Kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya akan bermula hujung tahun ini selepas tertangguh pada 2011, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Beliau berkata proses itu akan dilaksana secara berperingkat dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.
"Sepatutnya dibuat pada tahun 2011 tetapi memandangkan pada masa itu kami perlu menghadapi persediaan pilihan raya umum ke-13 (PRU13), maka kami menangguhkannya hingga PRU13 selesai," katanya melalui ceramah bertajuk 'Pengalaman SPR dalam mengendalikan persempadanan kawasan pada 2003 dalam seminar selepas pilihan raya anjuran Majlis Peguam Malaysia di sini pada Sabtu.
Wan Omar berkata pihaknya mula mengumpul data melalui Pejabat SPR negeri dan melantik beberapa pegawai dari Jabatan Perangkaan serta Pejabat Tanah dan Jajahan Negeri bagi membantu kajian persempadanan itu dari segi melakar peta serta mengira jumlah populasi penduduk kawasan.
Beliau berkata berdasarkan Perkara 113 (2)(ii) Perlembagaan Persekutuan, persempadanan semula boleh dilakukan selepas tempoh lapan tahun persempadanan kali terakhir tamat, dan dalam kes ini, pada 2003.
Wan Ahmad berkata persempadanan kawasan kali ini dijangka lebih mencabar kerana semakin ramai akan menyatakan rasa tidak puas hati semasa hasil siasatan awal dipamer kerana mendakwa ia berat sebelah.
"Sekarang siasatan belum dijalankan pun dah ada orang yang tidak puas hati.
"Ada yang menuding jari ke arah kami dan menyatakan persempadanan itu dilakukan untuk kepentingan parti tertentu, tetapi kami melakukannya kerana dalam tempoh lapan hingga 10 tahun ini, sudah semestinya negara akan mengalami perubahan termasuk penambahan populasi penduduk, urbanisasi dan pembangunan pesat.
"Bagi mengelakkannya (dituduh berat sebelah), kami berusaha melibatkan orang ramai untuk membantu kami menjalankan kajian pada kali ini," katanya.
Beliau berkata semasa kajian persempadanan yang terakhir, pihaknya mengambil masa tiga bulan sama ada untuk mempamer, mengubah suai dan memberi penjelasan kepada orang ramai dengan turun padang ke setiap kawasan kajian yang terlibat.
Wan Ahmad berkata rayuan semasa tempoh pameran kajian hanya boleh dilakukan oleh kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan lebih daripada 100 pemilih berdaftar tanpa sokongan mana-mana parti politik.
Bercakap kepada pemberita selepas seminar itu, Wan Ahmad menyifatkan kenyataan pakatan pembangkang, yang menggesa beliau dan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof meletak jawatan, sebagai tidak munasabah.
"Jika mereka ini merasakan bahawa keputusan pilihan raya itu tidak diterima, mereka boleh menfailkannya melalui petisyen pilihan raya untuk dikemukakan kepada Mahkamah Pilihan Raya seperti mana yang termaktub dalam perkara 118 Perlembagaan Persekutuan.
"Biar Mahkamah Pilihan Raya buat keputusan dan kami akan memprosesnya, semua ini adalah prosedur dan undang-undangnya, bukannya sesuka hati minta orang letak jawatan," katanya.
Beliau berkata kejayaan pakatan pembangkang mengekalkan kemenangan di beberapa negeri seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan adalah bukti jelas bahawa SPR menjalankan proses pilihan raya secara telus mengikut peraturan yang ditetapkan.
Bernama
Sat Jun 08 2013
![SPR: Kajian persempadanan semula hujung tahun ini SPR: Kajian persempadanan semula hujung tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/71357169396_295x200.jpg)
![Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739940968_TBFahmi.jpg)
Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.
![Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739945582_jururawatmaut.jpg)
Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.
![Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739943723_tbAmirudinShari.jpg)
Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.
![Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739940327_TBKillerWhales.jpg)
Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.
![Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739940618_mayat.jpg)
Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.
![Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739942591_StevenSimCheeKeon.jpg)
Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.
![Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739939398_TBLiewChinTong.jpg)
Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
Trump kenakan tarif 25% ke atas kenderaan dan cip
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan hasrat untuk mengenakan tarif 25% ke atas import kenderaan serta kadar serupa terhadap cip semikonduktor dan produk farmaseutikal.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah
Semua 3,316 graduan perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tahun lalu, dilantik sebagai pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Latihan Siswazah (HLS) di seluruh negara.
KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang mempertimbang penggunaan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam pembinaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
![Daftar Pemilih Tambahan Disember 2024 dibuka untuk semakan - SPR Daftar Pemilih Tambahan Disember 2024 dibuka untuk semakan - SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714400820_SPRGeneric.jpg)
Daftar Pemilih Tambahan Disember 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember Tahun 2024 (DPT BLN12/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 22 Feb.
![Daftar Pemilih Tambahan November 2024 dibuka untuk semakan - SPR Daftar Pemilih Tambahan November 2024 dibuka untuk semakan - SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714400820_SPRGeneric.jpg)
Daftar Pemilih Tambahan November 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan November Tahun 2024 (DPT BLN11/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 18 Jan 2025.
![PRK DUN Mahkota: 53.84 peratus keluar mengundi - SPR PRK DUN Mahkota: 53.84 peratus keluar mengundi - SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41727517637_TBUNDIMAHKOTA.jpg)
PRK DUN Mahkota: 53.84 peratus keluar mengundi - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota hari ini adalah 53.84.
![PRK Mahkota: 47.16 peratus mengundi setakat 4 petang - SPR PRK Mahkota: 47.16 peratus mengundi setakat 4 petang - SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41727517637_TBUNDIMAHKOTA.jpg)
PRK Mahkota: 47.16 peratus mengundi setakat 4 petang - SPR
Sebanyak 47.16 peratus daripada 61,274 pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota selesai mengundi setakat 4 petang ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
![PRK Mahkota: Jangan pakai, bawa barangan dengan logo parti ke pusat mengundi - SPR PRK Mahkota: Jangan pakai, bawa barangan dengan logo parti ke pusat mengundi - SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81727440637_tbSPRPRKMahkota.jpg)
PRK Mahkota: Jangan pakai, bawa barangan dengan logo parti ke pusat mengundi - SPR
Kegagalan pengundi mematuhi atau melanggar peruntukan yang ditetapkan boleh menyebabkan mereka dilarang daripada memasuki pusat mengundi oleh petugas pilihan raya.
![SPR seru pengundi DUN Mahkota keluar mengundi SPR seru pengundi DUN Mahkota keluar mengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61727152625_TBSPR.jpg)
SPR seru pengundi DUN Mahkota keluar mengundi
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyeru pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian Sabtu ini (28 Sept).
![Daftar Pemilih Tambahan Ogos 2024 dibuka untuk semakan - SPR Daftar Pemilih Tambahan Ogos 2024 dibuka untuk semakan - SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727073966_persiapan.jpg)
Daftar Pemilih Tambahan Ogos 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos Tahun 2024 (DPT BLN8/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 22 Okt depan.
![Penamaan calon PRK DUN Mahkota di Dewan Tunku Ibrahim Ismail - SPR Penamaan calon PRK DUN Mahkota di Dewan Tunku Ibrahim Ismail - SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695366399_TBPusatPenamaan.jpg)
Penamaan calon PRK DUN Mahkota di Dewan Tunku Ibrahim Ismail - SPR
Proses penamaan calon bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota Sabtu ini akan diadakan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang, Johor.
![PRK Nenggiri: Lepasi jangkaan SPR, 68.21 peratus mengundi setakat 3 petang PRK Nenggiri: Lepasi jangkaan SPR, 68.21 peratus mengundi setakat 3 petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723880247_TBNENGGIRI.jpg)
PRK Nenggiri: Lepasi jangkaan SPR, 68.21 peratus mengundi setakat 3 petang
Peratusan keluar mengundi bagi PRK DUN Nenggiri melebihi jangkaan SPR apabila 68.21 peratus pengundi telah menunaikan tanggungjawab sehingga 3 petang.
![PRK Nenggiri: Jumlah keluar mengundi menggalakkan PRK Nenggiri: Jumlah keluar mengundi menggalakkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723870853_TBPRKNenggiri.jpg)
PRK Nenggiri: Jumlah keluar mengundi menggalakkan
Peratusan keluar mengundi warga emas dan anak muda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri setakat 11 pagi ini amat menggalakkan.