Solat Jumaat di Masjid Negara hari ini merupakan yang pertama diadakan di masjid itu semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa pada 18 Mac lalu, dan rata-rata jemaah menzahirkan kesyukuran serta kegembiraan kerana dapat menyempurnakan ibadat tersebut.
Solat Jumaat yang disempurnakan dalam tempoh 11 minit termasuk solat, khutbah dan doa hari ini diketuai Imam Besar Masjid Negara Ustaz Ehsan Mohd Hosni.
Seorang jemaah, Ahmad Mujahid Salleh Sani, 35, berkata dia begitu gembira selepas diberikan peluang menunaikan solat itu.
"Satu perasaan yang berbeza dan sukar digambarkan setelah lapan minggu tidak menunaikan solat Jumaat akhirnya diberi peluang walaupun dengan beberapa prosedur operasi standard (SOP) diberi penekanan," katanya kepada Bernama sejurus selepas menunaikan solat Jumaat.
Muhammad Noriman Kamaruddin, 27, pula berkata biarpun merupakan antara kakitangan Masjid Negara, beliau sendiri tidak terlepas daripada larangan menunaikan solat Jumaat di masjid itu selepas PKP dikuatkuasakan pada Mac lalu.
"Alhamdulillah diberi keizinan kembali menunaikan solat jemaah dan solat Jumaat ini. Walaupun jumlahnya tidak ramai, saya tetap bersyukur," katanya.
Tinjauan Bernama mendapati jemaah yang tiba di pintu masuk Masjid Negara diminta oleh pengawal agar mencatat butiran diri selain menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum dibenarkan memasuki pekarangan masjid.
SOP sama dilaksanakan sejurus tiba di dewan solat di mana kelihatan beberapa penanda diletakkan setiap satu meter sebagai petunjuk tempat jemaah boleh berdiri menunaikan solat Jumaat.
Jemaah solat Jumaat hari ini juga tidak menunaikan solat sunat Rawatib Qobliyah dan Ba'diyah seperti kelaziman sebelum PKP.
Ehsan berkata tempoh pelaksanaan solat Jumaat dihadkan bagi mematuhi SOP yang ditetapkan.
"Pihak pengurusan masjid mengehadkan untuk kakitangan serta yang berjiran dengan Masjid Negara sahaja untuk menunaikan solat Jumaat.
"Kelonggaran akan diberikan secara berperingkat kepada orang awam untuk turut serta mengimarahkan masjid," katanya.
Selain Wilayah Persekutuan, turut membenarkan solat Jumaat ialah Perlis, Melaka, Johor, Perak dan Negeri Sembilan namun tertakluk kepada syarat-syarat tertentu mengikut negeri masing-masing, terutama berkaitan jumlah jemaah.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata masjid dan surau terpilih dalam Zon Hijau COVID-19 di Wilayah Persekutuan dibenarkan menunaikan solat Jumaat dan solat berjemaah secara berperingkat mulai hari ini dengan bilangan jemaah minimum tiga orang, tidak termasuk imam, dan tidak melebihi 30 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 15 2020

Rata-rata jemaah menzahirkan kesyukuran serta kegembiraan kerana dapat menyempurnakan ibadat tersebut. - Bernama

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Koronavirus: Tour de France wajibkan pelitup muka di kawasan tertentu
Penganjur memperkenalkan langkah untuk baki acara Tour de France, yang berlangsung sehingga 21 Julai.

Penjualan kit ujian COVID-19 di Singapura laris, melonjak 50 peratus
Semakan menunjukkan peruncit dan farmasi mempunyai bekalan yang mencukupi dan sedang mengisi semula stok di premis mereka.

Bahagian 11 Akta 829 dilanjutkan sehingga 22 Okt 2022
Wan Junaidi dalam kenyataan hari ini berkata pelanjutan itu telah mendapat persetujuan Jemaah Menteri pada 22 Dis.

COVID-19: Kajian dakwa bisa ular mungkin jadi penghalang pembiakan virus
Molekul dari bisa ular kapak jenis 'jararacussu pit' itu mampu mengekang pembiakan virus tersebut sebanyak 75 peratus di dalam monyet.

UK tawar ujian antibodi COVID-19 kepada orang ramai
Program itu bertujuan untuk menghasilkan data tentang perlindungan antibodi bagi individu mengikut jangkitan varian COVID-19 berbeza.

COVID-19: 19,807 kes baharu, 232 kematian dalam 24 jam
Selangor masih melaporkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 5,379 kes diikuti Sabah (2,638 kes) dan Kedah (1,948 kes).

COVID-19: Jumlah kematian kini 13,077, berikut 5 tumpuan kenyataan media KKM
Kadar peratusan bagi pesakit yang tidak mempunyai gejala adalah sebanyak 47.6 peratus atau bersamaan 9,351 kes.

COVID-19: Angka menurun lagi, 19,631 kes baharu direkodkan, 293 kematian
Jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang direkodkan sejak pandemik itu menular ialah sebanyak 1,444,270.

COVID-19: 35 kluster baharu direkodkan, 21 daripadanya kategori tempat kerja
Kategori komuniti pula merekodkan 11 kluster manakala kluster lain yang dikesan KKM ialah kategori Institusi Pendidikan dan Kumpulan Berisiko Tinggi.

COVID-19: 85 pesakit kritikal antara tumpuan kenyataan media KKM
Trend jangkitan baharu COVID-19 menunjukkan penurunan berbanding semalam dengan pertambahan sebanyak 19,740 kes.