PARIS: Anggota kumpulan BTS iaitu Jin membawa obor Sukan Olimpik Paris 2024 pada Ahad di sini dengan disambut oleh ribuan peminat yang bersorak, lapor Agensi Berita Yonhap.
Penyanyi Korea Selatan itu mengetuai larian pembawa obor berganti-ganti di Muzium Louvre di Paris, bermula kira-kira 8 malam.
Ribuan peminat BTS dikenali sebagai ARMY berkumpul untuk melihat bintang berkenaan atau nama sebenarnya Kim Seok-jin.
Peminat memegang papan tanda yang ditulis tangan dalam bahasa Korea seperti, "Selamat Datang, Seok-jin, Saya Sayang Kamu," "Lari, Seok-jin" dan "Semoga Berjaya, Seok-jin," bersama dengan bendera Korea Selatan.
Ketika Jin muncul dari pusat pembawa obor di muzium itu kira-kira 8 malam, orang ramai bersorak sambil melaungkan namanya manakala Jin melambai kepada peminatnya.
Sambil dikawal oleh polis, dia kemudian bergerak ke Rue de Rivoli, sebuah jalan berhampiran dan diserahkan obor berkenaan.
Jin kemudian berlari kira-kira 200 meter sebelum mengembalikannya ke pusat pembawa obor di muzium.
Acara itu bertepatan dengan Hari Bastille, cuti kebangsaan Perancis.
"Saya berasa amat berbesar hati kerana dapat menyertai larian pembawa obor berganti-ganti hari ini.
"Saya sangat berterima kasih kepada ARMY dan semua peminat yang membolehkan saya membawa obor ini," kata Jin selepas menyelesaikan larian pembawa obor itu, menurut Hybe, syarikat induk agensinya, BigHit Music.
Penyanyi berusia 31 tahun itu baru-baru ini menamatkan perkhidmatan ketenteraan wajibnya, menjadi ahli BTS pertama yang melakukannya.
Dia dijangka memberi tumpuan kepada aktiviti solo dalam beberapa bulan akan datang.
Obor Olimpik yang tiba di Paris pada Ahad akan melalui pelbagai bahagian ibu negara Perancis sehingga Isnin dan kemudian kembali ke wilayah sebelum kembali ke Paris untuk upacara pembukaan pada 26 Julai.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2024
Penyanyi Korea Selatan itu mengetuai larian pembawa obor berganti-ganti di Muzium Louvre di Paris, bermula kira-kira 8 malam. -AP
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Kualiti dipertikai, atlet pulang semula pingat Sukan Olimpik Paris 2024
IOC mengesahkan bahawa pingat yang rosak akan digantikan secara sistematik oleh Monnaie de Paris.
Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025
Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 yang khusus buat bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang kini terus sibuk menjalani latihan di Velodrom Nasional Nilai.
Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.
Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.
Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
KBS adakan pascanilai Olimpik Paris 2024 minggu hadapan - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan sesi pascanilai Sukan Olimpik Paris 2024 pada minggu depan.
'Semua orang kenal kami selepas Sukan Olimpik'
PEARLY Tan dan M Thinaah dalam satu temu bual baru-baru ini mengakui bahawa mereka kini lebih dikenali selepas mencipta sejarah dengan menduduki tempat keempat dalam Sukan Olimpik Paris lalu.
Paris 2024: Bonnie penerima terbesar SHAKAM, bawa pulang RM1.02 juta
Atlet berusia 25 tahun itu menerima ganjaran lumayan berjumlah RM1 juta beserta insentif tambahan sebanyak RM20,000.
Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'
Atlet menembak Korea Selatan Kim Ye-ji ditawar menjadi 'pembunuh upahan' selepas penampilan uniknya mendapat perhatian seluruh dunia.
Zii Jia tekad tampil aksi cemerlang di Eropah untuk slot Jelajah Dunia Akhir 2024
Zii Jia bertekad menampilkan aksi cemerlang dalam kejohanan di Eropah bagi memastikan kedudukannya kekal selamat untuk melayakkan diri ke Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir 2024 di Hangzhou.