Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) rancang perkenal 'livechat' di dalam 'mikrosite' Pusat Pencegahan Rasuah dan Etika (ACE), sebagai inisiatif pertingkat pengetahuan ramai mengenai jenayah rasuah.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Mustafar Ali berkata mikrosite yang dipautkan di dalam laman web rasmi SPRM dijangka mula diaktifkan penghujung tahun ini.
"Kalau sebelum ini kami memberikan ceramah, memang itu 'live' tetapi sekarang ini kami berinteraksi secara maya. Orang (berada jauh) beribu batu secara tidak langsung cepat mendapat maklumat," katanya dalam temu bual khas mengenai ACE.
ACE yang merupakan pusat khidmat nasihat dan rujukan amalan-amalan baik berkaitan pencegahan rasuah dilancar pada 6 Okt lepas sebagai satu inisiatif di bawah Program Transformasi SPRM.
Ia bertindak sebagai satu platform menyediakan pengetahuan, maklumat, kesedaran mengenai rasuah, dan juga keperluan pencegahan rasuah bagi sektor awam dan swasta.
Mustafar berkata buat masa ini, SPRM telah menjalin kerjasama dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), bagi berkongsi maklumat mengenai amalan terbaik, garis panduan dan kajian kes mengenai pencegahan rasuah dalam industri binaan.
Kerjasama serupa juga sedang dibincangkan dengan pemain industri kesihatan, katanya, dan menambah lebih banyak kerjasama serupa dengan pelbagai industri lain akan dijalin secara berperingkat.
"Apa yang akan ada di dalam ACE nanti, antara kandungannya ialah the maklumat asas mengenai apa itu rasuah, akibat rasuah, macam mana rasuah boleh berlaku.
"Kami juga akan paparkan amalan-amalan terbaik yang dikongsi pemain industri tempatan dan antarabangsa melalui kerjasama yang kami jalinkan, ia boleh berbentuk sebagai akta, antaranya Bribery Act-UK, Foreign Corruption Practice Act-US," katanya.
Ditanya mengenai tahap kesedaran orang ramai terhadap jenayah rasuah, Mustafar menarik perhatian, berdasarkan kajian dilakukan pihaknya kesedaran masyarakat menunjukkan peningkatan secara drastik.
"Misalnya, 30.5 peratus pelajar istitusi pengajian tinggi (IPT) pada tahun 2005 mengatakan sekiranya mereka ada peluang, mereka sanggup terima rasuah,
"Berganjak daripada situ dengan langkah-langkah yang kita buat, pada penghujung tahun lepas perubahan drastik berlaku iaitu hanya tinggal lebih kurang 10 sehingga 15 peratus sahaja daripada pelajar IPT yang mengatakan begitu," katanya.
Bernama
Thu Oct 29 2015

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Mustafar Ali berkata mikrosite yang dipautkan di dalam laman web rasmi SPRM dijangka mula diaktifkan penghujung tahun ini. - Gambar Fail

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Februari 2025
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Jemaah Menteri perlu terbuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AS jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Presiden Donald Trump menyatakan bahawa Kyiv tidak mempunyai kelebihan dalam rundingan.
AWANI Pagi: Meniti populariti di negara ASEAN kerana masakan Melayu
Bersama dua pempengaruh masakan di Selatan Thailand, Salee Style dan Chef Farn berkongsi bagaimana jambatan budaya menerusi bahasa Melayu dan masakan tradisi Melayu menjadikan kedua-duanya popular di platform media sosial di negara ASEAN sehingga meraih jutaan pengikut. Ikuti perkongsiannya, 7:30 pagi Sabtu.
AWANI Pagi: Sukan ekstrem | Pelancongan bagi mereka yang gemar aktiviti mendebarkan
Pelancongan sukan lasak menawarkan pengalaman mendebarkan meneroka pelbagai jenis laluan mencabar yang bersesuaian untuk penggemar adrenalin yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi sambil menguji ketangkasan dan keberanian mereka. Saksikan AWANI Pagi meneroka sektor pelancongan ini.

FAM perkenal bekas pemain kebangsaan Australia selaku penolong jurulatih Harimau Malaya
Tugas utama Miligan sudah pastinya membantu Cklamovski mempersiapkan pasukan menjelang aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat tarawih
Larangan ini diumumkan oleh Kementerian Urusan Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi baru-baru ini.

Penunjuk perasaan lanjutkan protes 'Indonesia Gelap' lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai -Indonesia Gelap-.

Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.

30 pencipta kandungan bergabung perangi cetak rompak atas talian
Antara yang terlibat termasuk Amazon, AMC Networks, BBC Worldwide, Netflix dan The Walt Disney Company.

SPRM akan perkenal 'livechat', pertingkat komunikasi dengan masyarakat - Mustafar Ali
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Mustafar Ali berkata mikrosite yang dipautkan di dalam laman web rasmi SPRM dijangka mula diaktifkan penghujung tahun ini.