Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah selesai menjalankan siasatan tempatan kali pertama berhubung bantahan terhadap Syor-Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi negeri Selangor, kata Pengerusinya Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.
Beliau berkata sebanyak 116 representasi bantahan yang layak telah dijemput hadir bagi mendengar dengan lebih lanjut bantahan mereka pada sesi siasatan yang diadakan pada 27 Dis hingga 9 Jan lepas itu.
Menurutnya, SPR telah menimbang semua representasi bantahan yang diterima daripada pihak-pihak yang layak dan turut menilai bantahan bertulis yang telah difailkan oleh pembantah yang gagal hadir ke sesi siasatan tempatan tersebut sebelum membuat apa-apa perubahan terhadap syor persempadanan bagi negeri Selangor.
Berikutan itu, SPR akan mempamerkan Notis Syor-Syor Yang Dicadangkan Bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri Dalam Negeri Selangor sebagaimana yang telah dikaji semula oleh SPR Dalam Tahun 2018 selama sebulan bermula Isnin ini hingga 14 Feb depan di tempat-tempat yang dinyatakan di dalam notis yang akan disiarkan di akhbar-akhbar tempatan pada 15 Jan, katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
Mohd Hashim berkata notis untuk tujuan semakan dan bantahan bagi kali kedua itu juga akan disiarkan di laman portal rasmi SPR pada tarikh berkenaan.
Beliau berkata jumlah bilangan pemilih seramai 2,078,311 orang dalam Daftar Pemilih semasa yang telah diperakukan dan diwartakan pada 13 Mei 2016 masih digunakan sebagai asas dalam penyediaan syor kajian semula persempadanan itu.
Katanya, butiran mengenai syor yang dicadangkan akan dinyatakan dalam notis yang akan disiarkan itu di mana ia akan menunjukkan keseluruhan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri dalam negeri Selangor.
Satu salinan syor-syor yang dicadangkan itu berserta rang pelan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi negeri Selangor juga dipamerkan untuk pemeriksaan orang ramai semasa waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja di tempat-tempat seperti yang akan dinyatakan dalam notis yang disiarkan kelak, katanya.
Mohd Hashim berkata sebarang bantahan terhadap syor-syor tersebut, hanya boleh dibuat oleh pihak-pihak yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan sahaja, iaitu kerajaan negeri; mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang keseluruhan atau sebahagian kawasannya termasuk di dalam bahagian-bahagian pilihan raya yang tersentuh oleh syor itu; atau sekumpulan orang seramai 100 atau lebih yang nama mereka ditunjukkan dalam daftar pemilih semasa bagi bahagian-bahagian pilihan raya berkenaan.
Setiap representasi membantah syor-syor yang dicadangkan itu hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri Selangor dalam tempoh sebulan daripada penyiaran notis tersebut, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 14 2018

Mohd Hashim berkata sebarang bantahan terhadap syor-syor tersebut, hanya boleh dibuat oleh pihak-pihak yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan sahaja. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Rakyat Malaysia di AS diminta berdaftar dengan kedutaan, hindari kawasan protes
Rakyat Malaysia di Amerika Syarikat (AS) diminta berdaftar dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia di negara itu.

Belum ada keputusan rasmi mansuh aliran sains, sastera - Maszlee Malik
Ia masih di peringkat kajian dan tiada sebarang pengumuman dasar dibuat berhubung perkara itu dan ia hanya satu perkara yang dibincangkan dalam ucapannya di Jerman 14 Oktober lalu.

Puluhan ribu rakyat Rusia adakan protes tuntut pilihan raya adil
Puluhan ribu rakyat Rusia turun bantah pengecualian pembangkang dan calon bebas dari pemilihan Dewan Kota Moscow
Tentera Israel serbu Tebing Barat
Satu serbuan tentera Israel yang menyamar sebagai penjual sayur mencetuskan bantahan penduduk Tebing Barat.
Adun BN Kedah sebulat suara keluar dewan
Ini berlaku setelah Abu Hassan enggan berdiam diri walaupun diarah berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Lim Soo Nee (PKR-Kulim) yang tidak memberi peluang untuknya bercakap.
Rakyat perlu diberi ruang bantah kekejaman Israel
Ruang ini bagi mengelakkan mereka melakukan perkara-perkara di luar batasan sehingga kemungkinan diterjemahkan ke arah keganasan atau menyertai kumpulan militan.