SEREMBAN: Setelah 26 tahun, songket Negeri Sembilan akan dihidupkan semula dengan bermotifkan 'Bunga Lado' yang merupakan antara sembilan identiti di negeri ini.
Kurator Galeri Diraja Tuanku Ja'afar, Mohd Khairil Hisham Mohd Ashaari berkata, usaha itu penting bagi memartabatkan seni budaya negeri ini terutamanya memperkenalkan 'bunga lado' atau bunga lada kepada masyarakat.
Beliau berkata, songket identiti negeri adat Perpatih pernah diketengahkan sekitar 1998 iaitu bermotifkan ukiran dan tumbuh-tumbuhan, namun pada kali ini pihaknya lebih serius mahu mengangkat identiti bunga lado dengan kerjasama Jabatan Penjara dalam menghasilkan songket berkualiti tinggi.
"Idea tercetus ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP COVID-19), ketika itu kami reka bentuk corak bunga lada dan saya juga meminta kenalan di Terengganu untuk menghasilkan satu songket bercorakkan bunga tersebut.
"Kemudian kami ke Penjara Kelantan melihat cara pembuatan songket dan selepas ini akan dibawa ke Penjara Jelebu, kita mahu songket ini dihasilkan di negeri ini," katanya kepada Bernama.
Menurut Mohd Khairil Hisham, tekstur songket licin itu bercirikan dua wajah iaitu corak berbeza di bahagian depan dan belakang, sekali gus sesuai digayakan pada majlis tertentu pada waktu siang dan malam.
Beliau berkata, pihaknya juga merancang untuk menghasilkan corak songket mengikut identiti empat luak yang ada di negeri ini dengan asasnya bermotifkan bunga lado.
"Setiap luak di negeri ini ada identiti tersendiri, tetapi asasnya tetap bermotifkan 'bunga lado', reka bentuk itu mengikut ukiran seni dan identiti luak masing-masing," katanya.
Menurut Mohd Khairil Hisham, bunga lado melambangkan keunikan Negeri Sembilan yang sinonim dengan masakan pedas manakala ciri-ciri bunga itu ialah berwarna putih, mempunyai kelopak daun, lima stamen dan stigma.
Daun melambangkan rakyat di negeri ini, lima kelopak bunga (lima Rukun Islam dan lima Rukun Negara), Stamen (Benang Sari) iaitu Undang Yang Empat (Undang Sungai Ujong, Undang Jelebu, Undang Johol, Undang Rembau) dan Tuanku Besar Tampin manakala stigma (Yang Dipertuan Besar).
Beliau berkata, pihaknya juga giat mempromosikan identiti lain seperti busana tradisional wanita iaitu Baju Kebaya Setengah Tiang, yang lazimnya baju itu dipadankan dengan kain batik sarung.
"Baju itu berpesak dan labuhnya bawah daripada bahagian punggung dan atas daripada lutut," katanya menambah busana terbabit serta songket bunga lado akan dipamerkan di Galeri Tuanku Jaa'far pada 23 Feb ini bersempena program jualan produk penjara.
Mohd Khairil Hisham berkata, selain bunga lado, identiti lain Negeri Sembilan ialah adat Perpatih, rumah tradisional bumbung panjang, makanan tradisional (gulai kuning), permainan tradisional (gasing Negeri Sembilan), muzik (caklempong), tarian piring lambung, enam lagu terbitan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan dan busana tradisional lelaki (Baju Melayu Cekak Musang). - BERNAMA
Bernama
Sat Feb 17 2024
Bunga lado melambangkan keunikan Negeri Sembilan yang sinonim dengan masakan pedas manakala ciri-ciri bunga itu ialah berwarna putih, mempunyai kelopak daun, lima stamen dan stigma. - Gambar Bernama
KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan dalam proses mencari pengganti Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Abdul Rashid Yaakub yang akan tamat kontrak.
Wanita maut motosikal terbabas: Suami direman bantu siasatan
Pekerja kilang tersebut meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya empat maut, letupan pusat beli-belah di Taiwan
Sekurang-kurangnya empat orang disahkan maut dalam satu insiden letupan di sebuah pusat beli-belah di Taiwan.
Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im
MAIWP berkata, sebanyak RM230.63 juta telah diperuntukkan bagi tahun 2025 untuk meningkatkan modal insan, dengan RM5.8 juta adalah untuk bantuan biasiswa.
Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000
Nursyafiqah Hermanshah, 27, didakwa menipu Afreena Suhaimi, 33, sehingga mendorong mangsa membayar wang berjumlah RM105,380 kepada tertuduh melalui 26 transaksi ke lima akaun berbeza.
[TERKINI] Harga lantai belian padi diselaras RM1,500 per tan metrik berkuat kuasa Ahad ini
Kerajaan bersetuju menyelaraskan harga belian lantai padi kepada RM1,500 per tan berbanding RM1,300 per tan berkuat kuasa Ahad ini.
Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi
Sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat, manakala 224,403 kandungan berkaitan perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan sejak tahun 2022 hingga 1 Februari lalu.
AWANI Ringkas: PPR: RM185 juta diperuntuk baik pulih
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM
Kerajaan telah memperuntukkan RM185 juta untuk projek baik pulih 358 Program Perumahan Rakyat (PPR) seluruh negara tahun ini.
4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan
Insiden berlaku sekitar jam 11.30 pagi dan dipercayai berpunca daripada letupan gas membabitkan kerja-kerja perobohan di tingkat 12.
Sherry teruja sertai 'Mantai Bersama' di Assalamualaikum RaRa 2025
Menurut Sherry, program ini menjadi platform untuk masyarakat berkumpul dan menghidupkan semula tradisi setempat.
Teringat suasana kampung bila sertai Assalamualaikum RaRa 2025 - Zizan Razak
Selebriti popular, Zizan Razak, berkongsi rasa terujanya menyertai program ini yang mampu menyatukan masyarakat untuk berkongsi kegembiraan.
Hampir 2,000 meriahkan Assalamualaikum RaRa 2025 di Negeri Sembilan
Program Assalamualaikum RaRa 2025 bertemakan 'Meriah Lain Macam' menyasarkan pelbagai lapisan masyarakat untuk mengimarahkan masjid.
Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Kemudahan NADI membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.
Kerajaan Negeri Sembilan mohon pembinaan hospital baharu di Seremban
Kerajaan negeri telah memohon kepada Kementerian Kesihatan untuk mempertimbangkan pembinaan sebuah hospital baharu berikutan kesesakan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di Seremban.
N.Sembilan terus jadi pilihan pelabur, rekod pelaburan RM3.0 bilion pada suku kedua 2024
Beliau berkata pada suku kedua 2024 Malaysia Investment Development Authority (MIDA) melaporkan Negeri Sembilan merekodkan pelaburan berjumlah RM3.0 bilion.
Rafizi ketuai 555 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan
Ahli Parlimen Pandan yang juga Timbalan Presiden PKR itu dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) membawa gelaran Datuk Seri.
Negeri Sembilan rekod kutipan hasil berjumlah RM636 juta pada 2024 - Menteri Besar
Beliau berkata ini merupakan satu pencapaian membanggakan dan sekali gus mencerminkan dedikasi, integriti serta usaha gigih seluruh penjawat awam negeri.
Muzium Negeri Sembilan kenakan bayaran tiket masuk bermula Februari
Muzium Negeri, Negeri Sembilan yang terletak di Kompleks Taman Seni Budaya Seremban akan mula mengenakan bayaran tiket masuk ke galeri pamerannya bermula bulan depan setelah beroperasi lebih 40 tahun.
Dua calon umur lebih 60 tahun duduki SPM di Negeri Sembilan
Dua calon persendirian berusia lebih 60 tahun antara 16,929 yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di Negeri Sembilan tahun ini.