Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka berikutan kematian penyandangnya, bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Khamis, dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Ahad.
Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya'kub berkata surat memaklumkan kekosongan kerusi DUN berkenaan bersama sijil kematian Allahyarham diserahkan kepada Pengarah SPR Negeri Kelantan, Mohamad Mahmud petang Ahad untuk dibawa kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Beliau ditemui pada sidang media di pejabatnya di Kompleks Kota Darulnaim pada Ahad petang.
Abdullah berkata beliau menerima sijil kematian Allahyarham Nik Aziz daripada anggota keluarganya pada pukul 9 pagi tadi.
Dalam tempoh 60 hari mulai Ahad pihak SPR akan menentukan tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian bagi pilihan raya kecil tersebut.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas, Nik Aziz (PAS) menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Wan Razman Wan Abd Razak dengan majoriti 6,500 undi.
Nik Aziz mendapat 12,310 undi manakala Wan Razman memperoleh 5,810 undi.
Ditanya mengenai pandangan peribadi Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa BN tidak perlu meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu bagi memberi tumpuan membantu mangsa banjir dan pembangunan pasca banjir, Abdullah yang juga Anggota Jawatankuasa Perhubungan PAS Kelantan, menyambut baik pandangan Mustapa itu kerana ia menjimatkan perbelanjaan dan masa kedua-dua pihak.
Harits Asyraf Hasnan
Sun Feb 15 2015

ABDULLAH: Saya menerima sijil kematian Allahyarham Nik Aziz daripada anggota keluarganya pada pukul 9 pagi tadi.
"..tapi mereka sebelum apa-apa dah tuduh kita paksa sokong PM.." - PM
Perdana Menteri menjawab kepada soalan wartawan berkenaan peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang bahawa mandat telah diberikan kepada Timbalan Perdana Menteri tetapi mereka masih berdolak dalih.
#AWANInews
#AWANInews
Penutupan separa LRA Telibong, gangguan air di KK & Tuaran
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi gangguan bekalan air susulan penutupan separa kecemasan di Loji Rawatan Air Telibong II fasa I.
Gabungan pemimpin berpengalaman dan belia kukuhkan PN
Perikatan Nasional (PN) YAKIN Gabungan kepimpinan berpengalaman bersama barisan anak muda dapat memeperkukuhkan lagi kedudukannya.
Angkat martabat, selesaikan masalah rakyat
Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee menyatakan rakyat Sabah bijak dalam menentukan masa depan politik mereka.
Jambatan Muara Lassa hubungkan Pulau Bruit ke Matu & Daro
Jambatan Muara Lassa sepanjang 2.43 kilometer dengan kos RM600 juta yang menghubungkan pulau Bruit ke Matu dan Daro bertujuan meningkatkan akses darat bagi penduduk kawasan luar bandar.
462 diperiksa, 139 PATI ditahan sekitar Tawau dan Semporna
Seramai 462 orang diperiksa dan 139 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan melalui OP Sapu yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah sekitar daerah daerah Tawau dan Semporna pada Jumaat dan Sabtu.
ATM perkukuh semangat patriotik penduduk Pantai Timur Sabah
Program kenegaraan dalam kalangan penduduk Pantai Timur Sabah anjuran ATM menekankan pengisian kesedaran keselamatan serta pengukuhan nilai-nilai patriotik dan cintakan tanah air.
"Mengingatkan kepada teguran, kritikan dan hasrat rakyat.." - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu antara tujuan permukiman jemaah menteri ini adalah untuk menilai prestasi kerja para menteri supaya dapat diperbaiki berikutnya. Walaupun ada beberapa angka pencapaian membanggakan, namun ada juga masalah yang perlu dilakukan penyesuaian, tambah beliau.
#AWANInews
#AWANInews

Permukiman Jemaah Menteri: 'Saya tak kata semua sempurna, tapi bangga mereka ambil serius teguran' - PM
Sidang penilaian prestasi ini berfungsi sebagai platform untuk menerima laporan dan teguran daripada pihak berkecuali, termasuk akademik dan penjawat awam.

ADUN Air Kuning meninggal dunia selepas bermain bola sepak
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Kuning, Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, petang tadi.

Sidang DUN Kelantan diteruskan, semua ADUN perlu jalani ujian saringan COVID-19 - Speaker
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang dijadualkan pada 23 hingga 25 Ogos ini akan diteruskan, kata Speaker DUN Kelantan Datuk Abdullah Ya'kub.

Sidang DUN Kelantan akan dirasmikan tanpa keberangkatan Sultan Muhammad V
Istiadat Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang dijadual pada 23 Ogos ini akan dirasmikan tanpa keberangkatan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

DUN Kelantan bersidang secara fizikal 23 hingga 25 Ogos - Speaker
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan akan diadakan secara bersemuka bermula 23 hingga 25 Ogos depan, kata Speakernya Datuk Abdullah Ya'kub.

DUN Kelantan bersidang selepas tarikh persidangan Parlimen diumum - Speaker
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hanya akan bersidang selepas Parlimen mengumumkan tarikh persidangannya, kata Yang Dipertua DUN Datuk Abdullah Ya'kub.

Salahkah beri 30 minit kepada Nozula - Husam
Timbalan Speaker DUN Kelantan Abdul Latiff Abdul Rahman dalam satu kenyataan pada Rabu menafikan Nozula tidak diberi peluang untuk berbahas

SPR adakan mesyuarat khas rabu ini bincang PRK DUN Chempaka
SPR akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai PRK kerusi DUN Chempaka Rabu ini.

Speaker DUN Kelantan serah notis kepada SPR
Datuk Abdullah Ya'kub akan memaklumkan kekosongan kerusi DUN berkenaan bersama sijil kematian Allahyarham Nik Aziz kepada Pengarah SPR.