KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan aktiviti penyelewengan pemberian subsidi kepada petani-petani yang menjual beras tempatan ke kilang-kilang yang dilesenkan.
Sumber berkata, sehubungan itu, lima kilang di Kedah telah diserbu SPRM semalam bagi mengesan aktiviti penyelewengan pemberian subsidi beras tempatan tersebut.
Menurut sumber, modus operandi yang dipercayai digunakan sindiket ini ialah dengan menipu resit-resit pembelian padi di kilang-kilang terbabit.
"Ini melibatkan tiga pihak iaitu petani, pengilang dan wakil sebuah syarikat yang menjaga industri padi dan beras tempatan, yang bertanggungjawab dalam memastikan jumlah padi yang dibeli dari petani seimbang dengan jumlah subsidi yang dibayar," katanya.
Kata sumber itu, penyelewengan dalam tuntutan subsidi ini disyaki berlaku apabila jumlah berat padi yang dijual di kilang adalah tidak sama dengan nilai subsidi yang dibayar kepada petani.
"Resit-resit pembelian padi dan jumlah berat padi disyaki sengaja dipalsukan dengan melipatgandakan jumlah berat padi yang dijual," ujar sumber itu.
Difahamkan subsidi yang dibayar oleh kerajaan melalui Bernas ialah sebanyak RM500 bagi setiap tan padi yang dijual di kilang manakala pihak kilang membeli daripada petani dengan harga RM1.25 sekilogram.
"Ini bermaksud sekiranya, seorang petani menjual satu tan beras kepada pengilang, mereka akan menerima RM1,250 dan RM500 daripada jumlah tersebut merupakan subsidi daripada kerajaan," jelasnya.
Tambah sumber itu lagi, jumlah subsidi yang diperuntukkan kerajaan ialah sebanyak RM600 juta setahun namun masih terlalu awal untuk merumuskan jumlah sebenar ketirisan subsidi yang berlaku.
Selain itu, sumber turut mendedahkan bahawa terdapat penyelewengan yang dilakukan oleh pengilang yang mencampurkan beras tempatan dengan beras import dan dijual dengan harga beras import.
"Ini jauh lebih menguntungkan berbanding harga beras tempatan yang dikawal kerajaan.
"Salah satu lagi faktor yang menjadi punca kekurangan beras tempatan ialah sikap pengilang yang menyimpan dan menyorokkan beras-beras tempatan kononnya menunggu pelarasan harga oleh kerajaan. Mereka memberi alasan beras tersebut disimpan ialah disebabkan tiada ejen yang mahu membeli beras tersebut," katanya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan tindakan yang diambil SPRM berhubung perkara ini namun menjelaskan masih terlalu awal untuk merumuskan perkara ini dan kes disiasat di bawah seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Astro Awani
Thu Oct 12 2023

Lima kilang di Kedah telah diserbu SPRM semalam bagi mengesan aktiviti penyelewengan pemberian subsidi beras tempatan.

SVG Worldwide SS25 mendefinisikan semula fesyen jalanan Malaysia
Ashraf Anuar mencipta fenomena dalam dunia streetwear dengan koleksi yang diberi judul "The Journey."

“Nak beli baju raya? Rancang kewangan terlebih dahulu!” - Pakar
Boleh bergaya tapi jangan terjebak dengan hutang, nasihat Ketua Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya.
Malaysia harus percepatkan pertumbuhan produktiviti
Produktiviti Malaysia telah menunjukkan pertumbuhan bagaimanapun tidak cukup pantas terutamanya jika dibandingkan dengan negara lain yang pernah berada pada kedudukan sama, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beberapa kerjasama baharu Malaysia-Bahrain dijangka dimeterai sebelum Mei - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa kerjasama yang dibincangkan dalam lawatan rasmi pertamanya ke Bahrain termasuk berkaitan teknologi kewangan dijangka dimeterai sebelum Mei ini.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.
#AWANIRingkas 21 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 21 Februari 2025
1️⃣ Syarat menjadi jururawat lebih longgar
2️⃣ Pembinaan Terminal 3 KLIA bersyarat
3️⃣ Tolak usaha pindah Palestin secara paksa
#awaniringkas
1️⃣ Syarat menjadi jururawat lebih longgar
2️⃣ Pembinaan Terminal 3 KLIA bersyarat
3️⃣ Tolak usaha pindah Palestin secara paksa
#awaniringkas

TikTok LIVE Malaysia lancar kempen #BersamaDiRamadanRaya sempena musim perayaan
Inisiatif musim perayaan itu berlangsung selama lapan minggu dengan merubah platform tersebut menjadi hab yang meriah dengan reka bentuk baharu.
AWANI Pagi: Merancang kewangan 2025: Persiapan raya dan keperluan sekolah
Tahun ini, cabaran besar menanti keluarga apabila musim persekolahan bertembung dengan sambutan Ramadan dan Aidilfitri.
Bagaimana hadapi cabaran-cabaran ini menguruskan kewangan? Bersama Prof. Dr.Nurul Shahnaz Ahmad Mahdzan, Profesor di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM), membincangkan mengenai perancangan kewangan 2025 melihat kepada persiapan Aidilfitri dan keperluan sekolah.
Bagaimana hadapi cabaran-cabaran ini menguruskan kewangan? Bersama Prof. Dr.Nurul Shahnaz Ahmad Mahdzan, Profesor di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM), membincangkan mengenai perancangan kewangan 2025 melihat kepada persiapan Aidilfitri dan keperluan sekolah.

Boikot berterusan Starbucks, Maybank IB potong unjuran pendapatan Berjaya Food RM95 juta pada FY25
Katanya, kerugian bersih teras kumpulan pada 2QFY25 sebanyak RM31 juta menjadikan kerugian bersih teras 1HFY25 kepada RM65 juta.

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Malaysia terus perjuangkan isu kezaliman terhadap Palestin - PM Anwar
Malaysia akan terus bersuara memperjuangkan isu rakyat dan Palestin yang sedang berdepan kezaliman dan kekejaman, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Azmi Kamaruzaman dilantik Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM yang baharu
Datuk Azmi Kamaruzaman dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) suruhanjaya berkenaan berkuat kuasa 13 Februari lepas.

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat: Benarkan wakil rakyat terima aduan salah laku - Peguam
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat perlu dipinda dengan memberikan kuasa kepada wakil rakyat untuk menerima maklumat.

Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

CEO, Pengerusi Able Global bebas tahanan reman SPRM
Able Global Bhd (Able Global) mengesahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Edward Goh Swee Wang dan Pengerusi Ng Keng Hoe sudah dibebaskan daripada tahanan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (S

Kes salah laku DBKL: Tiada elemen jenayah, wujud kelemahan tatakelola - Azam Baki
Tiada elemen jenayah didapati berlaku berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat DBKL yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.

SPRM main peranan aktif dalam pindaan Akta Perlindungan pemberi maklumat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memainkan peranan aktif dalam usaha meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang kini di peringkat sesi libat urus.

Op Sky: SPRM akan panggil 5 hingga 10 lagi saksi, siasatan lengkap sebulan lagi
Siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan serta pegawai di beberapa institusi kewangan dalam Op Sky dijangka selesai dalam tempoh sebulan.