Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengundang pemerhati pilihan raya antarabangsa bagi meninjau ketelusan proses pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang sepertimana yang dilakukan pada PRU terdahulu, kata Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.
Beliau berkata SPR juga melantik wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGO) tempatan sebagai pemerhati di samping pemerhati tetap yang terdiri daripada wakil-wakil calon yang juga merupakan anggota daripada parti-parti yang bertanding.
"Untuk pengetahuan, pada PRU ke-13 yang lepas, SPR telah mengundang pemerhati pilihan raya antarabangsa daripada beberapa negara.
"Pada PRU14 ini juga, SPR akan mengundang pemerhati-pemerhati pilihan raya untuk meninjau ketelusan proses pilihan raya. Mereka ini terdiri daripada pemerhati tempatan dan juga luar negara," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Beliau berkata sistem pilihan raya yang diamalkan di negara ini adalah telus dan adil serta tidak sepertimana yang digambarkan oleh pihak tertentu.
"Sikap pihak tertentu yang mempertikaikan ketelusan sistem pilihan raya menjelang PRU ke-14 dianggap satu usaha propaganda yang cuba mengelirukan rakyat dan pengundi," katanya.
Baru-baru inj, Timbalan Presiden Pakatan Harapan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan mencabar kerajaan supaya mengundang pasukan pemantau pilihan raya bebas daripada Sekretariat Komanwel dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memantau perjalanan PRU14.
Mohd Hashim berkata pemerhati tempatan terdiri daripada wakil-wakil NGO atau mana-mana organisasi tempatan yang layak serta berkecuali dan tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.
Bagi pemerhati antarabangsa pula, beliau berkata mereka daripada pelbagai negara yang mewakili negara-negara Komanwel, ASEAN dan lain-lain.
Mohd Hashim menjelaskan pemerhati tetap daripada parti-parti yang bertanding akan bertugas sebagai pemerhati barung untuk semakan SPR, Ejen Tempat Mengundi (ETM) yang bertugas sebagai pemerhati dalam tempat mengundi semasa proses pengundian berlangsung dan Ejen Mengira Undi (EMU) yang bertugas sebagai pemerhati semasa proses pengiraan undi dijalankan.
Beliau berkata wakil/ejen ini berperanan penting sebagai pemerhati dan pemantau bagi setiap proses pengundian dan pengiraan yang berlaku di Tempat Mengundi (saluran) secara langsung kerana mereka berada di dalam bilik pengundian dan pengiraan undi sepanjang masa iaitu dari awal pusat pengundian dibuka hinggalah kepada pengiraan kertas undi dijalankan.
"Bukan sahaja proses yang berlaku di dalam tempat mengundi bahkan di luar tempat mengundi juga terdapat ejen calon yang bertugas sebagai ejen pemerhati barung semakan daftar pemilih dan segala proses pilihan raya yang berlaku di dalam dan luar tempat mengundi itu adalah dalam pengetahuan mereka," katanya.
Sehubungan itu, Mohd Hashim berkata SPR akan memastikan semua calon yang bertanding pada PRU14 akan menghantar wakil/ ejen mereka bertugas semasa proses pilihan raya itu dijalankan.
"SPR akan hebahkan nama wakil/ejen yang bertugas pada hari tersebut supaya rakyat tahu bahawa proses pilihan raya berlaku dengan telus dan adil.
"Dengan kehadiran ejen-ejen calon sebagai pihak ketiga, ia merupakan bukti bahawa SPR tidak menafikan hak pemerhati untuk turut serta dalam proses pilihan raya.
"Parti-parti politik tidak wajar berasa bimbang dengan ketelusan proses pilihan raya sedia ada yang diamalkan di negara ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 03 2018
MOHD HASHIM: Untuk pengetahuan, pada PRU ke-13 yang lepas, SPR telah mengundang pemerhati pilihan raya antarabangsa daripada beberapa negara. -Foto BERNAMA
Mekanik maut terlanggar tayar ganti dalam kemalangan lima kenderaan
Seorang mekanik maut apabila motosikal ditunggangnya terlanggar tayar ganti sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Rembau.
Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
Copa del Rey: Real Madrid tanpa khidmat Mbappe, Bellingham di suku akhir
Ancelotti berkata, dua pemain utama itu akan menyertai Eduardo Camavinga, David Alaba dan Antonio Rudiger dalam senarai pemain tidak beraksi.
Konflik Gaza: Pertubuhan Islam Malaysia kecam cadangan Trump miliki Gaza
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama semua pertubuhan Islam di Malaysia mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang mendakwa negara itu akan mengambil alih dan memiliki Gaza melalui rancangan pembangunan semula.
Alliance Bank tawar program bantuan banjir kepada pelanggan terjejas
Alliance Bank mengumumkan Program Bantuan Banjir bagi membantu meringankan beban kewangan pelanggan yang terjejas akibat banjir yang melanda Sabah dan Sarawak.
Sukan SEA 2025: KBS sasar jumlah keseluruhan pingat, bukan mengikut warna - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengumumkan sasaran pingat berdasarkan jumlah pingat dan bukan mengikut warna pingat.
'Ini pembersihan etnik secara terang-terangan' - YB Indera Mahkota
Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Saifuddin Abdullah berkata kenyataan yang dikeluarkan Presiden Amerika Syarikat untuk mengambil alih Semenanjung Gaza bermotifkan pembersihan etnik. #AWANInews
Penduduk utara Sydney diminta didih air sebelum digunakan selepas bakteria E. coli dikesan
Majlis Perbandaran Central Coast keluarkan amaran kepada penduduk di 10 kawasan, kira-kira 50km utara Sydney, bekalan air mereka berpotensi tercemar.
Peguam Azhar Azizan dilantik Pengerusi SPR - KSN
Pelantikan tersebut telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, selaras dengan Fasal (3) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.
Tempoh perkhidmatan pengerusi SPR dipendekkan
Tempoh perkhidmatan Tan Sri Mohd Hashim Abdullah sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipendekkan berkuat kuasa 1 Julai ini.
Pengerusi SPR nafi hadir ke rumah bekas PM, lempar kata kesat
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah menafikan beliau telah hadir ke kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan mengeluarkan kenyataan kesat.
Lima negeri bentuk kerajaan negeri
Hashim berkata Barisan Nasional (BN) mendapat mandat semula untuk membentuk kerajaan negeri di Perlis dan Pahang.
8,253 pusat mengundi ditutup tepat 5 petang - Pengerusi SPR
Kesemua 8,253 pusat mengundi seluruh negara ditutup tepat pada 5 petang ini, sebagaimana diwartakan mengikut Akta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Pengerusinya Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.
Tepat pukul 5 petang ditutup, tiada lanjutan! - SPR
Tiada lanjutan tempoh pengundian walaupun barisan beratur panjang.
SPR akan siasat aduan undi pos tidak sampai
Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata pihaknya telah menerima aduan berhubung perkara ini dan memandang serius terhadapnya.
Jangan percaya mesej palsu di media sosial - SPR
Penyebaran pelbagai mesej palsu berbentuk video, teks dan gambar di media sosial kini semakin rancak menjelang hari pengundian PRU14.
Pemerhati antarabangsa pantau PRU14 tiba di Malaysia
Kumpulan pertama pemerhati dari Maldives yang diketuai Pengerusi Election Commission of Maldives Ahmed Shareef, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada 7.20 pagi tadi.
Bolehkah salinan laporan kehilangan MyKad diguna untuk mengundi?
Para pengundi yang kehilangan kad pengenalan masih boleh mengundi dengan membawa salinan laporan kehilangan kad pengenalan bergambar sebagai bukti pengenalan diri.