Sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini, sudah tentu ramai yang tidak dapat menunaikan ibadah di masjid terutama solat lima waktu serta solat sunat Terawih khususnya di bulan Ramadan demi keselamatan sejagat.
Namun, atas dasar tanggungjawab, rakyat segenap lapisan menyahut seruan kerajaan agar duduk di rumah bagi membantu mengurangkan penularan wabak yang mencetus keresahan di seluruh dunia.
Terima kasih juga kepada para petugas di barisan hadapan khususnya doktor dan jururawat yang bekerja keras merawat pesakit COVID-19 tanpa mengenal erti penat dan lelah.
Membincangkan mengenai kelonggara menunaikan solat di masjid, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyenaraikan garis panduan solat Jumaat dan berjemaah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Berikut garis panduan yang dikeluarkan beliau:
1. Semua masjid, surau Jumaat dan surau-surau terpilih boleh mendirikan solat Jumaat berjemaah setiap waktu termasuk solat sunat Terawih dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri.
2. Lain-lain solat secara berjemaah di masjid, surau Jumaat dan surau-surau terpilih dalam tempoh PKPB boleh dilaksanakan secara berperingkat bermula selepas solat Jumaat pada 15 Mei lalu.
3. Bilangan jemaah bagi solat Jumaat dan lain-lain solat berjemaah adalah tidak kurang daripada tiga orang tidak termasuk imam dan tidak lebih dari 30 orang. Ia selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).
4. Pihak masjid, surau Jumaat dan surau-surau terpilih perlu memastikan adanya kawalan daripada pihak berkuasa seperti polis dan pihak berkuasa agama negeri untuk mengawal keadaan.
5. Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid, surau Jumaat dan surau-surau terpilih perlu memastikan prosedur operasi standard (SOP) MKN dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dipatuhi sepenuhnya.
Bagaimanapun, menurut Dr Zulkfili, cadangan pelaksanaan solat Jumaat dan solat berjemaah dalam tempoh PKPB yang diusulkan dalam muzakarah khas adalah satu pandangan dan nasihat untuk dipertimbangkan dan diputuskan oleh pihak berkuasa agama negeri masing-masing.
Bagi umat islam yang ingin beribadah di masjid atau surau di kawasan anda selepas pihak berkuasa negeri anda memberi kebenaran, ini pula peraturan yang perlu anda ikuti:
1. Melaksanakan penjarakan sosial (social distancing) di dalam dan luar masjid.
2. Jarak antara ahli jemaah adalah sejauh satu meter antara satu sama lain dan jemaah wajib memakai penutup mulut dan hidung.
3. Cara masuk dan keluar masjid mesti mengikut giliran dengan beratur serta menjaga penjarakan yang terkawal
4. Jemaah yang mengidap penyakit kronik, warga emas yang berumur 70 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah umur 15 tahun tidak dibenarkan hadir berjemaah di masjid.
5. Semua ahli Jemaah yang hadir hendaklah mengambil wuduk di rumah dan membawa sejadah masing- masing sebelum ke masjid.
6. Semua jemaah hendaklah bersurai secara tenang sebaik selesai menunaikan solat.
7. Tiada perkumpulan dibenarkan selesai solat sama ada di dalam atau di luar masjid.
Bagi pihak berkuasa agama negeri-negeri pula, beberapa langkah berikut perlu dipatuhi:
* Membuka kaunter di pintu masuk bagi mengawal jumlah jemaah yang dibenarkan masuk, memeriksa suhu badan, sanitasi tangan serta rekod kehadiran jemaah.
* Melakukan sanitasi ruang solat dan kawasan sekitarnya termasuk tandas dan ruang wuduk sebelum dan selepas solat.
* Penggunaan tandas perlu dihadkan mengikut jumlah bilik tandas yang ada pada satu-satu masa.
* Ahli jemaah wajib membawa kad pengenalan diri. Jika gagal berbuat demikian, ahli jemaah harus diarah pulang.
* Kehadiran setiap jemaah direkodkan dalam buku kehadiran.
* Pintu masjid hanya boleh dibuka sejam sebelum azan dan ditutup sejurus selepas doa dibacakan.
Fareez Azman
Sat May 16 2020

Bilangan jemaah bagi solat Jumaat dan solat berjemaah adalah tidak kurang daripada tiga orang tidak termasuk imam dan tidak lebih dari 30 orang selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara. - Gambar hiasan

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.

Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.

'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.

Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.