Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sebanyak 214,118 permohonan pendaftaran sebagai pemilih dalam urusan pendaftaran pemilihan suku kedua (April, Mei dan Jun) tahun ini (2017).
Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata permohonan pendaftaran sebagai pemilih itu terdiri daripada 157,373 pendaftaran pemilih baharu dan 56,745 permohonan untuk pertukaran alamat bahagian pilihan raya daripada pemilih yang sedia berdaftar dengan SPR.
Beliau berkata Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi Suku Tahun 2/2017 akan dipamerkan selama 14 hari mulai 19 Julai hingga 1 Ogos di 960 tempat pameran di seluruh negara selaras dengan kehendak Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.
"Sepanjang tempoh pameran berlangsung, pemohon yang memohon untuk mendaftar sebagai pemilih baharu atau menukar alamat bahagian pilihan raya pada April, Mei dan Jun 2017 dinasihatkan menyemak Rang DPT Suku Tahun 2/2017," katanya dalam kenyataan hari ini.
Abdul Ghani berkata SPR juga akan mempamerkan nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada Daftar Pemilih semasa tempoh pameran rang daftar pemilih tambahan itu.
"Antara asas SPR mengeluarkan nama pemilih berkenaan daripada Daftar Pemilih ialah kerana mereka ini didapati tidak berhak untuk terus kekal di dalam daftar pemilih atas sebab-sebab tertentu antaranya ialah telah meninggal dunia, melepas atau lucut hak warganegara,"katanya.
Bagi permohonan pendaftaran baharu, katanya, jika pemohon mendapati namanya tidak tersenarai di dalam Rang DPT tersebut, mereka boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B dan menyerahkannya kepada Pendaftar iaitu Pengarah Pilihan Raya Negeri bagi kawasan pendaftaran berkenaan pada waktu pejabat pada hari bekerja dalam tempoh pameran Rang DPT itu.
Bagi pemilih berdaftar di satu-satu bahagian pilihan raya yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang di dalam Rang DPT Suku Tahun 2/2017, boleh berbuat demikian dengan mengisi Borang C, katanya.
"Seorang pembantah boleh membantah tidak melebihi 20 orang selaras dengan Peraturan 15 (3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002," katanya.
Beliau berkata bantahan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar iaitu Pengarah Pilihan Raya Negeri bagi kawasan pendaftaran yang berkenaan pada waktu pejabat pada hari bekerja dalam tempoh pameran rang daftar pemilih tambahan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 18 2017

Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata permohonan pendaftaran sebagai pemilih itu terdiri daripada 157,373 pendaftaran pemilih baharu.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.
Duterte mungkin dipenjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadah.

Remaja perempuan hilang selepas ditegur leka bermain telefon ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lepas ditemukan selamat di rumah rakannya di Kuala Terengganu.
Tuduhan kompaun berat sebelah disifatkan fitnah, berniat jahat - Fahmi
Tuduhan kononnya kompaun yang dikenakan ke atas syarikat pemegang lesen membabitkan kes tiga penyampai radio sebagai berat sebelah sehingga menyebabkan Islam ditindas disifatkan sebagai fitnah yang berniat jahat.
70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan – PM
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
PM seru sektor swasta ambil sekolah angkat
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan swasta disaran untuk menghulurkan bantuan kewangan terhadap sekolah-sekolah yang memerlukan, terutamanya sekolah yang mempunyai fasiliti daif seperti tandas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Tengku Zafrul masih kekal ahli UMNO- Zahid Hamidi
Menurut Ahmad Zahid, beliau juga menasihati Tengku Zafrul agar tidak terburu-buru membuat sebarang keputusan dalam satu pertemuan empat mata minggu lalu.

PRN Sarawak: SPR adakan mesyuarat khas 24 November
Mesyuarat Khas SPR akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRU DUN seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, aftar pemilih yang akan digunakan dan persiapan lain.

SPR akur pengisytiharan darurat di Gerik, Bugaya
SPR akur dengan keputusan pengisytiharan darurat di Pilihan Raya Kecil (PRK) P.054 Gerik, Perak dan DUN N.66 Bugaya, Sabah.

PRN Sarawak: SPR bersedia dengan SOP lebih ketat
SPR bersedia jika Sarawak mengadakan pilihan raya negeri (PRN) pada bila-bila masa dengan SOP lebih ketat.

Slim Memilih: Hentikan aktiviti raih undi - SPR
Mana-mana pihak yang masih meraih undi dan berkempen pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, hari ini digesa supaya menghentikan aktiviti tersebut.

Abdul Ghani Salleh dilantik Pengerusi SPR yang baharu
Bekas Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh dilantik menjadi Pengerusi SPR yang baru berkuatkuasa 21 Ogos 2020.

SPR terima 214,118 permohonan pendaftaran pemilih suku kedua 2017
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sebanyak 214,118 permohonan pendaftaran sebagai pemilih dalam urusan pendaftaran pemilihan suku kedua (April, Mei dan Jun) tahun ini (2017).

SPR akui dakwat kekal tidaklah sekekal mana dalam laporannya
Dakwat kekal yang digunakan di dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU ke 13) didapati hilang apabila dicuci, menurut Laporan Post Mortem PRU ke 13.