PUTRAJAYA:Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak lagi menerima surat layang kes rasuah atau salah guna kuasa melainkan ia dilengkapi dengan dokumen maklumat lengkap dan kukuh untuk menjalankan siasatan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata sebuah jawatankuasa khas dalam SPRM akan bersidang setiap hari kecuali pada Sabtu dan Ahad, bagi menilai kesahihan sesuatu maklumat kes.
Beliau berkata SPRM tidak mahu terjadi mana-mana individu atau pihak yang teraniaya berikutan surat layang yang dihantar kepada badan rasuah itu.
“Oleh itu, saya ingin menguar-uarkan kepada masyarakat bahawa mereka yang memberi maklumat kes, SPRM memberi jaminan identiti mereka dirahsiakan dan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010,” katanya kepada Bernama sempena Ulang Tahun SPRM ke-53, hari ini.
Azam berkata sekiranya masyarakat menyampaikan surat layang kepada SPRM sekalipun, pihaknya akan meneliti terlebih dahulu untuk memeriksa kandungan surat berkenaan.
“Saya beri contoh, SPRM terima surat layang tetapi dalam surat itu terkandung dokumen lengkap maka SPRM akan membuat verifikasi bahawa sesuatu maklumat berkenaan boleh diguna pakai dan dipercayai sebelum menjalankan sebarang siasatan kes.
“Sekiranya sekadar surat layang sahaja untuk menuduh seseorang, maka surat jenis ini kami tidak layan dan jika ia disertai nama atau e-mel, barulah pihak kami akan memberi maklum balas,” katanya.
Azam berkata pihaknya sebelum ini banyak menerima surat layang tetapi kebanyakannya tidak mempunyai asas kukuh untuk menjalankan siasatan.
Dalam perkembangan lain, diminta mengulas mengenai sama ada SPRM boleh mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri yang melompat parti, Azam berkata setakat ini pihaknya tiada peruntukan undang-undang yang melarang mana-mana ahli politik melompat parti.
“Perkara berkenaan di luar bidang kuasa SPRM, sekiranya perlu mewujudkan undang-undang berkaitan lompat parti ia adalah tertakluk kepada Ahli-ahli Parlimen untuk menggubal undang-undang berkaitan.
“Sekiranya, terdapat unsur rasuah (ahli politik dibayar untuk melompat parti) maka SPRM akan melakukan siasatan,” katanya.
Azam berkata setakat ini, tidak ada bukti berhubung perkara berkenaan namun terdapat kes pihak yang memberikan maklumat tetapi enggan memberikan kerjasama.
Sementara itu, mengulas mengenai sama ada bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya pernah menggubal sebarang dasar sedia ada SPRM sewaktu beliau menjawat jawatan berkenaan, Azam berkata Latheefa tidak pernah berbuat demikian.
“Dasar-dasar SPRM masih diteruskan seperti biasa yang berbeza cuma gaya pentadbiran namun dasar tetap sama.
“Sebagai contoh pelaksanaan Pelan Strategik SPRM 2017-2020 tetap diteruskan, begitu juga dengan misi dan visi yang ditetapkan SPRM diteruskan oleh Latheefa dan saya sekarang ini,” katanya yang turut mewakili warga SPRM mengucapkan terima kasih kepada Latheefa yang telah banyak menyumbang kepada negara dalam aspek membanteras rasuah, meskipun berkhidmat dalam tempoh yang singkat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 01 2020

Beliau berkata SPRM tidak mahu terjadi mana-mana individu atau pihak yang teraniaya berikutan surat layang yang dihantar kepada badan rasuah itu. - Gambar fail/BERNAMA
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

Kes salah laku DBKL: Tiada elemen jenayah, wujud kelemahan tatakelola - Azam Baki
Tiada elemen jenayah didapati berlaku berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat DBKL yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.

Op Sky: SPRM akan panggil 5 hingga 10 lagi saksi, siasatan lengkap sebulan lagi
Siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan serta pegawai di beberapa institusi kewangan dalam Op Sky dijangka selesai dalam tempoh sebulan.

Penggubal undang-undang main peranan pastikan kawalan dana politik telus - Azam Baki
Azam berkata kawalan secara telus dan berintegriti itu perlu memandangkan politik wang boleh membawa kepada risiko penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.

SPRM adaptasi teknologi AI, perkukuh usaha banteras rasuah - Azam Baki
SPRM akan beradaptasi dengan teknologi baharu termasuk menggunakan kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh usaha membanteras rasuah di negara ini selaras dengan iltizam kerajaan.

Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Op Sky: Tiga pegawai bank dipecat, direhatkan lulus pinjaman tanpa prosedur - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yakin individu yang terlibat dalam kes Op Sky akan dibawa ke muka pengadilan selewat-lewatnya pada Mac ini.

Siasatan kes 18 ADUN Sabah akan diselesai segera, perlu saksi sesuai - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya memerlukan saksi yang sesuai bagi memastikan dakwaan itu kukuh.

Op Sky: 18 individu lagi akan dipanggil - Azam Baki
Seramai 18 individu akan dipanggil SPRM dalam masa terdekat untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan berkaitan sindiket tawar pinjaman.