Spekulasi politik yang keterlaluan menyumbang kepada kejatuhan nilai mata wang ringgit berbanding dolar Amerika baru-baru ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata wujudnya mainan dan spekulasi politik yang keterlaluan itu menyebabkan sentimen yang tidak menentu terhadap pentadbiran negara.
Ia antara empat faktor yang digariskan Najib dalam laman blognya berhubung penyusutan nilai ringgit.
Penurunan harga komoditi seperti minyak, minyak sawit dan getah secara mendadak juga telah menyebabkan kejatuhan ringgit, lebih-lebih lagi kerana Malaysia adalah pengeluar komoditi-komoditi berkenaan.
"Tindakan Kerajaan China menurunkan mata wang Yuan sekaligus menyebabkan kejatuhan mata wang negara Asean yang lain," kata Najib dalam blognya www.najibrazak.com.
Menurutnya, jangkaan bahawa Amerika Syarikat akan menaikkan kadar faedah membuatkan ramai pelabur di serata dunia memindahkan dana mereka ke dalam mata wang Amerika.
Biarpun berdepan pelbagai cabaran termasuk lakaran negatif segelintir pihak terhadap keadaan ekonomi negara, namun tegas Najib, laporan terkini Bank Negara Malaysia menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang stabil dengan kadar pertumbuhan sebanyak 4.9% pada suku kedua 2015.
Dalam pada itu, najib memberi jaminan bahawa kerajaan akan cuba sedaya upaya untuk menangani keadaan ini dengan tujuan untuk menstabilkan keadaan ekonomi negara.
Sementara itu, ringgit ditutup pada paras 4.0080/0130 berbanding dolar pada pukul 5 petang tadi berbanding 4.0375/0415 semalam.
Astro Awani
Thu Aug 13 2015

NAJIB: Wujudnya mainan dan spekulasi politik yang keterlaluan itu menyebabkan sentimen yang tidak menentu terhadap pentadbiran negara.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Kekukuhan ringgit dijangka bawa impak positif kepada pasaran ekuiti - Penganalisis
Ringgit diniagakan setinggi 3.9957 berbanding dolar AS pada hari pertama dagangan tahun ini dan firma penyelidikan berkenaan percaya kelemahan dolar itu akan berterusan.

Ringgit dibuka tinggi berbanding Dolar AS
Ringgit memperoleh semula asas pergerakan meningkat untuk diniagakan tinggi berbanding dolar US pada awal dagangan hari ini.

Negara Islam jangan terlalu bergantung dolar AS - Dr Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut baik saranan Iran agar diwujudkan matawang kripto dengan kerjasama bank pusat negara masing-masing.

Ringgit didagangkan dalam jajaran kecil minggu depan
Setakat ini, petunjuk ekonomi AS agak bercampur-campur, membayangkan ketidaktentuan mengenai kemungkinan penurunan dalam kadar faedah.

Lira merudum: Pelancong di Turki 'naik hantu' membeli-belah!
Pelancong Arab kelihatan sanggup berbaris panjang di hadapan pintu masuk butik jenama Chanel dan Louis Vuitton di Nisantasi.

Spekulasi politik keterlaluan dorong penyusutan ringgit - Najib
Spekulasi politik yang keterlaluan menyumbang kepada kejatuhan nilai mata wang ringgit berbanding dolar Amerika baru-baru ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.