Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan bahawa ia telah memulakan siasatan berhubung isu Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) yang melibatkan beberapa individu dalam organisasi tersebut.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Azam Baki berkata pegawai SPRM juga telah menggeledah ibu pejabat FGV semalam dan merampas dokumen-dokumen yang berhubung kait dengan siasatan kes tersebut bagi membantu siasatan.
“SPRM kini dalam proses mengkaji dokumen-dokumen yang dirampas untuk mengumpul bukti-bukti berhubung siasatan tersebut sebelum tindakan lanjut diambil.
“Sehubungan itu, SPRM juga akan mula memanggil saksi-saksi dan individu-individu terlibat bagi membantu siasatan dalam tempoh terdekat.
"Siasatan SPRM tertumpu kepada enam isu yang melibatkan FGV dan kesemua isu itu akan dikaji secara terperinci untuk memastikan sama ada wujudnya unsur rasuah dan salahguna kuasa sebelum tindakan lanjut diambil mengikut peruntukan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
SPRM turut meminta semua pihak untuk memberikan masa dan ruang kepada pasukan penyiasat dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
T K Letchumy Tamboo
Fri Jun 09 2017

SPRM hari ini mengesahkan bahawa ia telah memulakan siasatan berhubung isu FGV yang melibatkan beberapa individu dalam organisasi tersebut. - Foto Astro AWANI/ Shahir Omar

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

SPRM sahkan siasatan terhadap FGV telah dimulakan
SPRM hari ini mengesahkan bahawa ia telah memulakan siasatan berhubung isu FGV yang melibatkan beberapa individu dalam organisasi tersebut.

SPRM tahan leftenan kolonel terlibat rasuah
SPRM telah menangkap seorang pegawai tentera berpangkat leftenan kolonel yang bertugas di Unit Senggaraan Zon Timur, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan (BPKP) di bawah Wisma ATM.

Rasuah: Agensi agama tidak terlepas daripada siasatan - Azam
Agensi agama tidak akan terlepas daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika didapati terdapat unsur rasuah dan salah laku dalam organisasi berkenaan.

SPRM tahan 3 individu menyamar pegawai SPRM
SPRM menahan tiga individu termasuk seorang wanita kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan menyamar sebagai pegawai SPRM yang kononnya boleh menutup kes berkaitan rasuah dan penggubahan wang haram.

Jangan terpedaya orang menyamar sebagai pegawai SPRM - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berharap orang ramai tidak terpedaya dengan individu yang menyamar sebagai pegawai agensi itu bagi menyelesaikan kes berkaitan rasuah.

Lagi penjawat awam akan didakwa kes rasuah
SPRM telah menahan seorang Penolong Pegawai Tanah, Pejabat Tanah Daerah Johor dan akan dituduh di Mahkamah Sesyen Johor esok atas kesalahan meminta suapan.

Kes rasuah KSU: Apa yang kita tahu?
Siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan seorang pegawai tinggi sebuah kementerian telah mengisi tajuk utama #HariIni8 sejak minggu lalu.

Kes rasuah KSU: SPRM rampas wang tunai RM550,000 lagi
SPRM merampas wang tunai kira-kira RM550,000 lagi dari rumah Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) disyaki terlibat dalam rasuah, yang ditahan pada Rabu lalu.

Kes rasuah KSU: SPRM rampas dokumen di pejabat
SPRM merampas sejumlah dokumen disyaki mempunyai maklumat berhubung kegiatan KSU KKLW disyaki terlibat dalam rasuah, yang ditahan pada Rabu lalu.

Rasuah: SPRM sahkan KSU yang ditahan dari KKLW
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan individu yang ditahan pagi tadi dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).