PETALING JAYA: Pengeluar air mineral terkemuka tempatan, Spritzer, melancarkan botol ikonik baharu yang lebih bergaya dan berketerampilan.
Ketua Kelestarian Spritzer Bhd Mohd Rizalman Mohd Ali berkata, inisiatif yang bertemakan 'New Look, New Purpose' itu adalah bagi menggalakkan pengguna mengitar semula botol.
“Wajah baharu Spritzer pada kali ini menampilkan lengkungan botol yang anggun dan moden, berbentuk seperti titisan air, bersama rekaan cengkaman ergonomik.
"Skim warna firus (turquoise) - gabungan warna biru dan hijau - pula mewakili kesucian alam semula jadi, ketenangan dan kedamaian
“Manakala logo korporat baharu diilhamkan oleh kawasan tadahan air seluas 390 ekar, yang terletak dalam persekitaran hutan hujan terpelihara di Taiping, Perak.
"Penampilan botol baharu ini bersifat lestari, yang bukan sahaja menggunakan bahan kitar semula sebagai bahan utama, malah botol itu sendiri boleh dikitar semula sepenuhnya 100 peratus.
“Ia bukan sahaja dapat memberi kitaran baharu terhadap pembungkusan, malah dapat mengurangkan pelepasan karbon secara langsung,” katanya.
Mohd Rizalman berucap pada Majlis Pelancaran Botol Ikonik Spritzer di Sunway Piramid, pada Khamis, yang turut dihadiri duta Spritzer, penyanyi dan pelakon terkenal Ayda Jebat dan Meerqeen.
Tambahnya, Spritzer terus melabur dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk berkongsi dengan pengguna mengenai manfaat kesihatan meminum air mineral semula jadi yang kaya dengan silika.
“Ini kerana, tidak semua air adalah sama. Air mineral Spritzer kaya secara semula jadi dengan silika yang dapat memberi banyak manfaat kepada kesihatan pengguna.
"Berdasarkan penyelidikan oleh Profesor Christopher Exley, ia membantu menghilangkan ketoksikan aluminium dari tubuh manusia.
“Pada masa sama, ia juga membantu mengoptimumkan sintesis kolagen dan membantu meningkatkan kesihatan jantung," kata Mohd Rizalman lagi.
Untuk maklumat lanjut mengenai manfaat silika, boleh layari di laman www.silicastory.com.
Dalam pada itu, beliau berkata, Spritzer berhasrat memperluaskan pasarannya menerusi pengeluaran botol ikonik baharu tersebut, bagi mengukuhkan kedudukan jenamanya di peringkat antarabangsa.
“Dengan rupa baharu dan pembungkusan mampan ini, sekali gus akan membantu mengukuhkan kedudukan Spritzer di pasaran antarabangsa,” katanya.
Sebelum ini, Spritzer menerima banyak pengiktirafan dan anugerah, termasuk Superior Taste Award oleh International Taste Institute dan merupakan air mineral pertama memenangi Diamond Taste Award di Malaysia.
Selain itu, pengiktirafan lain yang diterima termasuk anugerah platinum Reader's Digest Trusted Brands 2022 selama 21 tahun berturut-turut.
Eton Khir
Sun Jul 17 2022

Wajah baharu Spritzer menampilkan lengkungan botol yang anggun dan moden berbentuk seperti titisan air, bersama rekaan cengkaman ergonomik, kata Mohd Rizalman.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.

Spritzer berdepan tekanan kos akibat cukai perkhidmatan 8% - MIDF Research
MIDF Research bimbang kemungkinan tekanan inflasi ke atas perbelanjaan operasi Spritzer Berhad yang disebabkan peningkatan harga daripada pembekal akibat cukai perkhidmatan yang lebih tinggi.

Spritzer lancar botol ikonik mesra alam, kaya silika
Inisiatif yang bertemakan 'New Look, New Purpose' itu adalah bagi menggalakkan pengguna mengitar semula botol.

Lebih 30 tahun, air mineral Spritzer kekal relevan
Keunggulan air mineral jenama Spritzer sememangnya diiktiraf sehingga di peringkat antarabangsa.

Dua syarikat gergasi sumbang RM1 juta kepada Tabung Harapan
Spritzer Bhd dan Yee Lee Corporation Bhd secara keseluruhan menyumbang RM1 juta kepada Tabung Harapan hari ini.