PUTRAJAYA:Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipantau lima panel bebas bagi memastikan agensi itu telus tanpa campur tangan mana-mana pihak sekali gus memberi keyakinan kepada rakyat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata panel pertama merupakan panel penasihat yang bertanggungjawab menasihati dari segi dasar dan perjalanan SPRM manakala panel kedua ialah panel penilaian operasi yang memantau kes-kes SPRM termasuk memberi pandangan untuk sesuatu kes sebelum ditutup atau diteliti semula sekiranya mereka tidak berpuas hati.
Panel ketiga pula adalah panel pencegahan dan pemeriksaan yang menasihati tentang aktiviti pencegahan dan aktiviti pendidikan masyarakat SPRM manakala panel keempat merupakan jawatankuasa aduan yang memantau salah laku yang dilaporkan terhadap pegawai SPRM.
“Boleh dikatakan kami (SPRM) terbuka kepada sebarang aduan yang melibatkan salah laku pegawai kami.
“Panel terakhir ialah Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) yang melihat pencapaian SPRM sepanjang tahun dan membentangkan serta memberi nasihat kepada Perdana Menteri tentang prestasi SPRM pada tahun yang berkenaan,” katanya kepada Bernama pada temu bual khas baru-baru ini.
Azam berkata dengan wujudnya panel bebas yang bukan daripada pegawai kerajaan itu juga, boleh dikategorikan sebagai wakil kepada rakyat bagi memantau SPRM dari semasa ke semasa.
Beliau berkata masyarakat mahukan SPRM bertindak dengan cekap, profesional dan adil dalam mengendalikan kes-kes melibatkan rasuah dan salah guna kuasa.
“Saya tidak ingin mengatakan bahawa kami ini sempurna dalam menjalankan tugas kerana dalam isu-isu yang masyarakat timbulkan, SPRM sehabis baik akan cuba tanganinya. Contohnya, isu rasuah akibat pencemaran sungai dan dakwaan pencerobohan tanah haram,” katanya.
SPRM menyambut ulang tahun ke-53 semalam (1 Okt) sejak ditubuhkan pada tahun 1967 dan badan itu sebelum ini pernah dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebelum menjadi suruhanjaya bebas pada tahun 2009 dengan nama SPRM.
Suruhanjaya itu juga pernah menjadi agensi khas yang ditubuhkan bagi menjalankan penyiasatan dan penguatkuasaan di bawah Polis Diraja Malaysia dan pernah diletakkan sebagai unit khas di bawah Jabatan Perdana Menteri dalam memberi pendidikan dan kempen antirasuah kepada masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 02 2020
SPRM menyambut ulang tahun ke-53 pada 1 Okt sejak ditubuhkan pada tahun 1967. - Gambar fail
Peneraju baharu FAM mampu bawa Harimau Malaya ke peringkat lebih tinggi - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh optimis sekiranya Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayob dipilih peneraju baharu FAM.
Malaysia tekan kepentingan kerangka industri mineral di FMF25 - Nik Nazmi
Malaysia menekankan kepentingan kerangka industri mineral yang lestari dan keperluan untuk dunia menangani ketegangan geopolitik pada "Future Minerals Forum 2025" nanti.
Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar berlangsung di Langkawi
Luqman Hariz membawakan perkembangan semasa Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN di Langkawi .
Gencatan senjata Gaza: Semua pihak diseru ambil kesempatan bantu rakyat Palestin - Mujahid
Semua pihak diseru mengambil kesempatan daripada perjanjian gencatan senjata di Gaza dengan bersiap sedia membawa misi bantuan kemanusiaan ke Palestin.
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka lengkap dalam tempoh enam bulan
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka dilengkapkan dalam tempoh enam bulan.
Warga emas rugi RM500,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian RM500,000 apabila terpedaya pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan.
AWANI Ringkas: Polis sahkan ada dadah dalam darah empat mangsa maut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Imigresen serbu penempatan pekerja asing, tahan 76 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 76 pendatang tanpa izin dalam serbuan di penempatan pekerja asing di Shah Alam dan Kajang.
Suatu pembaziran jika ASEAN gagal kerjasama mendepani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.
Op Sky: Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM
Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM pada Jumaat berhubung sindiket pinjaman membabitkan mangsa penjawat awam.
Malaysia perlu pelan pelaburan jangka panjang
Jika pada Januari lepas, ramai pemimpin korporat antarabangsa telah mengkritik kerajaan PN secara terbuka di LinkedIn atas kemerosotan negara dalam menarik pelaburan.
SPRM dipantau lima panel bebas, telus tanpa campur tangan mana-mana pihak
Azam berkata dengan wujudnya panel bebas yang bukan daripada pegawai kerajaan itu juga, boleh dikategorikan sebagai wakil kepada rakyat bagi memantau SPRM dari semasa ke semasa.
Astro AWANI, Karim Raslan 'on fire' - Netizen
Astro AWANI komited dalam memberi liputan yang komprehensif kepada penonton.
Syarikat penyelenggaraan diminta periksa panel elektrik pada katil hospital
Jabatan Kesihatan Perak meminta syarikat penyelenggaraan pendawaian memeriksa panel di katil pesakit bagi hospital yang berusia lebih 10 tahun di negeri ini.
TMI disekat kerana laporan bercanggah mengenai panel SPRM - Salleh
Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, laporan berita tersebut yang memetik sumber, mengelirukan kerana ia bercanggah dengan kenyataan rasmi SPRM.
Dua kenyataan Johan Jaaffar sebelum perletakan jawatan dari MPB
Dua kenyataan yang dikeluarkan Tan Sri Johan Jaaffar sebelum mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Pengerusi Media Prima Berhad pada Khamis.
Laporan nahas genting didedahkan kepada umum
Orang ramai dijemput membaca laporan penuh berhubung nahas bas terjunam di Genting Highlands pada 21 Ogos tahun lalu.