KOTA BHARU: Polis Kelantan membongkarkan taktik menyorokkan pil yaba yang bernilai RM995,500 di dalam kotak bersama buah-buahan dan sayur-sayuran selepas menahan tiga lelaki dalam serbuan di Batu 4 Jalan Pasir Mas-Salor di sini pada Ahad lalu.
Kesemua suspek berusia 21 hingga 23 tahun itu ditahan pada jam 12.30 tengah malam semasa serbuan dilakukan di pekarangan bangunan pemborong sayur-sayuran dan buah.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, rampasan ini hasil intipan dan pemerhatian yang dilakukan selama dua minggu.
"Semasa serbuan dilakukan, kita telah menahan suspek pertama berusia 23 tahun yang mengeluarkan dua kotak dari tempat duduk penumpang sebuah lori jenis Isuzu dan kemudian diletakkan di atas troli.
"Anggota bertugas kemudian menahan dua lagi suspek yang sedang berdiri bersebelahan lori tersebut," katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Rabu.
Menurut beliau, pemeriksaan ke atas kotak itu membawa kepada penemuan 150,000 biji pil yaba.
Ujarnya, pada masa sama polis turut merampas wang tunai berjumlah RM14,380.
Muhamad Zaki memberitahu, pemeriksaan lanjut ke atas lori tersebut tidak membawa kepada penemuan barang-barang yang menyalahi undang-undang.
Tambah beliau, hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif benzo.
"Kesemua suspek direman seminggu bermula 11 Februari untuk siasatan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Jumlah dadah ini jika berjaya diedarkan boleh digunakan oleh seramai 150,000 penagih," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Feb 14 2024
![Sorok pil yaba cecah RM1 juta dalam kotak buah, sayur Sorok pil yaba cecah RM1 juta dalam kotak buah, sayur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707898199_TBSorokpiljpg.jpg)
Muhamad Zaki (kanan) berkata, rampasan ini hasil intipan dan pemerhatian yang dilakukan selama dua minggu. - Gambar/ Sinar Harian
Tiada perbincangan rasmi gabungan dengan Warisan - UMNO Sabah
Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Suhaimi Nasir mengesahkan parti itu belum membuat sebarang keputusan untuk bergabung dengan mana-mana parti politik di negeri ini.
![25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat 25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739618435_950x600.jpg)
25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Seramai 25 individu, termasuk tiga anggota sukarelawan, cedera dalam kejadian letupan bom motosikal di hadapan Pos Kawalan Keselamatan Sukarelawan Pertahanan Weng, petang semalam.
Barisan kepimpinan PBB diketahui Ahad
Enam calon bertanding untuk empat kekosongan jawatan Naib Yang Dipertua Sayap Bumiputera sementara 20 calon berentap untuk 16 kerusi Ahli Majlis tertinggi Sayap Bumiputera manakala 16 calon berebut untuk 14 kekosongan bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi Sayap Pesaka.
![Penstrukturan Liga-M keutamaan Mohd Joehari Penstrukturan Liga-M keutamaan Mohd Joehari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739612631_DatukMohdJoehariM.jpg)
Penstrukturan Liga-M keutamaan Mohd Joehari
Penstrukturan saingan Liga-M antara menjadi keutamaan Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub dalam fasa pertama pentadbirannya sebagai Presiden FAM yang baharu.
136 inisiatif bukti Premier bukan 'jaja air liur'
136 inisiatif yang diperkenalkan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg membuktikan kepimpinan beliau yang berani, tegas, dan pintar dalam mencari penyelesaian untuk rakyat.
PBB perlu ambil iktibar kejatuhan parti ternama
Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penting untuk PBB menginsafi berlakunya defisit kepercayaan terhadap parti Kongres di India dan LDP di Jepun, agar ia tidak berlaku kepada PBB, yang ketika ini berada pada zon selesai.
Zon Maritim Lahad Datu pastikan perairan bebas ancaman
Lebih 164 kes tangkapan berjaya direkodkan dari tahun 2020 hingga 2024 melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1959/63, Akta Kawalan Bekalan 1961, serta Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah.
![Kumpulan Palestin serah 3 tawanan Israel dalam perjanjian pertukaran di Gaza Kumpulan Palestin serah 3 tawanan Israel dalam perjanjian pertukaran di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739617937_HostagesFamily.jpg)
Kumpulan Palestin serah 3 tawanan Israel dalam perjanjian pertukaran di Gaza
Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas dan Saraya Al-Quds, kumpulan bersenjata daripada Jihad Islam, menyerahkan tiga tawanan Israel pada Sabtu.
Kurang penyelenggaraan punca masalah bekalan air di Sandakan – James Ratib
Menteri pembangunan masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib menjelaskan banyak telaga tiub di Loji Rawatan Air (LRA) Hilltop dan Sibuga tidak berfungsi kerana gagal diselenggara dalam tempoh yang lama sehingga lebih 20 tahun.
Pembukaan syarikat berteknologi tinggi buka banyak peluang pekerjaan di Sarawak
Tan Sri Abang Johari berkata usaha kerajaan negeri meningkatkan ekonominya itu dengan membangunkan beberapa syarikat penting dan berteknologi tinggi akan menarik minat anak Sarawak untuk kembali bekerja di Bumi Kenyalang menerusi peluang pekerjaan yang disediakan.
![Polis Sepanyol rampas 13 tan kokain, rekod terbesar negara Polis Sepanyol rampas 13 tan kokain, rekod terbesar negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41730008295_cocaine.jpg)
Polis Sepanyol rampas 13 tan kokain, rekod terbesar negara
Polis Sepanyol merampas 13 tan kokain dalam serbuan di Pelabuhan Algeciras, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
![Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703215508_TBSIDANGMEDIALETUPAM.jpg)
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
![Lebih 3,800 individu ditahan di Perancis dalam operasi banteras pengedaran dadah Lebih 3,800 individu ditahan di Perancis dalam operasi banteras pengedaran dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713453185_TBGeraldDarmanin.jpg)
Lebih 3,800 individu ditahan di Perancis dalam operasi banteras pengedaran dadah
Pihak berkuasa Perancis sebelum ini melancarkan sembilan operasi bagi membanteras pengedaran dadah di seluruh negara itu.
![Tiada maklumat penglibatan warga Malaysia dalam pengedaran dadah antarabangsa - Polis Tiada maklumat penglibatan warga Malaysia dalam pengedaran dadah antarabangsa - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709897490_TBPDRM.jpg)
Tiada maklumat penglibatan warga Malaysia dalam pengedaran dadah antarabangsa - Polis
Baru-baru ini seorang penerbit filem di India didakwa terlibat aktiviti pengedaran dadah antarabangsa termasuk Malaysia.
![Pemegang kad UNHCR edar dadah di pasar borong Pemegang kad UNHCR edar dadah di pasar borong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708067321_TBPemegangkadUNH.jpg)
Pemegang kad UNHCR edar dadah di pasar borong
Kegiatan geng warga Myanmar edar dadah di pasar borong untuk kegunaan rakan senegara mereka berjaya dibongkar polis menerusi serbuan di Taman Sri Kuching, di sini pada Selasa.
![Sorok pil yaba cecah RM1 juta dalam kotak buah, sayur Sorok pil yaba cecah RM1 juta dalam kotak buah, sayur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707898199_TBSorokpiljpg.jpg)
Sorok pil yaba cecah RM1 juta dalam kotak buah, sayur
Sorok pil yaba cecah RPolis Kelantan membongkarkan taktik menyorokkan pil yaba yang bernilai RM995,500 di dalam kotak bersama buah-buahan dan sayur-sayuran.
![Datuk, ahli sindiket kartel dadah Sabah didakwa dalam masa terdekat - Polis Datuk, ahli sindiket kartel dadah Sabah didakwa dalam masa terdekat - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705648226_TBpolisdadahjpg.jpg)
Datuk, ahli sindiket kartel dadah Sabah didakwa dalam masa terdekat - Polis
Ketua sindiket pengedaran dadah bergelar "Datuk" yang ditahan kerana terlibat dengan kegiatan pengedaran di Sabah dijangka dituduh dalam masa terdekat.
![Polis tahan dua beranak, bongkar stor simpan dadah di pangsapuri Polis tahan dua beranak, bongkar stor simpan dadah di pangsapuri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61698999566_HandcuffGari.jpg)
Polis tahan dua beranak, bongkar stor simpan dadah di pangsapuri
Polis membongkar sebuah rumah yang dijadikan stor penyimpanan pelbagai dadah bernilai RM559,156 di Sungai Ara, Balik Pulau.
![Polis Australia rampas 300 kg meth disorok dalam mesin keluli Polis Australia rampas 300 kg meth disorok dalam mesin keluli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684932241_TBmethamphetamine.jpg)
Polis Australia rampas 300 kg meth disorok dalam mesin keluli
Polis Australia merampas lebih 300 kg methamphetamine yang disembunyikan dalam jentera keluli yang tiba di Sydney dari Mexico, kata pihak berkuasa Australia pada Khamis.
![Dadah: EU kenakan sekatan terhadap sepupu pemimpin Syria Bashar al-Assad Dadah: EU kenakan sekatan terhadap sepupu pemimpin Syria Bashar al-Assad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41682403664_Syria.jpg)
Dadah: EU kenakan sekatan terhadap sepupu pemimpin Syria Bashar al-Assad
Kesatuan Eropah (EU) menyenaraikan sepupu Presiden Syria Bashar al-Assad sebagai individu yang dikenakan sekatan kerana didakwa terlibat dalam jenayah mengedar dadah.