KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menyiasat Datuk Tawfiq Ayman iaitu suami bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berhubung isu berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, ia berikutan badan pencegahan rasuah itu hanya diberi tanggungjawab untuk mendapatkan semula dana 1MDB dari Singapura.
Jelasnya, siasatan membabitkan Tawfiq dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Dalam siasatan melibatkan kes 1MDB, pasukan petugas melibatkan polis dan SPRM. Untuk kes Tawfiq, tugas yang diberikan kepada SPRM adalah untuk mendapatkan semula wang 1MDB dari Singapura.
"Polis menjalankan siasatan di bawah AMLA, terhadap Tawfiq. Saya rasa siasatan mereka masih diteruskan dan pihak polis akan kemukakan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara apabila ia siap," katanya dalam sidang media di Putrajaya pada Selasa.
BACA: Zeti nafi keluarga terbabit skandal 1MDB
Justeru katanya, dengan tugas yang diberikan, SPRM akan terus bekerjasama dengan polis bagi kes melibatkan skandal 1MDB.
Media sebelum ini melaporkan, bekas pegawai bank Goldman Sachs, Tim Leissner semasa prosiding perbicaraan yang dikaitkan dengan 1MDB di New York, Amerika Syarikat mendakwa suami bekas Gabenor BNM itu menerima rasuah.
Namun, Tawfiq menerusi kenyataan melalui firma guaman Tetuan Jagjit, Ariff & Co baru-baru ini menegaskan, beliau tidak pernah menerima rasuah sepanjang hidupnya malah tidak mengenali Leissner.
Astro Awani
Tue Mar 01 2022

Azam berkata, SPRM hanya diberi tanggungjawab untuk mendapatkan semula dana 1MDB dari Singapura. - Gambar fail
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

1MDB: 'Saya bukan tidak siuman untuk minta bukti dokumen jejas pembelaan' - Najib
Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, beliau bukan tidak siuman untuk meminta bukti dokumen yang boleh menjejaskan pembelaan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1MDB.

Kes 1MDB: Malaysia tuntut Roger Ng kembali
Hakim AS menangguhkan tarikh penyerahan Roger Ng, yang dijadualkan pada 6 September, selama sebulan kepada 6 Oktober.

Rohana pulangkan AS$10 juta, tidak tahu sumber dana berkait 1MDB - Sumber SPRM
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki telah mengesahkan pemulangan wang AS$10 juta tersebut ketika dihubungi.

Johari Ghani dilantik ketua pasukan petugas selesaikan skandal 1MDB
PM Anwar lantik bekas Menteri Kewangan II ketuai pasukan petugas khas dalam menyelesaikan beberapa isu yang membabitkan skandal 1MDB.

Roger Ng sepatutnya dipenjara 15 tahun - Pendakwa raya AS
Bekas pegawai bank Goldman Sachs itu patut dipenjara 15 tahun selepas disabit bersalah rompak dan 1MDB bersama bekas bossnya, Tim Leissner.

Rohana setuju pulangkan aset berkaitan kes 1MDB
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan telah menyatakan persetujuan untuk menyerahkan semula AS$10 juta yang diberikan oleh bekas pegawai bank Tim Leissner.

1MDB: PDRM kesan dokumen, saksi di luar negara untuk bantu kes Tawfiq
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan dan mengenal pasti beberapa dokumen serta saksi yang berada di luar negara bagi membantu siasatan kes melibatkan suami bekas gabenor Bank Negara Malaysia (

'Saya tidak pernah hadiri sebarang mesyuarat mengenai TIA' - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menafikan dakwaan bekas pengurus bank Goldman Sachs, Tim Leissner, yang beliau menghadiri mesyuarat mengenai Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).

Pendedahan Tim Leissner babit suami Zeti bukan perkara baharu - SPRM
Bekas Peguam Negara pada hujung 2018 telah menyelaraskan koordinasi siasatan antara SPRM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes ini.

Kenyataan Tim Leissner: LHDN, SPRM, PDRM dan BNM perlu jawab! - Anwar
Badan-badan siasatan digesa mengemukakan laporan menyeluruh dan penjelasan susulan kenyataan yang dibuat bekas pegawai bank Goldman Sachs Inc, Tim Leissner dalam prosiding mahkamah di A.S.