Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Omar Jaafar menolak cadangan ketua pembangkang, Datuk Seri Idris Haron agar semua wakil rakyat (Ahli Dewan Undangan Negeri) menjalani ujian urin.
Idris (BN-Sungai Udang) melontarkan cadangan itu selepas mengemukakan soalan tambahan kedua kepada Low Chee Leong (DAP-Kota Laksamana) mengenai pendirian Kerajaan Negeri Melaka terhadap isu ketum.
Low, yang juga Exco Kesihatan dan Anti Dadah, menerima cadangan Idris namun meminta agar Idris dan Datuk Ghazale Muhamad (BN-Rim) terlebih dahulu menjalani ujian urin hari ini.
Ghazale mewakili Datuk Latipah Omar (BN-Taboh Naning) yang tidak hadir pada persidangan hari ini.
Namun cadangan itu ditolak oleh speaker kerana perkara itu tiada dalam agenda mesyuarat hari ini.
BACA: Kerajaan disaran beri kuasa JKM lakukan ujian urin pesalah bawah umur
Terdahulu ketika menjawab soalan tambahan daripada ketua pembangkang itu, Low berkata Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) ketika mesyuarat agung tahunannya di Pulau Pinang baru-baru ini menolak penanaman ketum di negara ini.
Low berkata, pada 2003 kerajaan telah menetapkan penggunaan daun ketum di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1992 yang boleh membawa hukuman penjara maksimum empat tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
Katanya, pihak Kementerian Kesihatan bersetuju dengan cadangan pindaan terhadap Akta Racun 1992 penanaman ketum dibawa ke parlimen dan dibahaskan.
Beliau berkata, pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) tidak mempunyai kuasa mengambil tindakan terhadap individu yang menanam ketum namun bergantung kepada Kerajaan Negeri untuk mengambil tindakan mengikut peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kedah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 22 2019

Anggota AADK melakukan pemeriksaan air kencing terhadap suspek dalam kes salah guna dadah. -- fotoBERNAMA/Hiasan
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.

Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution
Isu penyalahgunaan dadah di negara ini semakin membimbangkan dengan trend menaik setiap tahun sejak 2022, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Pelaksanaan saringan air kencing secara meluas di konsert tidak praktikal - KP AADK
Beliau berkata proses saringan air kencing bagi mengesan penyalahgunaan dadah tidak boleh dilakukan sembarangan serta mengambil masa.

'Magic mushroom' sah ganja sintetik - AADK
AADK telah membuat 50 kajian kes melibatkan kumpulan penagih yang mendakwa menggunakan 'magic mushroom' dan mendapati ia sebenarnya adalah dadah sintetik.

Sarawak negeri tunggal wujud pusat sehenti bantu tangani penyalahgunaan dadah
Sarawak satu-satunya negeri yang mempunyai pusat sehenti (OCS) bagi membantu menangani masalah penyalahgunaan dadah dengan lebih berkesan.

Sokong, jangan hakimi mereka yang pulih daripada ketagihan, penyalahgunaan dadah - KP AADK
Ini bagi memastikan mereka tidak kembali terjerumus ke dalam kancah penagihan dan penyalahgunaan dadah.

Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.

AADK gerak #SkuadIhsanMadaniKDN bantu mangsa banjir
Keutamaan bantuan pascabanjir diletakkan kepada dua kawasan yang terjejas teruk iaitu di sekitar Pasir Mas, Kelantan dan Besut, Terengganu.

Pindaan Akta Penagih Dadah 1983: Peluang kedua pulih diri
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 penting bagi memberikan kuasa lebih kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam proses rawatan dan pemulihan penagih.

169,691 penagih dadah dikesan di seluruh negara - AADK
Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Ruslin Jusoh berkata berdasarkan statistik itu, 162,360 penagih adalah lelaki manakala wanita pula 7,331 orang.

JPJ tahan tiga pemandu lori positif dadah di Jitra
Tiga pemandu lori ditahan selepas didapati positif dadah dalam Op Khas Kenderaan Perdagangan.