Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata pihaknya sedang menyiasat beberapa lagi kes rasuah dan salah guna kuasa termasuk kes berprofil tinggi di negara ini.
Tanpa memberi butiran lanjut, Dzulkifli berkata setiap minggu SPRM menyiasat kes-kes baharu selain beberapa kes yang sedang menunggu kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara untuk pendakwaan di mahkamah.
"Kita tunggu lah...jadi orang tertanya-tanya...kalau saya dah bagi tahu, tak saspens...ini yang sebenarnya menjadi kegerunan bagi mereka yang terlibat dengan rasuah. Adakah mereka disiasat minggu hadapan atau bagaimana," katanya kepada pemberita sempena Program Ziarah Kasih SPRM Siri 4/2017 di sini pada Ahad.
Kira-kira 5,000 pengunjung menghadiri program yang dirasmikan Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan itu.
Dzulkifli berkata, usaha membanteras rasuah dan salah guna kuasa yang dijalankan agensi itu bukan usaha eksklusif SPRM sahaja tetapi usaha bersama melibatkan seluruh rakyat Malaysia untuk memastikan negara ini bebas daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa.
Menurut Dzulkifli, SPRM merupakan agensi kerajaan yang mewakili rakyat secara keseluruhan untuk memastikan jentera kerajaan sama ada di peringkat persekutuan atau negeri melaksanakan tugas yang diamanahkan tanpa rasuah dan salah guna kuasa.
Justeru tegasnya, rakyat tidak perlu risau dan takut kerana yang menggeruni SPRM hanyalah mereka yang terlibat dengan kegiatan-kegiatan tidak bermoral itu.
"Kita memberi jaminan kepada rakyat, bahawa SPRM akan bertindak bagi pihak rakyat...sekiranya terdapat pengkhianatan amanah rakyat tersebut, mengkhianati tugas dan tanggungjawab dengan terlibat rasuah dan salah guna kuasa, maka kami di SPRM tidak teragak-agak mengambil tindakan mengheret mereka ke muka pengadilan," jelasnya.
Beliau mengajak rakyat di negara ini khususnya di negeri Sabah supaya bersatu untuk memerangi rasuah dan salah guna kuasa kerana rasuah boleh melumpuhkan sistem pentadbiran negara sekiranya dibiarkan.
Sementara itu, Dzulkifli berkata keanggotaan Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) yang dilancarkan 1 Ogos lepas kini mencecah 100,000 orang sekali gus membuktikan usaha berterusan agensi itu memerangi rasuah dan salah guna kuasa mendapat sokongan padu seluruh lapisan rakyat.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pengamal media yang disifatkan turut bersama dengan agensi itu untuk memerangi gejala rasuah dan salah guna kuasa di negara ini.
"Sebenarnya tanpa media, impak kepada program yang SPRM laksanakan tidak ke mana. Tetapi disebabkan media, maka semua rakyat tahu tentang usaha-usaha yang kita lakukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 12 2017
![SPRM siasat beberapa lagi kes rasuah berprofil tinggi SPRM siasat beberapa lagi kes rasuah berprofil tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/61507791431_DatukDzulkifliAhma.jpg)
Dzulkifli mengajak rakyat di negara ini bersatu memerangi rasuah dan salah guna kuasa kerana rasuah boleh melumpuhkan sistem pentadbiran negara sekiranya dibiarkan. -Gambar fail
![Piala EFL: Pesona Salah bawa Liverpool ke final Piala EFL: Pesona Salah bawa Liverpool ke final](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738888349_CarabaoCup.jpg)
Piala EFL: Pesona Salah bawa Liverpool ke final
Pasukan bimbingan Ange Postecoglou tidak dapat mengekang The Reds untuk ke final dengan kelebihan agregat 4-1.
![[KOLUMNIS] Perjuangan tanpa henti Malaysia bela nasib Palestin, bangunkan semula Gaza [KOLUMNIS] Perjuangan tanpa henti Malaysia bela nasib Palestin, bangunkan semula Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738854256_AnwarIbrahimPales.jpg)
[KOLUMNIS] Perjuangan tanpa henti Malaysia bela nasib Palestin, bangunkan semula Gaza
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memainkan peranan penting dalam memperjuangkan Palestin di peringkat global.
!['Gaza bukan milik Israel, Gaza milik Palestin' - Bekas PM Israel 'Gaza bukan milik Israel, Gaza milik Palestin' - Bekas PM Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738886338_TBEhudOlmert.jpg)
'Gaza bukan milik Israel, Gaza milik Palestin' - Bekas PM Israel
Ehud Olmert tolak cadangan Donald Trump untuk "mengambil alih" Gaza.
![Trump tandatangan perintah eksekutif kuasa sekatan terhadap ICC Trump tandatangan perintah eksekutif kuasa sekatan terhadap ICC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737420878_tbPresidentDonaldT.jpg)
Trump tandatangan perintah eksekutif kuasa sekatan terhadap ICC
Tindakan tersebut diambil susulan ICC mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Perak larang penjualan, penggunaan minuman keras
Perak melarang penjualan dan penggunaan minuman keras di semua lokasi perarakan pedati semasa sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh, Ipoh dari 10 hingga 12 Februari ini.
![Ops Sapu: Imigresen berkas 28 PATI di 10 premis di Ipoh Ops Sapu: Imigresen berkas 28 PATI di 10 premis di Ipoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738881205_TBpati.jpg)
Ops Sapu: Imigresen berkas 28 PATI di 10 premis di Ipoh
Ops Sapu itu dilaksanakan di 10 premis di Ipoh bermula Selasa malam hingga Rabu pagi.
55 rumah diroboh dalam operasi koloni setinggan di Kota Kinabalu
Sebanyak 55 rumah setinggan dirobohkan dalam operasi perobohan koloni setinggan di Kota Kinabalu pada khamis bagi membanteras jenayah dan memastikan keselamatan serta keselesaan penduduk sekitar.
Penyeludupan tanaman hiasan bernilai rm1.25 juta tumpas
Pasukan Gerakan Am (PGA) briged tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan tanaman hiasan dari thailand apabila merampas sebuah lori yang membawa pelbagai jenis anak pokok bunga bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang pada Khamis.
Presiden Iran sahkan tidak bangunkan senjata nuklear
Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, menegaskan Iran tidak mengejar senjata nuklear dan proses pengesahan adalah mudah. Kenyataannya dibuat selepas Donald Trump nyatakan hasrat perjanjian damai nuklear.
![Belanda larang penjawat awam guna DeepSeek Belanda larang penjawat awam guna DeepSeek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738881141_TBDeepseek.jpg)
Belanda larang penjawat awam guna DeepSeek
Larangan itu dikenakan oleh Setiausaha Negara bagi Hubungan Kerajaan dan Digitalisasi, Zsolt Szabo, atas alasan kemungkinan aktiviti perisikan.
![Bekas Pesuruhjaya SPRM 'intai' kerusi Parlimen Tasek Gelugor? Bekas Pesuruhjaya SPRM 'intai' kerusi Parlimen Tasek Gelugor?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71655645238_TBDzulkifli.jpg)
Bekas Pesuruhjaya SPRM 'intai' kerusi Parlimen Tasek Gelugor?
Tan Sri Dzulkifli Ahmad dikhabarkan akan bertanding di kerusi Parlimen Tasek Gelugor pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
![Dzulkifli Ahmad tidak tolak kemungkinan sertai parti politik Dzulkifli Ahmad tidak tolak kemungkinan sertai parti politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71655645238_TBDzulkifli.jpg)
Dzulkifli Ahmad tidak tolak kemungkinan sertai parti politik
Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad tidak menolak kemungkinan menyertai mana-mana parti politik.
![Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak tolak bertanding PRU15 Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak tolak bertanding PRU15](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61653204317_TBDzulkifliAhmad.jpg)
Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak tolak bertanding PRU15
Jika rakyat Tasek Gelugor mahu beliau bertanding, Dzulkifli bersedia untuk memikul tanggungjawab itu.
![Perbicaraan SRC: Wang masuk ke akaun Najib tidak semestinya bawa maksud kesalahan - Saksi Perbicaraan SRC: Wang masuk ke akaun Najib tidak semestinya bawa maksud kesalahan - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/41543998626_TBDzulkifli.jpg)
Perbicaraan SRC: Wang masuk ke akaun Najib tidak semestinya bawa maksud kesalahan - Saksi
Saksi memberitahu, wang yang masuk ke akaun Najib tidak semestinya bermaksud satu kesalahan, jika dia tidak mengetahui mengenainya.
![Pendedahan audio: Latheefa gembira dengan komitmen pihak polis Pendedahan audio: Latheefa gembira dengan komitmen pihak polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/81578313777_LatheefaKoya.jpg)
Pendedahan audio: Latheefa gembira dengan komitmen pihak polis
Latheefa Koya harap polis percepatkan siasatan berhubung rakaman audio yang dipercayai membabitkan beberapa individu termasuk bekas Perdana Menteri. Datuk Seri Najib Tun Razak.
![Bila saya tengok benda tu rasa macam nak nangis - Transkrip perbualan dipercayai antara Dzulkifli Ahmad dan Najib Bila saya tengok benda tu rasa macam nak nangis - Transkrip perbualan dipercayai antara Dzulkifli Ahmad dan Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/41578485115_NajibTunRazakDzu.jpg)
"Bila saya tengok benda tu rasa macam nak nangis" - Transkrip perbualan dipercayai antara Dzulkifli Ahmad dan Najib
Berikut transkrip perbualan yang dipercayai antara bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad bersama-sama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
![You are the Prime Minister, you should take charge ... - Audio rakaman dipercayai mirip suara Rosmah, Najib You are the Prime Minister, you should take charge ... - Audio rakaman dipercayai mirip suara Rosmah, Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/51578475633_NajibRosmah.jpg)
"You are the Prime Minister, you should take charge ..." - Audio rakaman dipercayai mirip suara Rosmah, Najib
Berikut transkrip perbualan yang dipercayai antara Najib Razak dan Rosmah Mansor berdasarkan rakaman perbualan yang didedahkan oleh SPRM.
![SPRM dedahkan 9 rakaman audio 'mengejutkan' tentang dakwaan konspirasi SPRM dedahkan 9 rakaman audio 'mengejutkan' tentang dakwaan konspirasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/51578454385_LatheefaKoya.jpg)
SPRM dedahkan 9 rakaman audio 'mengejutkan' tentang dakwaan konspirasi
Klip audio berkaitan perbualan melibatkan isteri Najb, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas ketua SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad, seorang tokoh asing dan beberapa individu lain.
![9 rakaman dakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi didedah oleh SPRM 9 rakaman dakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi didedah oleh SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/51578454385_LatheefaKoya.jpg)
9 rakaman dakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi didedah oleh SPRM
SPRM dedah sembilan set rakaman percakapan selama 45 minit yang didakwa konspirasi jenayah pada peringkat tertinggi.
![Siasatan pinda laporan audit 1MDB dijangka siap sebelum akhir tahun Siasatan pinda laporan audit 1MDB dijangka siap sebelum akhir tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/81460025463_OneMDB.jpg)
Siasatan pinda laporan audit 1MDB dijangka siap sebelum akhir tahun
SPRM menjangkakan kertas siasatan laporan Jabatan Audit Negara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini untuk diserahkan kepada Peguam Negara.