Tindakan seorang warga Bangladesh yang menyembunyikan identiti bagi meraih pendapatan dengan memakai kostum adiwira ‘Spider-Man’ di sekitar Bandar Hilir di sini membawa padah apabila dicekup Jabatan Imigresen Melaka.
Pengarahnya, Mohd Fauzi Abdullah berkata, lelaki berusia 38 tahun yang memasuki negara menggunakan pas lawatan sosial itu ditahan sekitar jam 4.20 petang Ahad selepas sepasukan tujuh penguatkuasa menunggu di beberapa lokasi sasaran.
Selepas hampir lima jam, ‘Spider-Man’ itu memunculkan diri dan ditahan ketika sedang asyik menunggu pelanggan.
“Lelaki warga Bangladesh ini kita dapati memakai kostum Spider-Man dan mengenakan bayaran RM5 bagi setiap pelanggan yang ingin bergambar dan menyasarkan kanak-kanak dan pelancong.
"Suspek turut menjual permainan kanak-kanak dan mempunyai pembantu iaitu seorang wanita berusia lewat 40-an bersama anak perempuannya,” katanya ketika dihubungi di sini.
Mengulas lanjut, Mohd Fauzi berkata, lelaki berkenaan ditahan atas kesalahan tinggal lebih masa dan pihaknya mendapati dia turut memiliki salinan dokumen palsu.
Berdasarkan aduan yang diterima, lelaki terbabit dipercayai aktif sejak lebih tiga bulan lalu dan mempunyai majikan sebelum bergerak sendiri.
“Lelaki itu juga sentiasa berpindah lokasi di sekitar Banda Hilir dan tidak akan berada lama di satu-satu tempat bagi mengelakkan kegiatannya dihidu.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1958/63 iaitu tinggal melebihi tempoh dibenarkan,” tambahnya.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM10,000 atau penjara bagi tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Astro Awani
Mon Jul 15 2019
!['Spider-Man' tinggal terlebih masa di Malaysia hingga dicekup Imigresen 'Spider-Man' tinggal terlebih masa di Malaysia hingga dicekup Imigresen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/51563196539_spiderman.jpg)
Spider-Man itu memunculkan diri dan ditahan ketika sedang asyik menunggu pelanggan. - Foto ihsan Jabatan Imigresen
![Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739353010_tbDonaldTrump.jpg)
Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah
Keputusan Donald Trump untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas import keluli dan aluminium yang memasuki negara itu, telah mencetuskan tentangan hebat di seluruh Eropah, lapor Xinhua.
![Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739353423_tbFikryIbrahimKha.jpg)
Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari
Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, yang dikenali sebagai Khalizah Alihan, pada Rabu.
![Hujan lebat, ribut petir di enam negeri sehingga 9 malam - MetMalaysia Hujan lebat, ribut petir di enam negeri sehingga 9 malam - MetMalaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356372_RIBUTPETIR.jpg)
Hujan lebat, ribut petir di enam negeri sehingga 9 malam - MetMalaysia
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda enam negeri sehingga 9 malam ini.
![Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739356198_Suaram.jpg)
Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan menahan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Sevan Doraisamy hari ini, seperti yang dilaporkan menerusi beberapa portal berita.
MotoGP musim baharu di Thailand dilancar
Bandar Bangkok bergema dengan bunyi hon dan deruan motosikal sebagai simbolik pelancaran MotoGP musim baharu di Thailand pada Ahad.
Penagih dadah: Singapura saksi peningkatan 30 peratus penagih bawah 20 tahun
Laporan Situasi Dadah Singapura 2024 yang dikeluarkan pada Rabu mendedahkan bahawa lebih separuh daripada penagih baharu yang ditahan dalam tempoh dua tahun lalu berusia bawah 30 tahun.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
![Kerajaan Johor seru semua IPIS di negeri itu didaftar Kerajaan Johor seru semua IPIS di negeri itu didaftar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704257934_TBMOHDFAREDMOHD.jpg)
Kerajaan Johor seru semua IPIS di negeri itu didaftar
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata, pendaftaran boleh dilakukan melalui mana-mana Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID).
![Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739355908_tbrubbleofbuilding.jpg)
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir turut menekankan keperluan penyelesaian yang adil terhadap isu Palestin, dengan menghormati hak rakyat di rantau berkenaan.
66 wilayah Thailand menghadapi kualiti udara berbahaya
Sebanyak 66 daripada 76 wilayah di Thailand diselubungi dengan tahap pencemaran habuk yang tidak selamat pada pagi Rabu, dengan jerebu terburuk menyelubungi Greater Bangkok.
![APMM tahan lima warga Myanmar tangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan APMM tahan lima warga Myanmar tangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739269897_MaritimMalaysia.jpg)
APMM tahan lima warga Myanmar tangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan
APMM Selangor menahan lima lelaki Myanmar termasuk seorang tekong bot nelayan kerana menangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan di kedudukan 9.2 batu nautika barat daya Pulau Tengah, semalam.
![Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen, gajikan pekerja asing Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen, gajikan pekerja asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736601256_VeselNelayanTempat.jpg)
Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen, gajikan pekerja asing
APMM Selangor menahan dua bot nelayan tempatan kerana disyaki melanggar syarat sah lesen dengan menggajikan kru warga asing tanpa kebenaran.
![Polis tahan lima lelaki warga Thailand tanpa dokumen perjalanan sah Polis tahan lima lelaki warga Thailand tanpa dokumen perjalanan sah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736516525_tbACPMohdShokriA.jpg)
Polis tahan lima lelaki warga Thailand tanpa dokumen perjalanan sah
Polis menahan lima lelaki warga Thailand yang cuba pulang ke negara asal mereka secara haram di pintu sempadan di sini, Isnin lepas.
![Petaling Street sekali lagi digempur, 34 pendatang tanpa izin ditahan Petaling Street sekali lagi digempur, 34 pendatang tanpa izin ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736520611_Imigresen.jpg)
"Petaling Street" sekali lagi digempur, 34 pendatang tanpa izin ditahan
Jalan Petaling di sini, yang menjadi antara lokasi panas penjualan barangan tiruan melibatkan warga asing, sekali lagi digempur oleh JIM Kuala Lumpur menerusi operasi KL Strike Force", petang tadi.
![Polis tahan 10 pendatang Myanmar di Tumpat Polis tahan 10 pendatang Myanmar di Tumpat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734949529_LelakibawaPATI.jpg)
Polis tahan 10 pendatang Myanmar di Tumpat
Polis menahan 10 warga Myanmar termasuk tujuh lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak di Tumpat semalam.
![Polis lumpuh 40 sindiket penipuan dalam talian, 426 individu ditahan Polis lumpuh 40 sindiket penipuan dalam talian, 426 individu ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721894252_TBRamliMohamedYoosu.jpg)
Polis lumpuh 40 sindiket penipuan dalam talian, 426 individu ditahan
Polis melumpuhkan kira-kira 40 sindiket penipuan dalam talian menerusi operasi khas selama 12 hari bermula 25 Nov hingga 6 Dis lepas.
![Tiada kompromi, rakyat Malaysia guna laluan haram ke Thailand akan ditahan - Polis Tiada kompromi, rakyat Malaysia guna laluan haram ke Thailand akan ditahan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731928049_TBYusoffMamat.jpg)
Tiada kompromi, rakyat Malaysia guna laluan haram ke Thailand akan ditahan - Polis
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pihaknya kini menguatkuasakan Seksyen 5 (2) Akta Imigresen bagi mengelakkan lebih banyak kes jenayah termasuk penyeludupan dadah atau senjata api
![Op Noda: Dua pusat hiburan tanpa lesen diserbu, 48 individu ditahan Op Noda: Dua pusat hiburan tanpa lesen diserbu, 48 individu ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729852402_KetuaPolisSelangor.jpg)
Op Noda: Dua pusat hiburan tanpa lesen diserbu, 48 individu ditahan
Polis menyerbu dua pusat hiburan beroperasi tanpa lesen di Kepong dan Puchong serta menahan 48 individu termasuk warga asing dalam Op Noda baru-baru ini.
![Imigresen Sabah hantar pulang 24 warga China ke negara asal Imigresen Sabah hantar pulang 24 warga China ke negara asal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715956761_SHSittiSalehaHabi.jpg)
Imigresen Sabah hantar pulang 24 warga China ke negara asal
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menghantar pulang 24 warga China ke negara asal melalui penerbangan secara terus dari Lapangan Terbang Tawau ke Guangzhou, China semalam.
![Dua warga Myanmar, seorang lelaki didakwa bunuh penganggur Dua warga Myanmar, seorang lelaki didakwa bunuh penganggur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41730278781_TBBUNUHPENGANGGUR.jpg)
Dua warga Myanmar, seorang lelaki didakwa bunuh penganggur
Seorang pemandu traktor dan dua warga Myanmar didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki minggu lepas.