PUTRAJAYA: Prosedur operasi standard (SOP) pemberian lesen borong kepada pengusaha restoran untuk membolehkan mereka membeli beras putih import (BPI) pada harga borong daripada Padiberas Nasional Bhd (Bernas) akan diperincikan.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Pejabat Kawalselia Padi dan Beras akan mengadakan pertemuan bersama pemegang taruh berhubung perincian SOP pemberian lesen borong itu.
"Pengusaha restoran akan diberikan harga borong bagi membeli BPI agar mereka tidak tertumpu kepada beras putih tempatan (BPT) sahaja untuk penjualan makanan di restoran dan juga sebagai langkah jangka pendek mengatasi kekurangan BPT dalam pasaran," katanya.
Mohamad berkata demikian ada sidang media selepas merasmikan Persidangan Tahunan Pengairan dan Saliran ke-25 di sini hari ini.
KPKM pada 24 Sept memutuskan akan memberikan lesen borong kepada pengusaha restoran supaya mereka boleh membeli BPI pada harga borong RM3.20 sekilogram daripada Bernas dan persatuan pengusaha restoran perlu mengemukakan permohonan kepada KPKM untuk mendapatkan lesen borong terbabit.
Media sebelum ini melaporkan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) meminta kerajaan memperincikan segera SOP berhubung lesen borong yang boleh diberikan kepada pengusaha restoran susulan kesukaran mendapatkan beras putih tempatan (BPT), menyebabkan kebanyakan mereka terpaksa bergantung sepenuhnya kepada BPI.
Mengenai isu monopoli beras seperti diutarakan pelbagai pihak, Mohamad berkata kerajaan memerlukan alasan kukuh dan tempoh tertentu sekiranya hendak memecahkan monopoli beras negara yang dikuasai Bernas ketika ini, kerana kerajaan terikat dengan perjanjian bagi tempoh 10 tahun, iaitu dari 11 Jan 2021 hingga 10 Jan 2031.
"Kalau nak buat rombakan perlu ada perbincangan dengan Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan dan juga Jabatan Perdana Menteri sebab soal beras melibatkan isu makanan dan keterjaminan makanan yang perlu ditangani bersama.
"Oleh itu, hal memecahkan monopoli itu adalah perkara yang perlu diambil perhatian, pada masa sama soal kelestarian juga (perlu) diambil perhatian. Bagaimanapun dalam hal yang begitu penting ini, saya yakin Kabinet boleh buat cadangan atau perubahan dari semasa ke semasa," katanya.
Mengulas cadangan Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh agar penjualan beras tempatan yang disubsidi kerajaan dihadkan kepada rakyat Malaysia sahaja dan tidak dijual kepada warga asing, Mohamad berkata perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana ia melibatkan soal kemanusiaan dan kebajikan.
"Kita tahu warga asing yang datang ke sini (Malaysia) antaranya kita yang panggil mereka (untuk bekerja) terutama sekali dalam sektor yang memerlukan tenaga seperti perladangan, pembinaan dan jadi pengawal keselamatan. Bagi saya ia soal kemanusiaan, mereka perlu makan dan pertimbangan ini perlu.
"Dalam suasana begini, jangan kita gopoh sebab kalau pekerja kita (sendiri) berada di luar negara dan mereka tidak boleh dapat beras murah untuk makan, kita akan terasa. Jadi ini soal kemanusiaan, saya rasa perlu mereka terus diberi izin untuk membeli beras di Malaysia ini termasuk beras tempatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 26 2023
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu semasa sidang media selepas merasmikan Persidangan Tahunan Pengairan dan Saliran ke-25 di kementeriannya hari ini. - Foto BERNAMA
Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.
AWANI Pagi: Harapan dan cabaran gencatan senjata Gaza
Fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman melihat kepada cabaran persetujuan perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas yang akan menamatkan perang di Gaza berpanjangan selama lebih 400 hari. Ikuti diskusi bersama penganalisis politik Sunway University, Profesor Dr. Wong Chin Huat.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.
Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
SOP lesen borong beli BPI pengusaha restoran diperincikan
KPKM melalui Pejabat Kawalselia Padi dan Beras akan mengadakan pertemuan bersama pemegang taruh berhubung perincian SOP pemberian lesen borong itu.