Mereka disyaki mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu bagi memperoleh tuntutan Elaun Latihan berjumlah kira-kira RM26,000.
Perintah reman selama enam hari bermula 21 sehingga 26 Januari 2025 telah dikeluarkan Majistret Nabilah Nizam selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret 1, Melaka pagi Rabu.
Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia 30 dan 40-an itu ditahan kira-kira jam 5.30 petang Isnin ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka.
“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2023 serta menerima wang rasuah secara tunai dan melalui transaksi pindahan ke akaun bank.
“Kedua-dua suspek juga disyaki mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu bagi memperoleh tuntutan Elaun Latihan Kem Tahunan beberapa anggota sedangkan anggota-anggota tersebut tidak hadir latihan tersebut,” katanya.
Sementara itu Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.