PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan kewujudan aktiviti rasuah dalam industri sukan negara terutama dalam aspek pengurusan dana.
Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk Razim Mohd Noor, berkata kegiatan itu didalangi individu yang tamak dan mahu mendapatkan wang dengan cara mudah.
"Bagi mereka yang tamak atau (hendak) cara mudah dapatkan duit, (menyebabkan) tujuan dana tu tidak sampai kepada golongan sasaran.
"Apa yang penting di sini antara hasilnya ialah ada yang timbalan pendakwa raya bersetuju bawa ke mahkamah tetapi yang banyaknya terdapat kelemahan-kelemahan dalam tadbir urus persatuan-persatuan sukan berkenaan," katanya dilaporkan Bernama.
Beliau berkata demikian selepas Program Antirasuah Pengurusan Bantuan Dana Kerajaan Kepada Badan Sukan 2022 (Bantuan Pengurusan dan Program), di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Penolong Pesuruhjaya Sukan Hatta Mohd Yasin.
Mengulas lanjut, Razim berkata SPRM juga bersedia membantu dan memberi kerjasama kepada badan atau persatuan sukan yang mahu memperkemaskan sistem dan tadbir urus mereka.
"Antara tugas SPRM ialah menasihati mana-mana pihak untuk memperkemaskan sistem dan prosedur mereka bagi menutup ruang dan peluang dari berlakunya kejadian rasuah," katanya.
Sementara itu, Razim dalam ucapannya berkata tindakan tegas berdasarkan undang-undang akan diambil jika berlaku sebarang bentuk salah laku jenayah rasuah, salah guna kuasa mahupun penyelewengan oleh mana-mana pihak dalam pentadbiran badan sukan negara.
"Saya ingin mengingatkan kepada semua badan sukan agar tidak melindungi mana-mana ahli yang dikesan terlibat dengan jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa tidak kira sama ada kecil atau besar jumlahnya serta tidak kira juga sama ada yang terlibat itu adalah kepimpinan tertinggi mahupun ahli-ahli badan sukan," katanya.
Dalam pada itu, Hatta berkata, sebanyak 828 persatuan dan badan sukan dibatalkan pendaftarannya oleh Pesuruhjaya Sukan (PJS) setakat lapan bulan pertama tahun ini kerana didapati tidak aktif.
Beliau berkata sejak 2014, daripada 12,263 badan sukan yang berdaftar di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia, lebih 3,000 persatuan dan badan sukan dari pelbagai peringkat sudah dibatalkan pendaftarannya.
"Statistik menunjukkan kira-kira dalam 800 (dibatalkan), disebabkan (antaranya) tadbir urus, tidak menghantar laporan dalam tempoh masa lama, lebih dari tiga tahun.
"Apabila dibatalkan, kesannya ialah persatuan terlibat tidak lagi boleh menghantar atlet mereka untuk bertanding dan bila dah dibatalkan, dari segi kewangan pun dibekukan juga," katanya
Hatta berkata sebelum pembatalan dibuat, pihak PJS terlebih dahulu menghantar surat peringatan kepada badan dan persatuan terlibat untuk menghantar laporan dan dokumen diminta.
Astro Awani
Sun Sep 25 2022

SPRM bersedia membantu dan memberi kerjasama kepada badan atau persatuan sukan yang mahu memperkemaskan sistem dan tadbir urus mereka. - Gambar hiasan

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini
Prabowo disebut akan menggantikan Menteri Pendidikan Tingghi, Sains dan Teknologi, Satryo Soemantri Brodjonegoro dari jawatannya.

Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

CEO, Pengerusi Able Global bebas tahanan reman SPRM
Able Global Bhd (Able Global) mengesahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Edward Goh Swee Wang dan Pengerusi Ng Keng Hoe sudah dibebaskan daripada tahanan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (S

Kes salah laku DBKL: Tiada elemen jenayah, wujud kelemahan tatakelola - Azam Baki
Tiada elemen jenayah didapati berlaku berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat DBKL yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.

SPRM main peranan aktif dalam pindaan Akta Perlindungan pemberi maklumat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memainkan peranan aktif dalam usaha meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang kini di peringkat sesi libat urus.

Op Sky: SPRM akan panggil 5 hingga 10 lagi saksi, siasatan lengkap sebulan lagi
Siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan serta pegawai di beberapa institusi kewangan dalam Op Sky dijangka selesai dalam tempoh sebulan.

Tuntutan palsu: Ketua balai bomba di Perlis dilepaskan dengan jaminan SPRM
Penjawat awam lelaki berusia 49 tahun itu dilepaskan pada Jumaat, namun siasatan terperinci mengenai kes itu masih diteruskan SPRM Perlis.

Penggubal undang-undang main peranan pastikan kawalan dana politik telus - Azam Baki
Azam berkata kawalan secara telus dan berintegriti itu perlu memandangkan politik wang boleh membawa kepada risiko penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.

SPRM tahan dua lagi individu disyaki terbabit tuntutan palsu RM2.6 juta
Menurut sumber, kedua-dua suspek ditahan antara 7 malam hingga 11 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

SPRM reman CEO Able Global bagi mudahkan siasatan rasuah
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Eksekutif Able Global Bhd, Edward Goh Swee Wang, direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).