SEKINCHAN: Sebanyak 3,410 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) akan dibina di seluruh negara di bawah seliaan Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) pada tahun ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata projek RMR kian mendapat permintaan tinggi dalam kalangan rakyat yang berpendapatan tidak lebih RM5,000 sebulan.
"Ketika ini kita menerima sejumlah 6,829 permohonan yang pralayak manakala 87,687 permohonan di peringkat proses daftar untuk pembinaan RMR," katanya kepada sidang media selepas membuat lawatan ke beberapa tapak projek di sekitar Sekinchan hari ini.
Justeru, katanya SPNB perlu meningkatkan kecekapan dalam pembinaan projek RMR dan memastikan seramai mungkin penerima projek rumah tersebut dapat disiapkan dengan segera.
"Apabila kita melihat projek ini selain daripada tanah yang disediakan oleh pihak pemohon, kita juga perlu menilai kemudahan termasuk akses kepada jalan, air dan elektrik untuk memudahkan proses pembinaan rumah," katanya.
Menurutnya SPNB telah menambah baik proses pembinaan unit RMR kepada sistem yang lebih sistematik dan menyumbang kepada penjimatan kos buruh iaitu selepas pemasangan tiang, kontraktor pembinaan akan menyiapkan bumbung terlebih dahulu sebelum kerja-kerja dinding dan lantai dilakukan.
"Menerusi proses in, kontraktor dapat meneruskan kerja-kerja pembinaan dalam keadaan yang selesa dalam apa jua cuaca sekalipun, sekali gus mempercepatkan tempoh penyiapan RMR." katanya.
Beliau berkata dengan perancangan dan kaedah pembinaan yang sistematik, RMR yang berkeluasan 750 kaki persegi dapat dikekalkan harganya sejak 2020, sebanyak RM75,000 seunit termasuk RM20,000 subsidi yang diberikan kerajaan.
Sejak projek RMR diperkenalkan pada 2002, SPNB telah siap membina 58,425 unit rumah di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 17 2023

Ahmad Akmal Nasrullah (dua, kanan) beramah mesra bersama penerima Rumah Mesra Rakyat Nur Afiqah Kosin (kiri) dan Siti Nor Aleya Kosin (dua, kiri) sempena lawatan kerja ke tapak projek program RMR di Sungai Leman, Sekinchan hari ini. - Foto BERNAMA

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

SPNB bina 23,000 unit RMR, lepasi sasaran - Nga
Nga Kor Ming berkata jumlah berkenaan melepasi sasaran asal iaitu membina sebanyak 15,000 unit RMR.

SPNB rancang bina 5,000 unit RMR seluruh negara tahun depan
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dalam perancangan membina 5,000 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) di seluruh negara tahun depan.

JHEV perhalusi kenaikan kos bina rumah baharu veteran ATM
Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang memperhalusi kenaikan kos pembinaan rumah baharu untuk veteran atau waris anggota tentera.

Balu bekas pemain bola sepak Kelantan dapat rumah
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menyumbangkan sebuah Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2.0 kepada balu bekas pemain bola sepak Kelantan di Kampung Gong Datuk, di sini, hari ini.

AmanahRaya, SPNB meterai MoU bantu pemilik rumah terima produk perancangan pewarisan
Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) dan Syarikat Perumahan Negara Malaysia (SPNB) telah memeterai Perjanjian Kolaborasi Strategik (MoU)

Melaka kekal status negeri tawar harga rumah terendah, purata RM207,600
Melaka masih mengekalkan status negeri menawarkan harga rumah terendah di Malaysia pada harga purata RM207,600 berbanding RM458,751 di peringkat nasional hingga suku ketiga tahun lepas.

SPNB adakan perbincangan dengan kerajaan negeri bina RMR generasi kedua
SPNB melakukan perbincangan dengan Kerajaan Negeri Perak bagi melaksanakan projek pembinaan Rumah Mesra Rakyat khusus untuk generasi kedua.

Kerajaan belanja lebih RM5 juta untuk bina, baik pulih rumah veteran ATM - Adly
Kementerian Pertahanan membelanjakan lebih RM5 juta untuk pembinaan rumah baharu serta baik pulih veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Lebih 5,000 Rumah Mesra Rakyat dibina tahun ini
Sebanyak 5,045 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) akan dibina tahun ini dengan peruntukan tambahan sebanyak RM123 juta bagi tujuan berkenaan yang diluluskan pada Ogos lepas.

SPNB bina 3,410 unit rumah mesra rakyat tahun ini
Sebanyak 3,410 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) akan dibina di seluruh negara di bawah seliaan Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) pada tahun ini.