TAWAU: Persatuan Mencegah Kezaliman Terhadap Haiwan (SPCA) Tawau yang mengendalikan lebih 500 anjing dan kucing di pusat perlindungan haiwan di Jalan Kau Sing di sini, mengibar bendera putih bagi merayu sumbangan orang ramai untuk pengurusan haiwan berkenaan.
Sukarelawan SPCA Tawau Lee Shiau Lean berkata pihaknya berdepan kekangan dana kewangan ekoran pandemik COVID-19 ketika ini dan memerlukan sumbangan masyarakat.
"Bendera putih itu terpaksa dikibarkan untuk mendapatkan perhatian orang ramai kerana kami memerlukan dana untuk mengurus lebih 500 ekor haiwan yang ada di sini...sehingga hari ini baki wang yang ada dalam akaun persatuan hanya tinggal RM2,000 dan sudah tentu tidak cukup.
"Mahu bayar upah pekerja kami sahaja mencecah RM4,000 tidak termasuk bayar sewa tapak, makanan, perubatan termasuk bil utiliti...cabaran ketika ini adalah sumbangan yang diterima merosot malah kami pun tidak dapat menjalankan kutipan derma seperti tahun sebelumnya," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Lee berkata setiap sumbangan RM10 dapat digunakan untuk membeli 4 kilogram (kg) beras serta 5.5 kg kepala ayam untuk penyediaan makanan lebih 400 ekor anjing.
"Masalah kewangan ini bermula sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Mac tahun lepas lagi, kos makanan untuk haiwan-haiwan ini mencecah RM300 sehari dan kadang-kadang ada yang memberi sumbangan makanan seperti kepala ayam atau beras," katanya.
Justeru, Lee mengharapkan sumbangan orang awam untuk menampung dana pengurusan haiwan terbiar itu dan sumbangan boleh disalur terus ke akaun bank 100570010088248 (Alliance Bank Malaysia Berhad).
Orang ramai juga digalakkan untuk mengambil kucing atau anjing daripada SPCA sebagai haiwan peliharaan secara percuma.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 03 2021

Sukarelawan SPCA Tawau Lee Shiau Lean berkata pihaknya berdepan kekangan dana kewangan ekoran pandemik COVID-19. - Facebook SPCA Tawau
Pengajian tinggi percuma diperluas kepada UiTM Sarawak
Tidak lagi terhad kepada institusi milik kerajaan Sarawak, inisiatif pendidikan tinggi percuma akan diperluaskan kepada warga Sarawak di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain di negeri itu.
2,000 anggota APM diatur gerak ke Sabah, Sarawak
Seramai 2,000 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di negeri Sabah dan Sarawak terlibat dalam kerja menyelamat dan membantu penduduk yang terjejas banjir.
LKIM digesa lebih proaktif bantu nelayan di Kalabakan
Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy menggesa Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) supaya lebih proaktif membantu nelayan, khususnya dalam memastikan mereka menerima bantuan yang disediakan oleh kerajaan.
Penolong pegawai perubatan bakal diberi kuasa keluar preskripsi ubat asas
Penolong Pegawai Perubatan akan diberi kuasa untuk mengeluarkan preskripsi bagi ubat-ubatan asas dalam rawatan penyakit ringan.
Jumlah PPS di Sabah meningkat, Tenom rekod peningkatan mangsa
Pertambahan jumlah mangsa banjir di negeri ini menjadikan jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 24 pusat.
NADMA diminta perkemas kekuatan, pastikan bantuan disalurkan
Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta NADMA memperkemas penyelarasan kekuatan jentera persekutuan dan negeri bagi memastikan bantuan dapat disalurkan secara berterusan.
Semua PPS ditutup, semua penduduk pulang
Banjir di utara Sarawak telah pulih sepenuhnya dengan keempat-empat PPS yang dibuka sebelum ini ditutup.

JIM Kuala Lumpur serbu dua klinik tawar pembedahan kosmetik dikendali warga asing
Serbuan itu turut disertai pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur.

Banjir: Pekan Beaufort terjejas teruk, penduduk sukar dapatkan barangan keperluan
Banjir berkenaan mengakibatkan jalan raya kini hanya boleh dilalui kenderaan berat dan perkhidmatan kereta api terputus.

774 Penolong Pegawai Perubatan bakal ditawar jawatan tetap seawal April 2025
Sebanyak 774 Penolong Pegawai Perubatan (PPP) lantikan kontrak fasa enam dan tujuh akan ditawarkan jawatan tetap seawal bulan hadapan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Jepun alami kekurangan pekerja sepenuh masa paling serius sejak COVID-19
Firma di Jepun kini menghadapi kekurangan pekerja sepenuh masa paling ketara sejak pandemik COVID-19, dengan lebih separuh daripada firma yang disoal selidik melaporkan kekurangan tenaga kerja.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.