GEORGE TOWN: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Law Choo Kiang hari ini menyerahkan notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff.
Notis itu diserahkan kepada Pengarah SPR Pulau Pinang Dr Siti Nazariah Abdul Zalim di perkarangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di sini, pada 2 petang tadi.
Law berkata penyerahan notis itu merupakan prosedur ditetapkan sekiranya terdapat mana-mana kerusi DUN kosong antaranya disebabkan berlaku kematian.
"Pemergian Allahyarham merupakan berita yang sedih untuk seluruh warga DUN dan kerugian yang besar untuk negeri kerana Nor Zamri adalah wakil rakyat yang disayangi oleh masyarakat.
"Sekarang kita perlu serahkan kepada SPR untuk laksanakan tugas mereka," katanya pada sidang media di perkarangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di sini hari ini.
SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari untuk mengisi kekosongan kerusi tersebut.
Nor Zamri, 56, meninggal dunia Jumaat lepas ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) kerana mengalami keradangan dalam perut dan menerima rawatan sejak awal bulan ini.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang Ogos lepas, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua Pas Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.
-- Bernama
Bernama
Mon May 27 2024

Choo Kiang (dua dari kanan) menyerahkan notis kekosongan kerusi Dun Sungai Bakap kepada Siti Nazariah di Bangunan Dun Pulau Pinang pada Isnin. - Gambar/ Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

PRK Sungai Bakap: Jalan sekitar Dewan Serbaguna Jawi ditutup bermula hari ini hingga Ahad
Beberapa jalan di sekitar kawasan Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi akan ditutup bermula jam 5 petang Jumaat hingga 3 petang Ahad ini.

PRK Sungai Bakap: Calon PH tidur tiga jam, ubah rutin harian santuni pengundi
Beliau tidak kisah mengorbankan waktu rehatnya demi menambat hati pengundi lebih-lebih lagi bagi memastikan gerak kerja kempen berjalan lancar.

PRK Sungai Bakap: Tiada pusat mengundi awal dibuka pada 2 Julai
Ini adalah kerana, kesemua 57 anggota polis yang mengundi awal pada PRK itu akan menggunakan undi pos.

Pertarungan rebut kerusi DUN Sungai Bakap bermula esok
Setiap bakal calon diberi tempoh sejam untuk menyerahkan borang pencalonan sebelum nama mereka yang layak bertanding diumumkan.

PRK Sungai Bakap: Peluang sama rata bagi calon anak jati PKR, Pas
Dua gabungan politik terbesar negara mengatur strategi dengan mempertaruhkan anak jati tempatan dalam gelanggang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Joohari mahu jadi calon berakhlak, elak merendahkan pihak lain
Anak jati Sungai Bakap itu berkata, beliau akan cuba sedaya upaya untuk tidak merendahkan pihak lain dalam siri kempennya nanti.

PM sumbang RM270,000 kepada masjid dan surau sempena Aidiladha
Setiap masjid dan surau di kawasan DUN Sungai Bakap menerima sumbangan sebanyak RM10,000 yang boleh digunakan untuk aktiviti kariah masing-masing bersempena dengan sambutan hari raya korban.

PRK Sungai Bakap: Calon Kerajaan Perpaduan diumum Rabu ini - Rafizi
Calon yang dipilih oleh PKR itu akan dikemukakan pada Mesyuarat Majlis Kerajaan Perpaduan Pusat pada petang Selasa ini.

PRK Sungai Bakap: Pas masih perhalusi senarai calon
Pas Pulau Pinang masih memperinci dan memperhalusi senarai calon yang akan bertanding pada PRK DUN Sungai Bakap sebelum mengemukakannya kepada pucuk pimpinan parti untuk dimuktamad.

PRK: PKR kekal bertanding di DUN Sungai Bakap
PRK: PKR kekal bertanding di DUN Sungai Bakap