Malaysia menyokong sepenuhnya usaha di peringkat antarabangsa yang bertujuan untuk meningkatkan lagi persefahaman antara budaya, tamadun dan agama, termasuk kepercayaan dan amalan mazhab.
Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata masyarakat terus menyaksikan situasi kemanusiaan yang amat buruk, pencabulan hak asasi manusia dan tindakan ekstremisme di pelbagai pelusuk dunia.
"Dalam hubungan ini, Malaysia berpegang kuat kepada pendekatan memperjuangkan nilai-nilai kesederhanaan di peringkat global seperti didukung oleh Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM).
"Dalam memperjuangkan suara-suara kesederhanaan, GMM berusaha untuk meningkatkan persefahaman bersama dan prinsip hormat-menghormati serta menyumbang ke arah keamanan, pembangunan mampan dan inklusif, pertumbuhan yang saksama dan kesejahteraan sosial.
"Kami percaya bahawa kesederhanaan menyumbang kepada demokrasi kerana ia membuka jalan ke arah keharmonian dalam struktur sosio-budaya masyarakat majmuk," kata beliau semasa berucap pada Forum Demokrasi Bali Ke-9 di Bali, Indonesia hari ini.
Teks ucapan beliau dihantar kepada Bernama oleh Kementerian Luar.
Dalam ucapannya yang bertemakan "Agama, Demokrasi dan Pluralisme", Reezal berkata amalan demokrasi dalam masyarakat majmuk adalah penting kerana ia memupuk perasaan saling hormat menghormati dan persefahaman bersama.
"Ia sekali gus memungkinkan kewujudan bersama secara aman dan mengukuhkan hubungan rakyat dengan rakyat yang mengikat masyarakat," katanya.
Beliau berkata konsep 1Malaysia diperkenalkan sebagai inisiatif untuk menggalakkan perpaduan nasional, toleransi dan menerima perbezaan masing-masing.
"Justeru, adalah penting untuk menerima hakikat bahawa masyarakat majmuk, yang menyaksikan pelbagai kaum dapat mengekalkan dan mengembangkan budaya tradisional mereka, pasti akan menyumbang kepada demokrasi yang berjaya dan lebih bermakna.
"Oleh itu, penekanan kepada penyertaan inklusif rakyat sudah pasti akan melenyapkan ketidakimbangan sosial dan ketegangan," tambah beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 08 2016

REEZAL: Malaysia menyokong sepenuhnya usaha di peringkat antarabangsa yang bertujuan meningkatkan lagi persefahaman budaya, tamadun dan agama. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pengeluaran getah asli Malaysia bagi Februari 2024 menurun 2.0 peratus - Perangkaan
Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan pengeluaran getah asli meningkat 9.1 peratus daripada 27,209 tan metrik pada Februari 2023.

Ketua Liga Muslim Sedunia sokong GMM
Datuk Seri Mohammed Al-Issa berkata inisiatif Najib dalam merintis GMM sejajar dengan usaha WML untuk menentang ideologi pelampau dengan menyebar pemikiran kesederhanaan dalam Islam.

Penerimaan resolusi kesederhanaan oleh PBB satu kejayaan - PM Najib
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menerima resolusi Malaysia untuk menangkis penyebaran fahaman ekstremisme dan radikal menggunakan pendekatan kesederhanaan.

Pengiktirafan AS terhadap Baitulmaqdis langkah silap - GMM
Pengiktirafan Amerika Syarikat (AS) ke atas Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel adalah satu langkah silap kerana ia dilakukan tanpa mengambil kira sensitiviti rantau berkenaan.

Agenda keamanan, pragmatisme tolak ancaman ekstremis - Najib
Najib menyeru penggerak kesederhanaan dari semua negara dan agama untuk kembali menuntut agenda keamanan serta pragmatisme dalam usaha menolak sebarang bentuk ekstremis.

Malaysia berusaha bawa inisiatif GMM ke PBB melalui resolusi
Malaysia mengulangi seruannya bagi GMM untuk membendung api kebencian dan pengaruh ekstremisme dan idea-idea tidak bertoleransi, xenofobia dan kebencian kaum.

GMM bukan gagal tangani Islamophobia
Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) bukan satu pertubuhan yang gagal dalam menangani masalah Islamophobia, kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pada sidang Dewan Rakyat.

Pengurusan kes saman fitnah Maria terhadap Jamal 17 Feb
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 17 Feb untuk pengurusan kes saman fitnah Maria Chin Abdullah terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Mahkamah saran kes saman Maria Chin terhadap Jamal diselesai secara baik
Mahkamah Tinggi mencadangkan supaya kes saman fitnah difailkan Maria Chin Abdullah terhadap Jamal Md Yunus atas dakwaan mengaitkan Bersih 2.0 dengan kumpulan pengganas Daish diselesaikan secara baik.

Sokong usaha pupuk persefahaman bersama - Reezal Merican
Malaysia menyokong sepenuhnya usaha di peringkat antarabangsa yang bertujuan untuk meningkatkan lagi persefahaman antara budaya, tamadun dan agama, termasuk kepercayaan dan amalan mazhab.