak RM1.16 juta telah diagihkan.

SME Bank terbit sukuk RM600 juta
Permintaan yang tinggi membolehkannya mendapatkan beberapa pelabur utama untuk menutup rundingan dengan harga kompetitif di antara mata asas 45 dan 31 melebihi bon kerajaan Malaysia.