KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah, Cawangan Tawau menahan sembilan kontraktor yang didakwa telah melakukan kesalahan mengemukakan penyata bank palsu di sebuah pejabat kerajaan di Semporna.
Menurut Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy, suspek yang ditahan berusia dalam lingkungan umur 29 hingga 56 tahun dipercayai melakukan kesalahan itu pada 2017 atas dasar mendapatkan sebut harga berkaitan kontrak pengurusan kantin dua tahun bernilai lebih RM200,000.
"Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan.
"Semua kontraktor terbabit yang terdiri daripada empat wanita dan lima lelaki ditahan pada pagi Isnin di pejabat SPRM Cawangan Tawau," katanya.
Beliau berkata, kesemua suspek akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah Tawau, Sabah dalam masa terdekat.
Terdahulu, kes yang sama turut direkodkan oleh SPRM Cawangan Keningau pada Jumaat membabitkan dua kontraktor berusia 25 hingga 32 tahun.
Mereka dikehendaki kerana terlibat dengan pemalsuan penyata bank berjumlah RM5 juta bagi mendapatkan tender perkhidmatan pembekalan makanan bagi sekolah asrama rendah dan menengah di negeri itu.
Astro Awani
Mon Mar 28 2022
SPRM Sabah menahan sembilan kontraktor yang didakwa telah melakukan kesalahan mengemukakan penyata bank palsu di sebuah pejabat kerajaan di Semporna. - Gambar hiasan
FBM KLCI dijangka antara 1580 - 1600 mata
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangkakan pelabur fokus pada sektor pembinaan, utiliti, dan teknologi berikutan sentimen positif dan perkembangan terkini dalam sektor-sektor tersebut.
Ringgit dijangka diniagakan pada 4.40-4.45 berbanding dolar AS minggu ini
Perkembangan perdagangan dan sentimen risiko yang meluas dijangka mempengaruhi ringgit yang diunjur diniagakan dalam julat 4.40-4.45 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan.
Operasi pencarian remaja dikhuatiri lemas jatuh sungai diteruskan
Operasi diteruskan jam 8 pagi ini dengan kekuatan enam anggota dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Jitra.
Jangkaan dividen KWSP 2024: Tinggi atau konservatif?
Pencarum Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dijangka menerima lebih 5.8 peratus dividen bagi simpanan konvensional tahun lalu, tertinggi dalam tempoh tiga tahun manakal bagi simpanan syariah pula diramalkan antara 5.4 peratus hingga 5.6 peratus. Jumlah akhir dijangka diumumkan oleh KWSP pada awal Mac ini. Bersama Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd,
Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid membincangkan faktor-faktor utama yang mempengaruhi kadar dividen tersebut.
Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid membincangkan faktor-faktor utama yang mempengaruhi kadar dividen tersebut.
AWANI Pagi: CIPTA CITRA IV - Hari Puisi Sedunia 2025
Diskusi bersama dua tetamu, mengenai CIPTA CITRA, yang meraikan edisi keempatnya tahun ini, mendukung keragaman bahasa melalui ekspresi puitis.
Dividen KWSP dijangka lebih 5.8 peratus
Angka tersebut adalah ‘anggaran selamat’ dan jumlah akhir dijangka diumumkan oleh Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) pada awal Mac ini.
Nahas KM204: Syarikat lori disyaki punca kemalangan didakwa 4 Mac
Siasatan awal mendapati bas persiaran terlanggar tayar lori yang tercabut yang menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas.
Bazar Ramadan: Siapa yang dapat lesen, dia kerja - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan tindakan membatalkan lesen perniagaan bazar Ramadan serta merta yang dijual kepada pihak ketiga.
"Siapa yang dapat lesen, dia kerja, kalau pindah lesen itu batal segera," tegasnya.
#AWANInews
"Siapa yang dapat lesen, dia kerja, kalau pindah lesen itu batal segera," tegasnya.
#AWANInews
Malaysia rakan strategik utama dalam usaha Turkiye perkukuh hubungan Asia - Erdogan
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menekankan peranan Malaysia sebagai rakan strategik utama menjelang lawatan rasminya.
AWANI Ringkas: Tangani isu sekolah padat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.