Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 20 Mac untuk membuat keputusan berhubung permohonan bagi kes pengubahan wang haram lebih RM32 juta dihadapi bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Teo Chee Kong dibicarakan serentak dengan kes tiga lagi bekas pegawai JANS.
Hakim Datuk Nurchaya Arshad menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman mengemukakan permohonan itu.
Sebelum ini, dua bekas Pengarah JANS Awang Mohd Tahir Mohd Talib, 54, dan Fauziah Piut, 51, serta bekas Timbalan Pengarah JANS Lim Lam Beng, 62, mengaku tidak bersalah atas 37 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM61.57 juta.
Teo yang diwakili peguam Roland Cheng, Nelson Anggang dan Ram Sing menghadapi 146 pertuduhan pengubahan wang haram lebih RM32 juta berkaitan projek di Jabatan Air Negeri Sabah sejak 2010 hingga 2016.
Sebanyak 78 pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 iaitu memiliki 70 bidang tanah hasil aktiviti haram melalui 78 transaksi bernilai RM12,705,203.
Sejumlah 68 pertuduhan di bawah Seksyen 4 (1) (b) akta sama iaitu enam kesalahan memiliki wang tunai hasil aktiviti haram berjumlah RM7,930,810 dan 62 kesalahan memiliki wang dalam akaun bank hasil aktiviti haram di lapan institusi kewangan berjumlah RM12,287,240.
Mahkamah turut menetapkan 20 Mac untuk membuat keputusan bagi notis usul pengeluaran filem kamera litar tertutup (CCTV), buku pendaftaran lokap dan dokumen berkaitan ketika proses reman yang difailkan oleh Teo, 52, dan ditolak oleh Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 20 2018

Sebanyak 78 pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001. - Gambar hiasan
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.
PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurusan bazar memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Pasangan 'instafamous' beri alasan palsu rentas negeri untuk berbulan madu - Polis
Polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 22(d) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

SPRM mohon kes empat bekas pegawai JANS dibicara serentak
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 20 Mac untuk membuat keputusan berhubung permohonan bagi kes pengubahan wang haram lebih RM32 juta.