Sokongan kaum India bagi MIC dijangka mencapai tahap 65 peratus secara purata pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berbanding pada PRU13 berdasarkan kajian Jalinan Rakyat, kata Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam pada Rabu.
Beliau berkata keyakinan itu adalah berdasarkan pada maklum balas daripada lebih 800,000 pengundi India di peringkat kebangsaan menerusi pelbagai program dan bantuan yang dilaksanakan khusus untuk kaum berkenaan.
"Pada PRU13, hanya 48 hingga 55 peratus masyarakat India menyokong MIC. Pada PRU kali ini, tahap sokongan ini lebih tinggi.
"Namun, peratusan sokongan adalah berbeza mengikut kawasan, dengan sesetengah kawasan merekodkan sokongan serendah 50 peratus dan ada setinggi 80 peratus.
"Tetapi secara purata, kita yakin mempunyai sokongan 65 peratus daripada kaum India, yang kira-kira 1.1 juta adalah pengundi," katanya.
Dr Subramaniam bercakap kepada pemberita di sini selepas melancarkan Manifesto MIC yang merangkumi empat tunggak utama dan 22 tawaran bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat India.
Mengulas lanjut, Dr Subramaniam berkata undi masyarakat India juga merupakan penentu keputusan di beberapa kawasan Parlimen dan DUN.
Beliau melihat peluang MIC lebih cerah untuk menawan semula kerusi-kerusi Parlimen dan DUN yang jatuh ke tangan pembangkang sebelum ini.
Pada PRU13, MIC hanya menang empat daripada sembilan kerusi Parlimen yang ditandinginya iaitu Cameron Highlands, Segamat, Tapah dan Hulu Selangor serta lima daripada 18 kerusi DUN.
Ditanya sama ada sokongan 65 peratus itu menunjukkan tsunami masyarakat India yang berpihak ke BN, Dr Subramaniam berkata: "Saya tidak menyebutnya sebagai tsunami masyarakat India, ia sebenarnya menunjukkan sokongan yang lebih tinggi daripada masyarakat India bagi MIC.
"Ini adalah kerana masyarakat India telah dan sedang melihat kebolehan dan kemampuan MIC untuk terus berganding bahu dengan agensi-agensi kerajaan untuk meningkat dan memperkasa taraf sosio-ekonomi kaum itu, khususnya kumpulan berpendapatan rendah (B40) agar tidak ketinggalan dari arus pembangunan negara."
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 18 2018
![Sokongan kaum India lebih baik pada PRU14 - Dr Subramaniam Sokongan kaum India lebih baik pada PRU14 - Dr Subramaniam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/41524090605_DrSSubramaniam.jpg)
Subramaniam bersama anggota Majlis Tertinggi parti pada pelancaran Manifesto PRU14 MIC Untuk Masyarakat India di Ibu Pejabat MIC di Kuala Lumpur, 18 April, 2018. --fotoBERNAMA
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Isu pindah tanah: Selangor mungkin laksana audit, siasatan dalaman semua agensi Isu pindah tanah: Selangor mungkin laksana audit, siasatan dalaman semua agensi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737958951_tbAmirudinShari.jpg)
Isu pindah tanah: Selangor mungkin laksana audit, siasatan dalaman semua agensi
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata langkah tersebut bagi menangani isu pindah milik tanah berkenaan secara menyeluruh.
![Timbalan pengarah agensi kerajaan antara ditahan bantu siasatan kes rasuah RM600,000 Timbalan pengarah agensi kerajaan antara ditahan bantu siasatan kes rasuah RM600,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737438254_TBPENGARAHSPRM.jpg)
Timbalan pengarah agensi kerajaan antara ditahan bantu siasatan kes rasuah RM600,000
Dua lelaki termasuk timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan direman enam hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM600,000.
![Disyaki terima rasuah RM900,000, dua individu termasuk pengarah agensi kerajaan direman Disyaki terima rasuah RM900,000, dua individu termasuk pengarah agensi kerajaan direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736334182_sprmbernama.jpg)
Disyaki terima rasuah RM900,000, dua individu termasuk pengarah agensi kerajaan direman
Dua lelaki termasuk seorang pengarah sebuah agensi kerajaan di Terengganu direman enam hari bermula hari ini kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM900,000.
![500 terumbu karang tanduk rusa dibiak semula di Pulau Jemuruk 500 terumbu karang tanduk rusa dibiak semula di Pulau Jemuruk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729690367_JabatanAlamSekitar.jpg)
500 terumbu karang tanduk rusa dibiak semula di Pulau Jemuruk
Sebanyak 500 terumbu karang jenis tanduk rusa atau nama saintifiknya Acropora berjaya dibiak semula ke habitat semula jadi di sekitar perairan Pulau Jemuruk, di Langkawi.
![Ahli lembaga koperasi direman kes pelaburan RM3.2 juta Ahli lembaga koperasi direman kes pelaburan RM3.2 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729576005_ahlilembagakoperas.jpg)
Ahli lembaga koperasi direman kes pelaburan RM3.2 juta
Seorang ahli lembaga sebuah koperasi agensi kerajaan direman lima hari bagi membantu siasatan kes penyalahgunaan kuasa untuk menyeleweng wang pelaburan RM3.2 juta.
![PM arah agensi, badan berkanun dapat kelulusan menteri untuk lawatan luar negara - Fahmi PM arah agensi, badan berkanun dapat kelulusan menteri untuk lawatan luar negara - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726813819_TBFAHMI.jpg)
PM arah agensi, badan berkanun dapat kelulusan menteri untuk lawatan luar negara - Fahmi
Perdana Menteri mengarahkan semua agensi dan badan berkanun mendapatkan kelulusan menteri masing-masing untuk lawatan ke luar negara.
![Kementerian, agensi perlu teroka dan manfaat AI - Fahmi Kementerian, agensi perlu teroka dan manfaat AI - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709879380_TBartificialintelli.jpg)
Kementerian, agensi perlu teroka dan manfaat AI - Fahmi
Menteri Komunikasi seru kementerian dan agensi kerajaan untuk meneroka dan memanfaatkan teknologi AI bagi meningkatkan lagi kecekapan perkhidmatan kepada rakyat.
![Anwar mulakan lawatan rasmi ke Kazakhstan dengan kunjungan ke Masjid Besar Astana Anwar mulakan lawatan rasmi ke Kazakhstan dengan kunjungan ke Masjid Besar Astana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715863304_TBanwar.jpg)
Anwar mulakan lawatan rasmi ke Kazakhstan dengan kunjungan ke Masjid Besar Astana
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi dua hari beliau ke Kazakhstan dengan mengunjungi Masjid Besar Astana yang terletak di sepanjang Laluan Sutera di sini hari ini.
![Pelajar dapat akses maklumat, kajian sedia ada kerajaan sebelum 24 Mei ini Pelajar dapat akses maklumat, kajian sedia ada kerajaan sebelum 24 Mei ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715852448_TBChangLihKang.jpg)
Pelajar dapat akses maklumat, kajian sedia ada kerajaan sebelum 24 Mei ini
Mahasiswa di IPT bakal mendapat akses kepada maklumat serta kajian sedia ada di peringkat kementerian dan agensi kerajaan sebelum 24 Mei ini.
![Monsun Barat Daya: Negara dijangka berdepan impak negatif, agensi kerajaan siap siaga Monsun Barat Daya: Negara dijangka berdepan impak negatif, agensi kerajaan siap siaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715441418_TBzahidhamidi.jpg)
Monsun Barat Daya: Negara dijangka berdepan impak negatif, agensi kerajaan siap siaga
Negara dijangka berdepan pelbagai impak negatif susulan Monsun Barat Daya yang dijangka bermula bulan ini hingga September.