Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyifatkan tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahu mengadakan solat hajat setelah penghakiman dijatuhkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'menolak takdir'.
Menurutnya, jika mereka membuat solat hajat sekali pun ia tidak akan mengubah nasib Ketua Pembangkang itu.
"Kalau dia buat solat hajat pun (ia) tidak akan mengubah nasib Anwar Ibrahim.
"Kalau dah berlaku bermakna ia sudah ditakdirkan, jika mereka lakukannya untuk meminta dia (Anwar) dibebaskan bermakna mereka menolak takdir," kata Nur Jazlan ketika dihubungi Astro AWANI.
Mengulas tentang tindakan parti itu yang mahu memfailkan usul kes liwat 2 tersebut di Parlimen, beliau berkata tindakan itu menunjukkan mereka tidak menghormati sistem kehakiman negara.
"Saya fikir mereka tidak hormat pada sistem kehakiman kita yang membuat keputusan dengan cara berkecuali," katanya.
Nur Jazlan turut mempersoalkan mengapa anggota-anggota PKR begitu taksub dengan Anwar, sedangkan satu-satu perjuangan bukan hanya terletak pada diri seorang individu sahaja.
Justeru, beliau menyifatkan ketaksuban PKR itu sebagai satu ketandusan politik kerana pada mereka tiada lain melainkan Anwar.
Katanya, sokongan terhadap Anwar juga dilihat semakin berkurangan berbanding sewaktu penahanannya pada tahun 1998 dahulu.
"Anwar sekarang sudah tidak ada hubungan emosi dengan rakyat, orang-orang muda sudah tidak kenal Anwar. Mereka sengaja hendak menaikkan emosi rakyat... rakyat sudah tidak minat," katanya.
Selain itu, Nur Jazlan turut membuat jangkaan bahawa Pakatan Rakyat akan menghadapi masa hadapan yang sukar kerana ternyata ianya hanya lah hubungan berdasarkan kepentingan tertentu.
Mahkamah Persekutuan pada Selasa menolak rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lepas terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang ketika itu berumur 23 tahun, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Keputusan itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, selepas membacakan keputusan selama hampir 2 jam.
Susulan itu, PKR telah menggariskan tiga langkah segera yang akan diambil susulan kegagalan Anwar mengenepikan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan keatas kes Liwat II yang dihadapinya.
Dalam satu sidang media yang diadakan di ibu pejabat parti itu, Presiden PKR dan isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata langkah pertama yang akan diambil untuk adalah untuk menfailkan usul di parlimen bagi mengkritik perilaku hakim-hakim Mahklamah Persekutuan yang mengendalikan kes terbabit.
Selain itu, PKR juga mengajak orang ramai menyertai perhimpunan di hadapan Penjara Sungai Buloh setiap hari bermula Rabu malam bagi menunjukkan solidariti kepada Anwar dan juga menganjurkan Solat Hajat pada Khamis malam di setiap cabang Keadilan.
Haider Yutim
Tue Feb 10 2015

Nur Jazlan berkata, sokongan terhadap Anwar juga dilihat semakin berkurangan berbanding sewaktu penahanannya pada tahun 1998 dahulu. Gambar fail

Gaji lewat dipercayai punca pekerja kilang merusuh
Dalam kejadian jam 12.05 tengah hari itu berlaku pertelingkahan antara sekumpulan pekerja dengan dua penyelia kilang tersebut.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia. #AWANInews
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam. #AWANInews
Lagu nyanyian Siti Nurhaliza, anta permana jadi pilihan Raja Charles III
Lagu Anta Permana yang diluncurkan pada tahun 2018 membuat kemunculan pada minit ke-43 dalam 17 senarai lagu yang dipilih sempena sambutan Hari Negara-Negara Komanwel. #AWANI745 #AWANInews

Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 2,655 orang pagi ini
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Sabah menurun kepada 2,655 orang daripada 916 keluarga setakat 8 pagi ini.

Anggota polis bunuh anak sendiri berusia dua bulan
Kubur bayi itu telah digali semula untuk melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya.

ACLE: JDT tidak bernasib baik - TMJ
Usai tamat cabaran JDT, Tunku Ismail, meluahkan pencapaian yang cukup membangga ini menerusi laman X.

Pemimpin politik bertindak sebagai jambatan perpaduan, bukan cetus api - Sultan Pahang
Baginda bertitah pemimpin haruslah berhenti daripada menjadi 'badut' mempolemikkan isu raja, agama dan kaum (3R).

Seluruh England: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tersingkir awal
Zii Jia tumpas di tangan pemain bukan pilihan dari Hong Kong Angus Ng Ka Long awal pagi tadi.

Israel bunuh empat rakyat Palestin di Gaza
Dakwa tentera Israel, serangan udara itu menyasarkan "pengganas yang terlibat dalam aktiviti mencurigakan" di tengah Gaza.

PM Anwar sampaikan sumbangan TabungKasih@HAWANA kepada pengamal media veteran
Sumbangan itu disampaikan Perdana Menteri ketika menyantuni pengamal media berkenaan pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Pengamal Media di Angkasapuri.

KBS perlu kaji semula kursus, latihan kemahiran agar selari kehendak industri - PM Anwar
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perlu mengkaji semula kursus dan latihan kemahiran agar memenuhi kehendak industri.

Projek pembangunan dan kebajikan rakyat diteruskan di semua kawasan - PM Anwar
Perdana Menteri memberi jaminan segala projek pembangunan dan kebajikan rakyat di semua kawasan akan diteruskan.

PM Anwar ucap takziah kepada mangsa banjir di Beaufort - Shamsul Iskandar
Kerajaan persekutuan menyalurkan sumbangan RM1,000 kepada mangsa banjir melalui NADMA dan menyeru kerjasama agensi persekutuan serta negeri dalam misi pascabanjir.

Kerajaan mahu guna kepakaran anak tempatan tingkat keselamatan siber negara
Mesyuarat Keselamatan Siber Negara membincangkan trend penurunan insiden keselamatan siber dan pelaksanaan Akta Keselamatan Siber 2024.

PM Anwar dijadual terima kunjungan hormat Duta AS ke Malaysia petang ini
Mereka akan membincangkan hubungan dan kerjasama antara Malaysia dan AS, serta kepengerusian ASEAN 2025.

PM arah PETRA kemuka cadangan cara manfaatkan air hujan
Fadillah menyatakan bahawa kajian dan cadangan mengenai perkara ini sudah dilaksanakan dan akan dikaji untuk pelaksanaan projek.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di PETRA
Program bertujuan menyantuni warga PETRA dan memanfaatkan bulan Ramadan dengan amalan kerohanian.

LHDN tumpu pelaksanaan e-Invois, pembesaran asas cukai dan inisiatif baharu
Sistem taksir sendiri bagi duti setem dan sistem taksir sendiri cukai keuntungan harta tanah serta cukai aktiviti perniagaan Labuan juga akan diberikan penekanan.

PM Anwar puji prestasi LHDN, optimistik peningkatan hasil masa depan
Beliau optimistik bahawa LHDN akan terus meningkatkan prestasi dan menyumbang lebih banyak kepada hasil negara.