KUANTAN: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin hari ini menyerahkan notis kekosongan DUN Pelangai kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan pemergian penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Johari Harun.
Notis itu diserahkan kepada Pengarah SPR Pahang, Datuk Zamree Hamli pada jam 11.20 pagi, di Wisma Sri Pahang.
Menurut Sharkar, ini adalah prosedur yang harus dilaksanakan apabila terdapat kekosongan kerusi DUN disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan seperti kemalangan jiwa atau yang berkaitan peraturan undang-undang dan sebagainya.
"Ini merupakan prosedur yang harus kita laksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di mana apabila kedapatan kerusi kosong disebabkan perkara perkara tidak dapat dielakkan seperti kemalangan jiwa.
"Yang keduanya, mungkin sebab peraturan undang-undang dan sebagainya, maka pilihan raya kecil terpaksa diadakan," katanya ketika mengadakan sidang akhbar di Wisma Sri Pahang pada Isnin.
Sementara itu, Zamree memaklumkan pihaknya akan mengadakan mesyuarat mengenai perkara tersebut pada minggu ini, dan menurut peraturan SPR, satu pilihan raya harus diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh kekosongan iaitu sebelum 17 Oktober 2023.
Penyandang DUN Pelangai Datuk Seri Johari Harun, 53, yang juga EXCO Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, meninggal dunia selepas terbabit dalam nahas pesawat ringan yang terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Johari yang pertama kali bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) memperoleh 7,308 undi memenangi kerusi DUN Pelangai dengan majoriti 4,048 undi.
Beliau menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat yang mendapat 3,260 undi, Ahmed Wafiuddin Shamsuri dari Pakatan Harapan (2,031 undi), dan Isa Ahmad dari Pejuang (65 undi).
DUN Pelangai ialah satu daripada empat DUN di bawah Parlimen Bentong yang disandang wakil Parti Tindakan Demokratik (DAP) Young Syefura Othman.
Mohamad Zalani Atan
Mon Aug 21 2023
Mohd Sharkar menyerahkan notis kekosongan DUN Pelangai kepada Pengarah SPR Pahang, Datuk Zamree Hamli di Wisma Sri Pahang pada Isnin. -Astro AWANI
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi
FAMA Pahang tangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian bagi memastikan bekalan mencukupi terutama menjelang musim perayaan.
'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
Belanjawan 2025: Kerajaan diharap percepatkan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia
Mohd Sharkar berharap perkara tersebut termasuk dalam pengumuman yang bakal dibuat Perdana Menteri semasa pembentangan Belanjawan 2025.
Amizar angkat sumpah sebagai ADUN Pelangai
Amizar mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin di Wisma Sri Pahang.
Speaker Pahang serah notis kekosongan DUN Pelangai kepada SPR
Notis itu diserahkan kepada Pengarah SPR Pahang, Datuk Zamree Hamli pada jam 11.20 pagi, di Wisma Sri Pahang.
Nahas pesawat di Elmina: Urusan pengebumian diserahkan kepada keluarga - Speaker DUN Pahang
Kerajaan Negeri Pahang menyerahkan sepenuhnya kepada waris mangsa untuk memutuskan urusan pengkebumian jenazah mangsa nahas pesawat di Elmina.
Mohd Sharkar dilantik Speaker DUN Pahang
Beliau menggantikan Datuk Seri Ishak Muhamad yang menjawat jawatan tersebut sejak 2013.
PRU15: Sharkar tidak pertahan kerusi DUN Lanchang
Keputusan itu dibuat bagi memberi laluan kepada muka baharu yang akan dicalonkan Barisan Nasional (BN) Pahang.
Tapak rizab biosfera: Pahang hantar laporan Tasik Chini kepada UNESCO
Kerajaan Pahang bersedia melakukan penambaikan di Tasik Chini bagi memenuhi kriteria yang diperlukan untuk mengekalkan status rizab biosfera.
Pahang sasar lebih 7 juta pelancong domestik pada 2022
Pihaknya optimis sasaran berkenaan dapat dicapai, sekiranya PKP tidak dilaksanakan semula di negara ini.
COVID-19: Kerajaan Pahang hilang RM20 bilion ekoran sektor pelancongan ditutup
Dari Januari hingga Mac tahun ini, Pahang kehilangan 79 peratus kehadiran daripada 3 juta pelancong berbanding tahun lepas.
Vaksin COVID-19: Pahang mohon pemain industri pelancongan diberi keutamaan
Kerajaan Pahang mencadangkan supaya semua pemain industri pelancongan turut diberi keutamaan bagi mendapatkan suntikan vaksin.