PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diarahkan melaksanakan Undi18 menjelang 31 Dis ini bagi mematuhi keputusan mahkamah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
"SPR diminta untuk melaksanakan apa sahaja yang perlu berlandaskan kuasa di bawah SPR yang disebut hakim di Sarawak untuk melaksanakannya," katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke SPR di sini hari ini.
Mahkamah Tinggi Kuching pada Jumaat lepas memerintahkan SPR dan kerajaan melaksanakan Undi18 menjelang 31 Dis tahun ini.
Pesuruhjaya Kehakiman Alexander Siew How Wai membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman lima anak muda yang menggesa kerajaan melaksanakan segera pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan penurunan umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.
BACA: Mahkamah Tinggi Kuching arah SPR, kerajaan laksana Undi18 menjelang akhir tahun ini
Wan Junaidi berkata kerajaan belum membuat keputusan untuk membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah tersebut dan arahan daripada Mahkamah Tinggi Kuching itu masih kekal sebagai undang-undang yang perlu dipatuhi.
"Belum lagi diputuskan, kena dapat perbincangan mendalam dengan Jabatan Peguam Negara dan mendapat keputusan dasar daripada Jemaah Menteri," katanya.
Wan Junaidi berkata antara perkara berbangkit selepas Parlimen meminda Perlembagaan untuk menurunkan umur pengundi dan calon adalah apabila terdapat negeri yang belum membuat pindaan terhadap Undang-Undang Tubuh Negeri bagi melaksanakan pencalonan 18 tahun sebagai calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri terbabit.
Beliau berkata perbincangan menyeluruh perlu diadakan antara SPR dan Jabatan Peguam Negara mengenai tindakan yang perlu diambil jika negeri-negeri berkenaan masih tidak bersetuju dengan penurunan umur menjadi calon ADUN.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 07 2021

Mahkamah Tinggi Kuching pada Jumaat lepas memerintahkan SPR dan kerajaan melaksanakan Undi18 menjelang 31 Dis tahun ini.- Gambar hiasan

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Pemikiran dan idealisme anak muda perlu diberi perhatian - PM Ismail Sabri
Pemikiran dan idea golongan muda di negara ini perlu diberikan ruang dalam proses libat urus dalam membangunkan negara.

PRU15: Tidak semua undi Undi 18 ada hak yang sama - Penganalisis
Penganalisis James Chai berkata, pengundi muda mempunyai kuasa undi yang berbeza, bergantung kepada kawasan geografi, atau tempat tinggal mereka.

Jumlah pengundi di Sarawak kini melebihi 1.9 juta
Sarawak melaporkan pertambahan 675,077 jumlah pengundi baharu yang layak mengundi menjadikan jumlah keseluruhan kepada 1,927,750 pada suku keempat 2021.

PRN Johor: Pertama kali mengundi, satu 'milestone' untuk kehidupan - Engku Puteri Arwyn Mysara
Bagi Engku Puteri Arwyn Mysara, 19, pertama kali mengundi merupakan satu 'milestone'dalam hidupnya

Undi18: PBB susun strategi dekati pengundi muda sebagai persiapan hadapi PRU15
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu akan menyusun strategi dan bekerja keras dalam tempoh beberapa bulan akan datang untuk mendekati para pengundi berusia 18 tahun sebagai persiapan menghadapi PRU15.

Pahang lulus pindaan had umur ADUN kepada 18 tahun
DUN Pahang meluluskan pindaan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang (Bahagian Kedua) (Pindaan) 2021 bagi menurunkan had umur warganegara yang layak menjadi ADUN.

DUN Selangor lulus turun had umur ADUN kepada 18 tahun
DUN Selangor luluskan Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor (Pindaan) 2021 bagi menurunkan had umur seseorang warganegara layak menjadi ADUN daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Pelaksanaan Undi18, pendaftaran automatik akan pengaruhi tindakan ahli politik - Nabil Halimi
Penilaian kritikal anak muda akan membuatkan parti politik lebih cermat dalam memilih dan meletakkan calon mereka.

Penamatan darurat di Sarawak petanda PRN semakin hampir - Jeniri
Penamatan Proklamasi Darurat di Sarawak memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak bakal diadakan dalam masa terdekat.

Undi18 tidak dilaksanakan segera berikutan banyak perkara perlu diselesaikan, COVID-19
Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun, tidak bermaksud ia akan dilaksanakan segera selepas pindaan itu dilakukan pada 2019.