JOHOR BAHRU: Ketua jurulatih Esteban Solari dan enam pemain antara yang akan meninggalkan Johor Darul Ta'zim (JDT) sebagai langkah penstrukturan semula kewangan bagi memastikan kelangsungan jangka panjang kelab itu.
JDT menerusi hantaran di Facebook Johor Southern Tigers hari ini memaklumkan barisan kejurulatihan lain yang akan meninggalkan kelab itu ialah Rodrigo Barrios, Antonio Mateos, Antonio Gavilan dan Dr Leandro Pinero.
Sementara pemain yang akan meninggalkan skuad Harimau Selatan setelah lama berkhidmat adalah Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, S. Kunanlan, Ahmad Hazwan Bakri, Adam Nor Azlin, Leandro Sebastian Velazquez dan Diogo Luis Santo.
"Harimau Selatan sedang melakukan transformasi yang memperlihatkan kelab mengurangkan perbelanjaan sehingga 30 hingga 40 peratus disebabkan keperluan untuk penstrukturan semula kewangan bagi memastikan kelangsungan jangka panjang kelab.
"Kelab telah membelanjakan sejumlah wang untuk projek bola sepak sepanjang enam hingga tujuh tahun ini," menurut hantaran itu hari ini.
Menurut hantaran tersebut, lima pemain turut dipinjamkan keluar iaitu Oscar Arribas, Syafiq Ahmad, Muhammad Safawi Rasid, Muhammad Akhyar Abdul Rashid dan Muhammad Haziq Nadzli.
JDT mencipta sejarah apabila menjuarai Liga Super 10 musim berturut-turut sejak 2014.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 28 2023

Ketua jurulatih Esteban Solari dan enam pemain antara yang akan meninggalkan Johor Darul Ta'zim (JDT) sebagai langkah penstrukturan semula kewangan bagi memastikan kelangsungan jangka panjang kelab itu. - Foto Facebook Johor Southern Tigers

Banjir: Pekan Beaufort terjejas teruk, penduduk sukar dapatkan barangan keperluan
Banjir berkenaan mengakibatkan jalan raya kini hanya boleh dilalui kenderaan berat dan perkhidmatan kereta api terputus.

774 Penolong Pegawai Perubatan bakal ditawar jawatan tetap seawal April 2025
Sebanyak 774 Penolong Pegawai Perubatan (PPP) lantikan kontrak fasa enam dan tujuh akan ditawarkan jawatan tetap seawal bulan hadapan.
ASEAN 2025 | 10 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Pegawai keselamatan rugi lebih RM300,000 ditipu phone scam
Seorang pegawai keselamatan sebuah syarikat swasta di sini mengalami kerugian RM303,750 selepas diperdaya sindiket 'phone scam'.

Adab berbicara dalam media sosial
Sebagai umat Islam, kita dituntut untuk menjadi penyebar kedamaian dan kebaikan, bukan penghasut kebencian.
Pantau Agenda Reformasi: Pelan Arab untuk bina semula Gaza, apa perlu kita tahu?
Apa cabaran di sebalik cadangan Pelan Pembangunan Semula Gaza yang dikemukakan oleh Mesir dalam Sidang kemuncak Liga Arab di Kaherah baru-baru ini?

Hantaran Facebook Najib tidak wajar - DPP
Pihak pendakwaan berhujah bahawa kenyataan media itu sepatutnya dilaporkan secara faktual dan objektif tanpa membuat sebarang kesimpulan.
Program MBG berpotensi menyebabkan penyelewengan
Program Makanan Berkhasiat Percuma (MBG) yang diperkenalkan kerajaan Indonesia awal tahun ini berpotensi menyebabkan berlakunya penyelewengan dalam tadbir urusnya.
Kerjasama Indonesia-WWF jamin kelestarian industri marin
Pendekatan ini berupaya mengekalkan kelestarian industri perikanan di masa depan dengan memastikan pasaran mematuhi piawaian penangkapan hidupan laut.
BNPB tingkatkan pembenihan awan di kawasan terjejas banjir
Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Indonesia meningkatkan usaha pembenihan awan bagi menangani bencana berkaitan hujan di kawasan yang terdedah kepada banjir dan tanah runtuh.

Harga tiket final Piala Malaysia 2024-2025 kekal - MFL
Empat kategori tiket aksi kemuncak Piala Malaysia itu akan diagihkan secara sama rata masing-masing kepada JDT dan Sri Pahang FC.

JDT kekang kuasa Buriram di laman sendiri
Pasukan tuan rumah berdepan isu penyudah yang tumpul, selain cabaran untuk mengatasi disiplin bertahan yang kukuh ditunjukkan JDT.

Seteru utama Selangor dalam ACL2, Jeonbuk mahu tandatangani Arif Aiman
Gergasi terkemuka Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai, dilaporkan memantau perkembangan Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Super musim lalu, Arif Aiman Hanapi.

Dakap 13 piala bersama, JDT hilang khidmat graduan Real Madrid juga pembantu Hector Bidoglio
Jurulatih kelahiran Argentina itu turut berterima kasih kepada Pemangku Sultan Johor atas peluang yang diberikan.

Malaysia, Thailand 10 negara kelab terbaik Asia, Indonesia nombor 25
Kecemerlangan JDT melayakkan diri ke pusingan 16 ACLE memacu Malaysia dalam ranking Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pada tahap terpuji.

'Terima kasih TMJ, JDT untuk tujuh tahun'
Haziq Nadzli tidak lagi memegang status sebagai pemain pinjaman Harimau Selatan susulan dibenarkan beraksi berdepan JDT, Isnin lalu.

Liga Super: "Tahniah JDT, mereka memimpin bola sepak Malaysia" - Jurulatih Selangor
Kinoshi harap JDT teruskan memimpin bola sepak Malaysia dan pamerkan penguasaan Malaysia di seluruh dunia.

Hafizh Syahrin menang Anugerah Pelumba Antarabangsa Terbaik MAM 2024
Pelumba JDT Racing Team Hafizh Syahrin dinobatkan sebagai Pelumba Antarabangsa Terbaik manakala Qabil Irfan Azlan menerima anugerah Pelumba Muda Terbaik.

Agong zahir ucapan tahniah kepada JDT juarai Liga Super 2024-2025
Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada kelab bola sepak JDT FC atas kejayaan mereka menjuarai Liga Super 2024-2025.

JDT sahkan kejuaraan Liga Super kali ke-11 berturut-turut
Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut ketika saingan musim 2024/ 2025 berbaki empat perlawanan selepas menumpaskan Perak FC 2-0.