KUALA LUMPUR: Inisiatif kerajaan memperkenalkan sistem Secara Pembayaran Terbuka (SPT) yang membolehkan pengguna menggunakan kad debit atau kredit untuk membayar tol dapat mengurangkan kesesakan trafik di plaza tol.
Juruteknik elektrik di sebuah syarikat swasta Mohd Syafaad Saad, 25, berkata dengan adanya sistem ini, pengguna dapat menjimatkan masa dan tidak terikat dengan satu jenis pembayaran sahaja.
"Kita sering lihat sebelum ini ada beberapa kenderaan yang terpaksa berundur (di plaza tol) selepas kekurangan baki kad Touch 'n Go, namun bila ada SPT ini saya melihat tiada lagi sebab orang ramai perlu berhenti untuk menambah nilai dan sebagainya," katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.
Pada 29 Sept lepas, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi melancarkan SPT yang membolehkan pengguna lebuh raya membuat bayaran tol menggunakan kad debit atau kad kredit di 11 lebuh raya.
Mohd Zamri Mohamad Rasid, 33, pula berkata SPT sangat praktikal kerana selain kad debit dan kad kredit, pengguna juga boleh menggunakan aplikasi Apple Pay bagi membuat pembayaran di plaza tol.
"Saya rasa SPT ini memberi kemudahan kepada orang ramai, kalau kita tertinggal dompet pun kita masih boleh melalui tol tanpa sebarang masalah dengan menggunakan Apple Pay melalui telefon pintar atau Smartwatch keluaran Apple," katanya.
Penuntut di Universti Kuala Lumpur Muhammad Hafiz Ahmad Azman, 21, pula berkata SPT itu akan menjadi alternatif kepada pengguna Touch 'n Go sekiranya baki dalam kad mereka tidak mencukupi ketika berada di plaza tol.
"Langkah yang dilaksanakan kerajaan ini amat baik kerana memperluas penggunaan kad debit dan kad kredit. Penggunaan sistem itu telah sebati dalam hidup rakyat Malaysia kerana kita menggunakannya di pasar raya, stesen minyak atau pusat beli-belah," katanya.
Beliau turut mencadangkan kepada kerajaan agar dapat memperluas lagi penggunaan SPT di lebih banyak lebuh raya.
Sementara itu, pekerja di syarikat swasta Soon Xi Yi, 31, berkata meskipun beliau telah mencuba dan berjaya menggunakan sistem itu tiga kali, beliau akan tetap menggunakan kad Touch n' Go Near-field communication (NFC) kerana baginya ia lebih selamat kerana tidak melibatkan wang peribadinya.
"Saya masih ada rasa ragu-ragu untuk beralih menggunakan sistem itu (SPT), jika ada masalah yang berlaku, ia akan menjejaskan duit dalam bank, tetapi kalau kita menggunakan NFC ia hanya melibatkan duit yang berada dalam kad atau dalam e-dompet sahaja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 08 2023

Pengguna menggunakan kad debit sebagai alternatif baharu untuk membayar tol. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

SPT mudahkan pengguna lebuh raya, kurangkan kesesakan trafik
Dengan adanya sistem ini, pengguna dapat menjimatkan masa dan tidak terikat dengan satu jenis pembayaran sahaja.

Pengguna Lebuhraya GCE, AKLEH boleh bayar tol guna kad bank
Alternatif baharu pembayaran tol itu boleh digunakan oleh pengguna kenderaan Kelas 1 (kereta).

Tetamu akad nikah di Bukit Indera Muda diminta hubungi Pejabat Kesihatan SPT
Seorang tetamu di majlis itu disahkan positif COVID-19 dan kini dirawat di sebuah hospital di Alor Setar, Kedah.

Dua remaja geng curi tabung masjid ditahan
Polis menahan dua remaja lelaki dipercayai geng curi tabung masjid yang aktif di sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dalam serbuan di Bukit Mertajam di sini semalam.