KUALA LUMPUR: Meskipun sektor ekonomi dibenarkan beroperasi semula dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, namun Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengakui aspek pematuhan tidak mencapai tahap diharapkan.
Ketua Pengarah Kesihatan itu menjelaskan banyak pihak mengambil mudah dan tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
"Tetapi memandangkan pemulihan ekonomi penting, saya setuju dengan (semua pihak) perlu patuh SOP.
"(Pematuhan) SOP 'ke laut' sekarang, dan anda dapat lihat trend (kes) menaik sekarang," ujarnya dalam mesej ringkas kepada Astro AWANI hari ini.
Dr Noor Hisham juga berharap semua pihak mengambil iktibar dan pengajaran seperti apa yang berlaku sebelum ini termasuk semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tahun lalu.
“Bayangkan jika Pilihan Raya Negeri Sarawak tetap dilaksanakan, ia memberi risiko kepada peningkatan kes yang mendadak,” ujarnya.
"Data menunjukkan trend meningkat jika kita membenarkan aktiviti seperti perjalanan rentas negeri, balik kampung dan sambutan," ujarnya.
Tambah Dr Noor Hisham, semua pihak perlu lebih berwaspada ketika ini memandangkan varian Afrika Selatan dikesan di Selangor dan telah merebak ke Negeri Sembilan, Perak, Kelantan serta Kedah.
Terdahulu, empat varian COVID-19 yang membimbangkan telah dikesan di Malaysia iaitu dari United Kingdom (UK), Afrika Selatan, Nigeria serta India.
Beliau berkata, bagi varian UK atau B.117, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesan lapan kes dari luar negara telah menjangkiti komuniti.
Hasimi Muhamad
Thu May 13 2021

Ketua Pengarah Kesihatan menjelaskan ramai pihak mengambil mudah dan tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan - Gambar BERNAMA

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

COVID-19 bukan lagi kecemasan antarabangsa, amalan norma baharu sudah tak perlu?
China masih terus mengklasifikasikan COVID-19 sebagai virus yang kekal berbahaya dan boleh melonjakkan jangkitan pada bila-bila masa.

Subvarian Arcturus: Kanak-kanak belum divaksin, imuniti rendah berisiko - Pakar Kesihatan
Pakar Kesihatan, Dr Farhan Rusli berkata, subvarian berkenaan juga boleh menyebabkan kadar keterukan penyakit yang lebih serius.

Pelan Pemulihan Negara: Rujuk indikator antarabangsa - Dr Adeeba
Dr Adeeba berkata, terdapat empat garis panduan yang telah dikemaskini oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai indikator kesihatan awam,

SOP 'ke laut', kes COVID-19 naik - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan itu menjelaskan ramai pihak mengambil mudah dan tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan.